Artikel Terkini

6 Sebab Kenapa Kena Jadikan Tria Seputeh Sebagai Portfolio Hartanah Pelaburan Anda Yang Seterusnya


Sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang berminat dengan
pelaburan hartanah. Tetapi terlalu banyak pilihan yang ada, sampai tak tahu nak
pilih yang mana.

Yang terbaru, kita ada Tria Seputeh yang sedang giat di bangunkan. Jom kita tengok kenapa ianya sesuai untuk dijadikan sebagai hartanah pelaburan yang di impikan ramai.

Tapi sebelum kita mulakan bicara, apa kata kita berkenalan
dulu dengan pemaju projek Tria Seputeh ini iaitu MRCB Land.

Pemaju Yang Bertanggungjawab Membangunkan KL Sentral

Kredit Gambar: MRCBQuillREIT

Bila disebut KL Sentral, mesti ramai yang pernah berkunjung atau bekerja di sini. Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) adalah pemaju yang bertanggungjawab membangunkan kawasan KL Sentral sehingga ia menjadi seperti sekarang ini.

Jika
dahulu, kurang pembangunan di sini, kini kita ada pelbagai pejabat
seperti Q Sentral dan Menara CIMB, pusat membeli-belah Nu Sentral, hotel terkemuka
seperti St Regis dan beberapa kediaman golongan atasan seperti KL Sentral Park
dan Suasana Sentral.

Tak lupa juga di KL Sentral terletaknya hab pengangkutan yang menempatkan stesen LRT, komuter, monorel, ETS dan banyak lagi.

Kredit Gambar: Property Guru

Sekarang kita sudah pun kenal dengan MRCB dan sentuhan mereka
dengan KL Sentral, mari kita tengok pula projek Tria Seputeh ini. Ianya
merupakan kondominium eksklusif yang terletak di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
dan merupakan hartanah yang sangat hot
buat masa sekarang.

1. Lokasi Strategik

Dalam sebarang pelaburan hartanah, mantra terkenal yang
sering kita dengar adalah lokasi. Tria Seputeh adalah sebahagian daripada 9
Seputeh, yang merupakan projek pembangunan bercampur yang terdiri daripada
komersial, perumahan, pendidikan dan taman yang berkeluasan 17.4 ekar. Ianya
bermatlamatkan kehidupan sihat yang mampan.

Tria Seputeh adalah projek fasa kedua, dengan fasa pertama
yang dinamakan Residensi Vivo. Ianya terdiri daripada empat menara apartmen
untuk kediaman, satu menara SOHO untuk ruang pejabat, dan ruang komersial yang
menempatkan kedai-kedai.

Namun bila kita sebut Jalan Klang Lama, mungkin ada yang
berpendapat ianya suatu tempat yang tak berapa sesuai dan ‘lama’. Tapi tahukah
anda, Jalan Klang Lama kini sedang mengalami perubahan yang besar dengan banyak
pembangunan baru bagi menggantikan yang lama?

Projek di sekitar Tria Seputeh adalah kawasan perumahan yang
agak matang seperti Taman Seputeh, Taman Desa, Kuchai Lama, Taman OUG, Sri
Petaling, PJ New Town, Bangsar dan Kampung Kerinchi.

Lokasinya juga sangat strategik dan berhampiran dengan salah
satu pusat membeli-belah yang terbesar di Malaysia iaitu Mid Valley Megamall. Selain daripada itu Bangsar South, Bangsar dan juga KL
Sentral hanya kurang dari 5km; tidak jauh dari Tria Seputeh.

Pelbagai kemudahan turut
disediakan, terutamanya sekolah swasta seperti Campus Rangers International
School, Kuen Cheng School, Alice Smith School dan Universiti Malaya. Manakala
pusat-pusat perubatan yang terdekat pula adalah Pusat Perubatan Universiti
Malaya dan Pantai Hospital Kuala Lumpur.

2. Pelbagai Akses

Lokasi yang strategik, pasti ianya memerlukan banyak
kemudahan bagi menarik orang ramai untuk menyewa unit kita bukan?

