Uncategorized

6 Nasihat Martin Tarlie Mengenai Pengurusan Pelaburan

6 Nasihat Martin Tarlie Mengenai Pengurusan Pelaburan 1


Kalau nak tahu, Martin Tarlie adalah seorang portfolio manager di GMO Asset Management yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Firma pengurusan aset Grantham, Mayo, & van Otterloo (GMO) ini mempunyai $118 bilion USD aset di bawah pengurusan mereka.

Baru-baru ini, beliau telah memberikan respon kepada soalan daripada orang awam mengenai pasaran saham Amerika Syarikat yang dikatakan sedang mengalami market bubble. Beliau berkata bahawa Bubble Model berlaku apabila waktu pasaran yang baik, valuation semakin tinggi dan diharapkan semakin baik selari dengan sentimen yang bagus.

Manakala bubble meletup apabila waktu pasaran, valuation dan sentimen semakin buruk. Disebabkan hal ini, Martin kongsikan 6 perkara asas dalam menguruskan pelaburan peribadi. Menurut beliau, tips ini khas untuk mereka yang ingin bertahan lama dalam pasaran.

6 Nasihat Martin Tarlie Mengenai Pengurusan Pelaburan 2

#1- Kita Adalah “Saver”, Bukan Seorang Pelabur

Tidak seperti Warren Buffet yang mengambil alih sesebuah syarikat dan boleh memberikan ‘push’ terhadap arah pasaran, pelabur runcit seperti kita sebenarnya membuat spekulasi dengan cara membeli saham hari ini dan mengharapkan kenaikan harga pada masa akan datang.

Ditanya pada sekumpulan pemain poker sama ada mereka sanggup menggunakan wang persaraan untuk diletakkan dalam permainan poker, jawapan yang diberikan sudah pasti tidak sanggup sama sekali.

Walaubagaimanapun, ramai juga yang membeli saham tanpa mengetahui angka-angka, asas sesebuah syarikat dan perkara wajib yang lain, ada pula yang membeli saham sebab mendengar buy call daripada orang ramai.

Walhal perkara paling utama ialah risiko dan seringkali disebut:

Tugas seorang pelabur adalah menguruskan risiko, bukan mencari keuntungan

#2- Jangan Lupakan Fixed Income Asset Sebagai Sumber Keuntungan

Pelaburan hanya mendatangkan 2 output sahaja, sama ada keuntungan atau kerugian. Pada masa yang sama, pasaran dilihat sangat volatile lebih-lebih lagi apabila wujudnya High Frequency Trading dan Monetary Flows Push yang menyebabkan ia bergerak dalam satu arah sahaja. Inilah sebabnya pelabur harus diversify pelaburan mereka dalam fixed income.

Pulangannya boleh mengurangkan portfolio volatility.

#3- Kita Tak Boleh Buy Low Jika Tidak Sell High

Kebanyakan pelabur tahu tentang “Buy Low Sell High” dan selalu mantra ini diulang-ulang. Pada masa yang sama, tahukah anda yang majority kita sangat bagus dalam fasa membeli saham tetapi tidak keruan apabila mahu menjual saham?

Faktor emosi memainkan peranan penting dalam pelaburan terutamanya pada waktu pasaran berdarah dengan teruknya.

#4- Sabar Membawa Keuntungan

Selalu kita bertanya kepada orang di dalam pasaran, mereka ini pelabur jenis apa. Jawapan yang biasa diterima adalah pelabur jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan perkara sebaliknya dan majoriti pelabur didorong oleh emosi.

#5- Tiada Trend Yang Kekal

6 Nasihat Martin Tarlie Mengenai Pengurusan Pelaburan 3

Pepatah daripada Wall Street mengatakan “Trend is your friend”. Malangnya ramai pelabur yang beranggapan sesebuah trend tersebut berkekalan. Sebagai contoh pada tahun 2007, pasaran berkembang pada kemuncaknya tetapi 2008 telah berlaku crash dalam pasaran dikenali sebagai Subprime Mortgage Crisis.

Jika trend adalah rakan karib kita, pastikan kita tidak tersalah dalam melihat trend itu sendiri.

#6- Sikap Suka Membandingkan Tidak Patut Diamalkan

Membandingkan prestasi dengan orang lain adakalanya mampu menjejaskan pencapaian seseorang pelabur. Sebaliknya, kita harus lihat target yang lebih realistik serta berpadanan dengan matlamat kita dalam pelaburan.

Jika kita tanya seorang pelabur A, dia menceritakan pulangan beliau 16% kemudian anda pun ingin bersaing dengannya. Lantas emosi seperti ini bakal membuatkan kita overtrade, tak cut loss dan bermacam-macam lagi.

Hakikatnya, kita pasti tidak mampu mengawal output tetapi kita boleh menguruskan risiko sebaik yang mungkin. Semoga tips yang diberikan mampu membantu anda menjadi pelabur yang cemerlang. Oh ya, jika anda ingin membaca tips membeli saham oleh Charlie Munger dan Warren Buffet, orang terkaya di dunia boleh terus klik di sini.

Artikel ini ditulis oleh Faiz Azizan– Storyteller di InvestorMY blog kewangan khas untuk rujukan para pelabur.

6 Nasihat Martin Tarlie Mengenai Pengurusan Pelaburan 4

Komen

komen





Source link