Uncategorized

7 Faktor Asas untuk memilih pinjaman perumahan anda

7 Faktor Asas untuk memilih pinjaman perumahan anda 1


1) Jumlah pinjaman

Anda harus memilih bank yang menawarkan pinjaman sebanyak 90% bayaran pendahuluan rumah anda (tidak termasuk yuran untuk peguam).

Jumlah pinjaman yang lebih rendah akan menambah beban bayaran pendahuluan dan juga tangunggan bulanan anda. Kalau tak, memang habislah semua wang anda.

Related image

Credit:Gift.com

2) Kadar Faedah

Bank yang berlainan akan menawarkan pelbagai pakej untuk menarik minat bakal peminjam. Seelok-eloknya cari pinjaman dengan kadar faedah dan penalti yang rendah.

Peminjam yang tidak berkemampuan tinggi haruslah mencari skim pinjaman yang bersesuaian dengan pendapatan mereka. 

3) Jenis Pinjaman (term atau flexi)

Ada beberapa jenis pinjaman untuk pilihan anda. Secara ringkasnya,

‘Term loan’ merupakan sejenis pinjaman dengan jadual pembayaran yang kekal, dengan kadar faedah yang tidak berubah. 

‘Flexi loan’  pula menawarkan pakej pinjaman pembayaran secara fleksibel – bermaksud anda boleh membayar berapa yang anda mahu (sudah tentu minimum adalah jumlah ansuran bulanan) ke akaun pinjaman anda tetapi dengan kadar faedah yang sedikit tinggi berbanding pinjaman lain. 

4) Tempoh Pinjaman

Tempoh pinjaman yang yang lebih lama akan mengurangkan caj bulanan serta membuka ruang untuk anda membuat permohonan untuk pinjaman-pinjaman lain.

Seeloknya, kita harus membuat persiapan untuk masa sempit di masa hadapan dengan mengurangkan tanggungan bulanan kita. 

5) Khidmat Pelanggan Bank

Pilihlah Bank yang mempunyai khidmat pelanggan yang baik. Perkara ini akan mempermudahkan segala urusan anda supaya lebih lancar dan jelas apabila berkaitan dengan pembayaran dan segala transaksi anda nanti.

6) Saluran Pembayaran dan Kemudahan Akses Akaun

 

Terdapat banyak kaedah dan saluran pembayaran yang ditawarkan bank untuk memenuhi keperluan anda. Pesanan kami adalah untuk memilih bank yang membolehkan anda melakukan pembayaran secara online dengan selamat dan juga membuat pindahan dana secara elektronik sepenuhnya. 

Image result for you can't afford meme

Credit:Quickmeme

7) Kemampuan dan Keperluan anda 

Tidak mustahil untuk bank meluluskan jumlah atau skim pinjaman yang di luar kemampuan peminjam.

Pinjaman yang ditawarkan haruslah mengikut kemampuan masing-masing seperti bidalan ukur baju di badan sendiri.

Perancangan kewangan yang teliti mampu membantu kewangan anda.

Dengan mengetahui serba sedikit mengenai perbandingan ini maka bolehlah anda membuat perbandingan lanjut dan keputusan sama ada ianya sesuai untuk anda atau tidak.

Ingin mengetahui berapa jumlah pinjaman yang anda layak lulus dari bank?

Layarilah  https://www.hihomes.my/ untuk mengira kelayakan anda sekarang. 

Banner Hihome 01https://hartabumi.com/wp-content/uploads/2019/08/Banner_HiHOME-01-1.jpg





Source link