Artikel Terkini

7 Langkah Nak Keluar Duit Dari ASNB Secara Online


Alhamdulillah, sempena musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, Sekarang Dah Boleh Keluar Duit Dari ASNB Secara Online Melalui myASNB. Kalau sebelum ni kita boleh masuk duit secara online ke dalam dana ASNB, sekarang dah boleh bawa keluar duit secara online pula.

Jom kita tengok 7 langkah mudah membuat transaksi pengeluaran pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) secara dalam talian menerusi portal myASNB.

1. Log masuk ke akaun myASNB anda di www.myasnb.com.my

2. Klik Portfolio, kemudian klik Transaksi pada unit amanah yang dikehendaki dan pilih Jualan Balik

3. Pastikan maklumat bank ada betul dan klik Seterusnya

4. Baca, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya

5. Masukkan amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya

6. Semak semula butiran bank anda di notifikasi dan klik Teruskan

7. Klik Permintaan TAC, isikan dan klik Seterusnya

Tahniah, tranksaksi anda berjaya!

This image has an empty alt attribute; its file name is 7-Langkah-Nak-Keluar-Duit-Dari-ASNB-Secara-Online-Melalui-myASNB-9-700x394.jpg

Kredit: FB Amanah Saham Nasional Berhad

Boleh juga tengok video di bawah tentang langkah-langkah membuat transaksi pengeluaran pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) secara dalam talian menerusi portal myASNB.



Source link