Artikel Terkini

7 Perkara Yang Boleh Anda Lakukan Sebagai Persediaan Perintah Kawalan Pergerakan


Kami yakin yang semua orang tidak kira dimana anda berada, pasti sudah sedia maklum dengan keadaan negara yang kian parah akibat COVID-19.

Semalam (16 MAC 2020) kerajaan telah mengumumkan perintah kawalan pergerakan dilaksanakan bermula 18 MAC 2020 hingga 31 MAC 2020. Perintah yang dibuat dibawah akta pencegahan & pengawalan penyakit berjangkit 1988 dan akta polis 1967 ini menggesa semua rakyat untuk tidak melibatkan diri dalam sebarang pergerakan/perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

  • Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit/ serbaneka.
  • Aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuklah Solat Jumaat pelu ditangguh. Selain itu, Institusi pendidikan di pelbagai peringkat juga diarahkan tutup sehingga hujung bulan ini.
  • Sekatan menyeluruh perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara
  • Buat rakyat yang baru pulang dari luar negara, dinasihati untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari
  • Penutupan semua premis kerajaan dan swasta, kecuali perkhidmatan penting negara seperti air, elektrik, pos, perbankan, kesihatan, bomba, penjara, bekalan makanan dan lain-lain

Kita juga dinasihati supaya bersikap lebih rasional dan tidak mementingkan diri sendiri. Jadi, bagi memastikan kesejahteraan semua, anda boleh lakukan 7 perkara ini :

1. Beli secara berhemah

Jangan membeli secara keterlaluan dan mengikut perasaan. Pilih dan beli barangan yang betul-betul anda perlukan sahaja. Stop panic buying!

2. Bekukan makanan

Selain membeli frozen food, anda juga boleh cuba bekukan buah-buahan dan sayur-sayuran serta sup atau air rebusan.

3. Bersihkan kediaman

Inilah waktu paling sesuai untuk anda mensanitasikan kediaman. Dengan ini, anda bukan sahaja telah mengurangkan risiko jangkitan, malah kediaman juga akan berada dalam keadaan lebih kemas dan sentiasa dlaam persekitaran yang selamat!

4. Sediakan panduan bekerja dari rumah

Bincang dan dapatkan persetujuan majikan, boss serta rakan sekerja tentang pembahagian tugas jika perlu bekerja dari rumah. Lebih baik jika anda dapat sediakan planning atau perancangan untuk beberapaminggu yang akan datang. It’s better to be prepared.

5. Teruskan bersosial

Tetapi hanya diatas talian! Jika boleh, elakkan berkumpul dalam masa terdekat ini. Tetapi kekalkan perhubungan antara keluarga dan sahabat untuk bertanya khabar dan bagi mendapatkan update terkini.

6. Kekalkan gaya hidup sihat

Badan kita perlu kekal aktif dan sentiasa bergerak. Anda hanya perlu cari di internet ataupu gunakan aplikasi (apps) untuk bersenam di rumah. Jangan jadikan lockdown ini sebagai alasan untuk biarkan diri bermalasan.

7. Amalkan penjagaan kesihatan dan kebersihan

Teruskan mencuci tangan dengan kerap menggunakan sabun. Elakkan menyentuh bahagian muka dan jangan teragak-agak untuk pergi mendapatkan rawatan sekiranya anda menghidapi simptom COVID-19 seperti demam dan sesak nafas.

IMPIANA berharap Malaysia cepat sembuh dan segalanya akan kembali seperti asal. Tetapi COVID-19 tidak boleh diramal dan diluar jangkaan jadi adalah lebih baik jika kita sentiasa dalam keadaan bersedia. Jaga diri, semua!



Source link