Di antara kelebihan Tria Seputeh ini adalah kerana ia
mempunyai pelbagai akses.
Ini bagi memudahkan mereka yang tinggal di sini untuk keluar dan masuk daripada
Jalan Klang Lama ini.

Antara akses-akses yang berdekatan adalah New Pantai
Expressway (NPE), Lebuhraya Persekutuan, East West
Highway, Lebuhraya Sprint dan Kerinchi Link. Samada anda bekerja di Kuala
Lumpur atau Selangor, cukup mudah untuk ke destinasi yang ingin dituju.

Kita mempunyai potensi penyewa di
serata tempat, yang pastinya berminat untuk mencari di sekitar kawasan ini.

3. Eksklusiviti

Dengan kawasan persekitaran yang dah ‘matured’, pastinya
ramai orang akan membuka mata dan mencari kawasan yang menjadi perhatian ramai
untuk di diami. Di sinilah tarikan utama Tria Seputeh, dengan menjanjikan gaya
hidup moden serba mewah.

Di
Tria Seputeh ini, bilangan unit yang ditawarkan adalah sangat terhad. Jumlah
yang ada hanyalah 734 buah unit di 3 buah blok yang berasingan. Hanya 7 hingga ke 11 unit saja
setiap tingkat dan sehingga 5 lif disediakan bagi bakal penghuni.  

Tak cukup dengan itu, setiap bangunan ada lobi peribadi
tersendiri, tempat istirehat, kemudahan di atas ‘rooftop’ dan bermacam-macam lagi.

4. Promenade Boulevard di 9 Seputeh

Paling menarik tempat ini dengan adanya Promenade Boulevard yang terletak
berhadapan projek pengindahan “River of Life”, yang merupakan kawasan yang
indah kehijauan dan berlandskap sepanjang 1km untuk para komuniti menikmati
aktiviti-aktiviti luar seperti berjogging, berbasikal, dan turut serta
kemudahan-kemudahan yang boleh di nikmati antaranya adalah taman permainan
kanak-kanak yang unik, “skatepark”, kiosk kontena  dan banyak lagi.

5. Dibangunkan Pemaju Berkaliber

MRCB
adalah merupakan syarikat pembinaan yang berkaliber dan tersenarai di Bursa
Malaysia dan ianya juga merupakan
parent company kepada MRCB Land.

Dan baru-baru
ini, MRCB Land telah memenangi beberapa anugerah berprestij oleh PropertyGuru
Asia seperti berikut:

  • Best Developer – MRCB Land
  • Best Mixed Use Development – 9 Seputeh
  • Best High End Condo / Apartment Development (Klang
    Valley) – Tria Seputeh
  • Special Recognition for Building Communities – MRCB Land
  • Special Recognition in CSR – MRCB Land

Anugerah
yang bertaraf antarabangsa telah berjaya dimenangi MRCB Land dan Tria Seputeh,
sekaligus meningkatkan lagi kredibiliti pemaju dan projek ini. Memang tidak dinafikan lagi kualiti hasil
sentuhan mereka, pastinya memenuhi
cita rasa penyewa.

6. Transformasi Jalan
Klang Lama

Usaha menaik taraf Jalan Klang Lama oleh
MRCB Land turut membawa kepada transformasi Jalan Klang Lama kepada pembangunan
yang drastik dan pada masa yang sama ia menjadi projek pembangunan hartanah
berintegrasi di Kuala Lumpur.

Ianya sekaligus turut meningkatkan permintaan dan
harga hartanah di kawasan Jalan Klang Lama ini. Amat beruntung bagi mereka yang
membuat keputusan yang bijak untuk melabur, sebelum ianya menjadi rebutan orang
ramai.

Bertindak Sekarang Sebelum Terlambat

Bagi mereka yang berminat untuk melabur atau membeli Tria Seputeh sebagai pelaburan untuk masa hadapan, boleh hubungi 03-7971 9983 atau layari triaseputeh.com.my untuk keretangan lanjut.

Dengan itu, kami paparkan gambar-gambar kemudahan yang terdapat di Tria Seputeh untuk tatapan anda semua.



Source link