Artikel Terkini

6 Petua Wajib Buat Untuk Pastikan Ikan Bilis Digoreng Rangup Dan Tidak Liat


Ikan bilis jika dimakan rangup memang sedap. Tapi sekejap saja ikan bilis yang baru digoreng tadi boleh jadi lemau dan liat. Kadang-kadang jadi keras sampaikan nak kunyah pun susah. Memang frust dan boleh terbantut selera kalau jadi begini.

Apa yang kita tak tahu adalah, terdapat petua atau teknik untuk pastikan ikan bilis rangup dan sedap dimakan.

6 TEKNIK MASAK IKAN BILIS RANGUP

1.Tos Selepas Dibasuh
Petua paling penting adalah, selepas mencuci bersih ikan bilis, pastikan ianya ditos sehingga kering. Jika ingin cepat, boleh sangai (goreng tanpa minya) ikan bilis yang telah dibasuh terlebih dahulu sebelum digoreng dengan minyak seperti biasa.

2. Perap Dengan Cuka
Selepas selesai ikan bilis dibasuh dan ditos, boleh renjis sedikit cuka masakan hingga rata sebelum digoreng. Atau rendam ikan bilis kedalam cuka masakan lebih kurang lima minit sebelum digoreng, hasilnya pasti rangup dan crispy.

3. Goreng Bersama Asam Keping
Jika didapur anda tidak ada cuka, boleh cuba gunakan asam keping juga. Letakkan 2-3 keping asam kedalam kuali ketika menggoreng ikan bilis. Pasti menjadi!

4. Gaul Tepung
Seperti yang semua tahu, tepung mampu menjadikan gorengan lebih rangup. Termasuklah ikan bilis.
Selepas ikan bilis dicuci, gaulkan bersama tepung beras atau tepung jagung. Kemudian boleh goreng seperti biasa dan hasilnya ikan bilis akan kekal garing.

5.Simpan Dalam Peti Sejuk
Terdapat juga petua yang mengatakan untuk simpan ikan bilisyang telah dibasuh kedalam peti sejuk semalaman sebelum digoreng. Ini bagi mendapatkan ikan bilis goreng yang rangup kerana air daripada ikan bilis tadi telah tersejat.

6. Tunggu Hingga Minyak Tidak Berbuih
Sebaiknya, goreng ikan bilis dalam minyak yang banyak dengan api yang perlahan. Pastikan minyak sudah betul-betul panas sebelum memasukkan ikan bilis.
Dan cara untuk tahu ikan bilis sudah garing ataupun tidak ialah apabila minyak sudah berhenti berbuih. Angkat ikan bilis dan tos kan sebelum dimasukkan kedalam bekas kedap udara.

TIP TAMBAHAN

– Pilih ikan bilis yang berkualiti, bersih dan cantik.Cari ikan bilis yang mempunyai garis putih. Walaupun harganya lebih mahal berbanding yang bergaris hitam,tetapi rasanya dijamin lebih sedap dan boleh tahan rangup dalam jangka masa yang lama.

– Simpan ikan bilis yang telah digoreng didalam bekas kedap udara ataupun tin. Kerangupan akan kekal dan lebih sedap dan mudah untuk dimakan.



Source link