Artikel Terkini

7 Filem Inspirasi Dalam Industri Hartanah


Sekiranya anda
seorang ejen hartanah berdaftar yang sah atau pelabur hartanah, berkecimpung
dalam industri hartanah dengan keadaan semasa pasaran hartanah yang lembap
kadang kala boleh menyebabkan anda berasa murung dan gelisah.

Industri hartanah
yang telah sedia tenat semenjak tahun 2015 bagai jatuh ditimpa tangga apabila
pandemik COVID-19 menyerang dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di
isytiharkan di seluruh negara.

Awal – awal
penglibatan dalam industri hartanah memang bersemangat. Namun, di pertengahan
jalan ramai yang hilang motivasi dan anda bukanlah orang pertama mengalami
masalah tersebut.

Apa yang anda
perlukan sebenarnya adalah satu nafas baru dalam mengenal pasti skil baru yang
boleh anda pelajari untuk menjadikan pelaburan hartanah anda berjaya.

Dan kerana itulah, artikel kali ini adalah berkenaan filem inspirasi dalam industri hartanah. Moga – moga anda kembali bersemangat dan terinspirasi dengan kisah-kisah menarik dalam filem yang dikongsikan ini.

1. The Banker (2019)

Filem yang
diadaptasi dari kisah sebenar ini mengisahkan tentang banker kulit hitam
pertama di Amerika Syarikat.

Fokusnya terarah
kepada revolusi yang dilakukan dua orang ahli perniagaan Bernard Garrett dan
Joe Morris dalam menguruskan perniagaan jual beli hartanah dan pembelian bank.

Tipu muslihat
mereka bermula apabila mereka mengupah rakan mereka yang berkulit putih sebagai
proksi pemilik hartanah ekoran amalan rasisme terhadap warga Amerika Syarikat
yang berkulit hitam sekitar tahun 1960-an.

2. I Love You, Man (2009)

Filem yang
berkisarkan tentang komedi dan persahabatan ini mengisahkan seorang ejen
hartanah berjaya yang berdepan cabaran dengan hubungan peribadi dan kariernya.

Banyak nilai yang
boleh dipelajari apabila beliau sebagai ejen hartanah yang bergelut untuk
menjual unit rumah agam kerap kali melakukan kesilapan yang sering dilakukan
ramai ejen hartanah.

Plot menjadi lebih
dramatik apabila Peter Klaven (pelakon utama) bertemu dengan seorang pelabur
yang mengancam karier dan kehidupan peribadinya.

3. The Big Short (2015)

Berdasarkan buku
“The Big Short : Inside the Doomsday Machine” karangan Michael Lewis
mengisahkan krisis kewangan yang dan masalah industri hartanah yang menlanda
Wall Street pada tahun 2008.

Kisahnya bemrula
apabila wujud sejumlah pinjaman hartanah subprima yang berisiko untuk gagal di
bayar oleh peminjam di Amerika Syarikat.

Lalu, sejumlah $1
bilion wang pelaburan ditaruhkan oleh Michael Burry seorang pakar pelaburan ke
atas pertukaran kredit yang gagal dibayar.

Akhirnya, beliau
berjaya memperoleh kekayaan dengan memanfaatkan sepenuhnya kejatuhan ekonomi
yang pada mulanya bermula dari industri hartanah ketika itu.

4. Pacific Heights (1990)

Kisahnya bermula
apabila Patty lakonan Melanie Griffith dan Drake lakonan Matthew Modine telah
berpindah ke rumah impian mereka di kejiranan elit di San Frnasisco.

Mereka ditipu oleh
Hayes yang berminat menjadi penyewa tingkat satu rumah tersebut dan keadaan
menjadi parah apabila Hayes sendiri menghalau pasangan Patty dan Drake.

Kesannya, kehidupan kedua-dua pasangan ini dalam memulakan kehidupan bahagia mereka dengan rumah mewah dan mencari penyewa sambil melakukan renovasi gagal.

5. The Money Pit (1986)

Filem ini
mengisahkan bagaimana pasaran hartanah di bandaraya New York pada ketika itu
yang mahal menyebabkan Walter lakonan Tom Hanks dan Anna lakonan Shelley Long
membeli hartanah mewah di kawasan luar bandar pada harga lebih murah oleh
seorang ejen hartanah.

Sebelumnya, mereka
tinggal di bandaraya New York dengan sewa yang sangat mahal. Masalah bermula
apabila rumah mewah yang dibeli di bawah harga pasaran itu mengalami pelbagai
masalah seperti sistem perpaipan, struktur rumah dan tangga yang rosak menyebabkan
mereka membuat keputusan untuk melakukan renovasi.

Kesannya, rumah
tersebut menyebabkan masalah dalam hubungan di antara Walter dan Anna.

6. 99 Homes (2014)

Tidak seperti The
Big Short, filem 99 Homes ini memberi penerangan secara terperinci akan keadaan
semasa industri hartanah dan perumahan pasca krisis perumahan di Amerika
Syarikat pada tahun 2008.

Dennis Nash lakonan
Andrew Garfield telah diusir keluar oleh broker hartanah menerangkan situasi
semasa krisis perumahan ketika itu yang memusnahkan kehidupan ramai orang.

Sekiranya anda
seorang ejen hartanah, anda akan dapati wujud jurang pendapatan yang besar di
antara golongan kapitalis, menengah dan miskin berdasarkan krisis perumahan
yang dihadapi mereka secara berbeza – beza.

Orang kaya
cenderung kepada nilai estetika yang mereka hilang, sedangkan orang miskin
hanya inginkan sebuah rumah untuk melindungi keluarga mereka.

7. Glengarry Glen Ross (1992)

Dikategorikan
sebagai filem hartanah terbaik sepanjang zaman dengan anugerah Pulitzer 1983
oleh David Mamet, filem ini menggambarkan dengan baik profesion sebagai ejen
hartanah dalam penjualan hartanah secara mendalam.

Mengisahkan
bagaimana sekumpulan ejen hartanah bertungkus lumus menjual unit hartanah di
Florida Glengarry Higlands dan Glen Ross Farm.

Glengarry Glen Ross
juga menunjukkan bagaimana seorang ejen hartanah perlu menolak tepi elemen
emosi bila membabitkan urusan jual beli hartanah supaya tidak tersilap dalam
percaturan.

Dedikasi,
kejujuran, kerja keras dan keyakinan adalah elemen – elemen yang anda boleh
dapat dari filem ini.

Konklusi yang boleh dibuat hasil daripada filem – filem hebat berkenaan industri hartanah dan kewangan ini memberi satu pengajaran kepada kita bahawa setiap masalah punya solusinya.

Semoga anda yang berkecimpung secara langsung dan tidak langsung dalam industri hartanah terinspirasi daripada filem-filem yang dikongsikan dan jangan lupa untuk ambil nilai positif dan asah skil anda agar industri hartanah turut menerima impak positif.



Source link