Artikel Terkini

7 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebagai Persediaan “Lockdown” Seluruh Negara


Kami yakin yang semua orang tidak kira dimana anda berada, pasti sudah sedia maklum dengan keadaan negara yang kian parah akibat COVID-19. Setakat ini (16 MAC 2020, 5.45PM) 553 kes telah dilaporkan dalam negara dengan 42 bilangan pesakit yang telah sembuh dan didiscaj dari hospital.

Oleh itu, sesetengah syarikat, perusahaan dan organisasi telah melakukan penyesuaian dengan mengarahkan pekerja untuk bekerja dari rumah ataupun work from home sebagai langkah berjaga-jaga bagi menghindari penyakit ini.

Tetapi, sekiranya keadaan dilihat semakin berleluasa dan membimbangkan, kerajaan mungkin akan mengenakan perintah berkurung kepada penduduk Malaysia. Semestinya kita tidak mahu ini terjadi kerana banyak pihak yang akan terjejas, tetapi orang ramai diminta supaya jangan panik dan ikut garis panduan yang telah diberi.

Kita juga dinasihati supaya bersikap lebih rasional dan tidak mementingkan diri sendiri. Jadi, bagi memastikan kesejahteraan semua, anda boleh lakukan 8 perkara ini :

1.Beli secara berhemah

Jangan membeli secara keterlaluan dan mengikut perasaan. Pilih dan beli barangan yang betul-betul anda perlukan sahaja.

2. Bekukan makanan

Selain membeli frozen food, anda juga boleh cuba bekukan buah-buahan dan sayur-sayuran serta sup atau air rebusan.

3. Bersihkan kediaman

Inilah waktu paling sesuai untuk anda mensanitasikan kediaman. Dengan ini, anda bukan sahaja telah mengurangkan risiko jangkitan, malah kediaman juga akan berada dalam keadaan lebih kemas dan sentiasa dlaam persekitaran yang selamat!

4. Sediakan panduan bekerja dari rumah

Bincang dan dapatkan persetujuan majikan, boss serta rakan sekerja tentang pembahagian tugas jika perlu bekerja dari rumah. Lebih baik jika anda dapat sediakan planning atau perancangan untuk beberapaminggu yang akan datang. It’s better to be prepared.

5. Teruskan bersosial

Tetapi hanya diatas talian! Jika boleh, elakkan berkumpul dalam masa terdekat ini. Tetapi kekalkan perhubungan antara keluarga dan sahabat untuk bertanya khabar dan bagi mendapatkan update terkini.

6. Kekalkan gaya hidup sihat

Badan kita perlu kekal aktif dan sentiasa bergerak. Anda hanya perlu cari di internet ataupu gunakan aplikasi (apps) untuk bersenam di rumah. Jangan jadikan lockdown ini sebagai alasan untuk biarkan diri bermalasan.

7. Amalkan penjagaan kesihatan dan kebersihan

Teruskan mencuci tangan dengan kerap menggunakan sabun. Elakkan menyentuh bahagian muka dan jangan teragak-agak untuk pergi mendapatkan rawatan sekiranya anda menghidapi simptom COVID-19 seperti demam dan sesak nafas.

IMPIANA berharap Malaysia cepat sembuh dan segalanya akan kembali seperti asal. Tetapi COVID-19 tidak boleh diramal dan diluar jangkaan jadi adalah lebih baik jika kita sentiasa dalam keadaan bersedia. Jaga diri, semua!



Source link