Uncategorized

7 Perkara Yang Kita Bazirkan

7 Perkara Yang Kita Bazirkan 1


Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, pembaziran adalah sesuatu yang cuba di elakkan. Tetapi kadang-kadang dalam sedar tak sedar, kita ada terbelanja lebih daripada apa yang kita perlukan. Jadi kalau ingin berjimat secara maksima, cuba elakkan pembaziran di bawah.

1. Kadar Faedah Tinggi

Kebanyakan daripada kita memilih untuk meneruskan pinjaman sedia ada tanpa mempertimbangkan untuk melakukan refinance. Padahal sebenarnya refinance dapat membantu peminjam untuk mendapatkan kadar faedah pinjaman yang lebih rendah. Selain daripada itu, ia juga dapat mengurangkan tempoh bayaran balik pinjaman.

Untuk pemilik kad kredit pula, anda boleh memindahkan baki pinjaman untuk mengurangkan kadar faedah ke atas kad kredit serta kad debit. Tetapi, anda perlu berhati-hati, ini kerana pemindahan baki memerlukan anda membayar balik pinjaman dalam tempoh yang singkat. Jadi anda perlu memastikan diri anda benar-benar mampu untuk membayar pinjaman dalam tempoh tersebut.

2. Beli Barangan Keperluan dalam Jumlah Yang Kecil

7 Perkara Yang Kita Bazirkan 2

Seperti yang semua sedia maklum, harga barangan yang dibeli secara pukal atau dalam kuantiti yang lebih besar adalah lebih murah berbanding barangan yang dibeli secara runcit atau dalam kuantiti yang sedikit.

Katakan anda seorang yang jenis memang suka memasak, anda boleh membeli barangan dapur seperti minyak masak, ataupun sos dalam botol besar. Harganya bukan sahaja lebih murah, tetapi anda juga tidak perlu kerap ke kedai atau pun pasar raya untuk menambah stok barangan dapur anda.

3. Yuran Kredit Kad

Bankrup disebabkan kad kredit

Kita sebenarnya ada pilihan untuk tidak membayar yuran tahunan kad kredit. Pilihlah kad kredit dengan bank yang menawarkan kemudahan tiada yuran tahunan. Ini kerana yuran tahunan untuk setiap kad kredit adalah berbeza-beza.

Ada yang kita perlu bayar RM68 setahun dan ada pula yang boleh menjangkau sehingga RM600 setahun! Jadi buat apa bayar lebih untuk benda yang anda boleh miliki secara percuma?

Baca juga Jangan Guna Kad Kredit Untuk 5 Perkara Ini!

4. Takaful atau Insurans Perjalanan Saat Akhir

Sekiranya kita seorang yang selalu travel ke luar atas urusan kerja mahu pun urusan peribadi seperti melancong dan sebagainya, kita boleh mempertimbangkan untuk mengambil Takaful atau Insurans Perjalanan. Ini bukan sahaja untuk perlindungan semasa perjalanan, tetapi juga sebelum kita berlepas daripada tanah air lagi.

Sebagai contoh, jika penerbangan terpaksa ditangguhkan di atas faktor cuaca buruk, kita boleh membuat tuntutan terhadap kos tiket penerbangan, tetapi sekiranya kita tiada polisi Takaful atau Insurans, duit tiket akan hangus begitu sahaja.

Jemput baca 9 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Takaful Perjalanan.

5. Pengambilan Supplement

Sekarang sudah menjadi satu trend dalam masyarakat kita untuk mengambil makanan tambahan seperti vitamin dan sebagainya untuk tujuan kesihatan dan juga kecantikan. Tapi, terlebih supplement juga tidak baik sebenarnya untuk badan. Tambah lagi pula dengan lambakan supplement yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan mengandungi bahan berbahaya.

Jadi apa kata anda ambil cara yang paling mudah dan selamat iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga pemakanan dan juga banyakkan bersenam. Ini sekaligus dapat menjimatkan duit daripada membeli supplement dan ubat-ubatan.

6. Minuman Mahal

7 Perkara Yang Kita Bazirkan 3

Pasti ramai di kalangan kita yang merupakan peminat Starbucks, Tealive, Cool Blog dan yang seangkatan dengannya. Secawan sahaja dah berapa ringgit? Cuba kira berapa purata yang kita belanjakan dalam setahun untuk minuman ini? Agak banyak bukan?

Cuba kurangkan pengambilan minuman manis dan mahal. Berubahlah kepada pilihan minuman yang lebin sihat seperti jus atau pun smooties homemade dan juga air putih. Ia bukan sahaja lebih sihat, tetapi juga menjimatkan duit.

7. Saluran TV Berbayar

Langganan TV berbayar boleh mencecah lebih daripada RM100 bergantung kepada pakej yang kita pilih. Secara jujurnya, jika difikirkan balik, berapa jam yang kita habiskan sehari untuk menonton TV? Adakah ianya berbaloi dengan duit yang kita bayar setiap bulan?

Sekiranya kita jarang menonton TV, buat apa nak bazirkan duit dengan melanggan pakej TV berbayar?

Sumber Rujukan:

https://www.comparehero.my

Memang Banyak Pembaziran Yang Dilakukan Tanpa Kita Sedari

Kalau kita kira jumlah yang kita perlu bayar untuk semua perkara di atas, ianya mungkin mencecah ribuan ringgit setahun! Jumlah ini jika dikumpulkan dapat digunakan untuk keperluan lain yang lebih penting lagi. Jadi, pilihlah untuk menjadi pengguna bijak.

Jangan bazirkan wang untuk perkara yang tidak perlu. Baca juga Bagaimana Membezakan Antara Keperluan Dan Kehendak?

7 Perkara Yang Kita Bazirkan 4

Komen

komen





Source link