Artikel Terkini

6,840 PKS terima RM3 bilion kemudahan dana pinjaman mudah – Tengku Zafrul

71588667302 menterikewangan - 6,840 PKS terima RM3 bilion kemudahan dana pinjaman mudah - Tengku Zafrul



81588667308 menterikewangan - 6,840 PKS terima RM3 bilion kemudahan dana pinjaman mudah - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR : Sehingga 5 Mei, 2020, sebanyak 6,840 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerima kemudahan dana pinjaman mudah berjumlah RM3 bilion yang disalurkan kerajaan, kata  Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata, jumlah itu merupakan pertambahan daripada RM1.5 bilion bantuan yang melibatkan 3,363 PKS setakat 26 April lepas.

Menurutnya, majoriti jumlah ini adalah daripada Kemudahan Bantuan Khas (SRF) yang mana PKS boleh memohon pembiayaan sebanyak RM1 juta dengan kadar faedah 3.5 peratus dan 80 peratus daripada jumlah pembiayaan dijamin kerajaan.

“Sambutan terhadap kemudahan ini amat menggalakkan dan saya berharap ia digunakan dengan penuh manfaat,” katanya semasa membentangkan Laporan Laksana Keempat Pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, hari Selasa. 

Tengku Zafrul berkata bagi Skim Pinjaman Mikro Kredit, sehingga 29 April, daripada RM700 juta kredit mikro yang ditawarkan pada kadar faedah 0 peratus oleh BSN dan TEKUN Nasional, sebanyak RM132 juta telah diluluskan.

Daripada jumlah ini, BSN telah meluluskan RM90 juta kepada 2,000 PKS Mikro dan TEKUN telah meluluskan RM42 juta kepada 5,000 PKS Mikro.

Manakala bagi program Subsidi Upah, sehingga 3 Mei, sebanyak RM1.9 bilion telah diluluskan yang memanfaatkan 235,000 majikan dan melibatkan 1.7 juta pekerja, katanya sambil menambah ia merupakan peningkatan daripada 195,000 majikan melibatkan 1.5 juta pekerja dalam laporan minggu lepas.

Tengku Zafrul berkata bagi program pengekalan pekerja (ERP) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kerajaan telah bersetuju untuk menambah peruntukan sebanyak RM120 juta (keseluruhan berjumlah RM240 juta).

Program ini bertujuan untuk memberi sokongan sebanyak RM600 sebulan selama enam bulan kepada pekerja yang bercuti tanpa gaji. 

Sebelum ini pada 16 Mac, ERP telah diluluskan oleh Majlis Tindakan Ekonomi dengan peruntukan sebanyak RM120 juta dan sehingga hujung April, 2020, lebih 52,000 permohonan pekerja telah diterima dan diluluskan.





Source link

Related Posts