Artikel Terkini

6 Jenis Borang Di Pejabat Pusaka Kecil Untuk Tuntutan Harta Pusaka


Apabila berlaku kematian, setelah diselesaikan semua urusan jenazah, waris tidak sepatutnya melengahkan urusan harta pusaka arwah. Ini kerana menguruskan harta pusaka si mati seharusnya dibuat secepat mungkin.

Dalam budaya masyarakat Melayu perkara ini dilihat taboo kerana kelihatan tergopoh-gopoh dan tamakkan harta, tetapi hakikatnya tujuan urus pusaka ini dibuat sesegara mungkin adalah untuk kebaikan si mati juga. Kerana antara yang termasuk dalam urusan pusaka adalah melangsaikan segala hutang si mati.

Malah ia juga bertujuan untuk mengelakkan kerumitan kematian berlapis yang boleh berlaku apabila ada waris yang berhak kepada pusaka tersebut meninggal dunia sebelum urusan pusaka dapat diselesaikan.

Selepas selasai semua urusan hutang si mati, langkah seterusnya adalah waris perlu membuat permohonan tuntutan pusaka yang ditinggalkan. Bergantung kepada nilai dan jenis harta pusaka yang ditinggalkan, urusan permohonan tuntutan pusaka dijalankan di Pusaka Kecil, Mahkamah Tinggi atau Amanah Raya.

Untuk prosedur pengurusan pusaka yang dijalankan di Pejabat Pusaka Kecil, ciri-ciri berikut mestilah ditepati:

a) Nilai semasa keseluruhan harta alih dan tak alih yang di bawah nama arwah berada di bawah RM2 juta

b) Dalam senarai harta tersebut mesti ada harta tak alih seperti rumah atau tanah.

Dalam perkongsian kali ini saya akan menyenaraikan jenis-jenis borang yang biasanya yang perlu waris gunakan untuk membuat permohonan tuntutan harta pusaka.

1. Borang A

Borang A bolehlah dianggap sebagai permulaan kepada proses menuntut untuk mendapatkan perintah pentadbiran harta pusaka si mati.

2. Borang DDA

Dokumen in adalah persetujuan yang dibuat oleh semua waris berkenaan bagaimana untuk mengagihkan harta pusaka si mati, sama ada menolak terus penerimaan pusaka atau menyatakan persetujuan pembahagian pusaka.

3. Borang F

Merupakan borang bagi mendapatkan perintah melantik mana-mana individu menjadi pentadbir pusaka si mati.

4. Borang HH

Merupakan borang bagi mendapatkan perintah memasukkan Kaveat (sekatan) pendaftar disebabkan ada waris bawah umur.

5. Borang E

Perintah Pembahagian harta pusaka.

6. Borang P

Permohonan berikut disebabkan ada harta pusaka tertinggal atau pun membatalkan pentadbir atau membatalkan pemegang amanah.

Kebiasaannya untuk urusan di Pejabat Pusaka Kecil, waris boleh menguruskannya sendiri tanpa melantik peguam kerana tidak diwajibkan menggunakan khidmat guaman serta prosedurnya tidak sesukar urusan di Mahkamah Tinggi Sivil.

Walaubagaimanapun, waris yang tidak mahir dalam proses permohonan tuntutan pusaka akan menghadapi masalah kerana keliru dengan prosedur dan perlu memberikan komitmen masa dan wang untuk selesaikan urusan ini.

Sebagai contoh, arwah mak mempunyai tanah bendang di Kedah, sedangkan ahli keluarga semuanya sudah berhijrah dan tinggal di Kuala Lumpur. Jadi agak melelahkan apabila terpaksa berulang dari KL ke Kedah untuk menguruskan urusan harta pusaka arwah.

Jadi alternatif yang ada adalah dengan melantik dan menggunakan perkhidmatan konsultasi pusaka yang ditawarkan oleh firma atau syarikat yang membuat urusan harta pusaka.

Dengan adanya bantuan dari mereka, waris tak perlu tahu dan mencari-cari bagaimana caranya proses untuk menuntut pusaka kerana hampir kesemuanya akan diuruskan oleh staf profesional yang mahir dengan urusan tersebut.

Ditulis oleh Fakhrur Radzi, konsultan di sebuah firma runding perancangan harta dan urus pusaka.

Iklan


Iklan



Source link