Artikel Terkini

7 Portfolio Hartanah Milik Amanah Harta Tanah PNB (AHP)


Buat pengetahuan anda, Amanah Harta Tanah PNB atau (AHP) merupakan sebuah Amanah Pelaburan Hartanah (REIT).

AHP bukan sahaja memiliki hartanah komersial, tetapi juga menguruskannya. Ia merangkumi pejabat, ruang runcit dan merupakan salah satu REIT yang ternama di Malaysia.

Baca : Miliki Hartanah Secara Tidak Langsung Dengan Melabur Ke Dalam REIT

Diasaskan pada 21 Mac 1989 dan mula disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28 Disember 1990.

Amanah Harta Tanah
PNB telah berjaya membuktikan kredibiliti mereka dalam pelaburan hartanah dari
segi pulangan dan pertumbuhan modal jangka panjang.

Kadar dividen AHP
adalah menunjukkan turun naik yang dinamik semenjak tahun 2010 sehingga 2019.

Pada tahun 2019,
kadar dividen AHP adalah 5.75 sen, 2018 pada kadar 5.63 sen, 5.20 sen pada 2017
dan 4.50 sen pada tahun 2016.

Jumlah pendapatan
AHP pada tahun 2019 adalah pada angka RM31.2 juta dengan keuntungan RM12.8 juta
dan margin keuntungan adalah pada nisbah 40.9%.

Baca : Dividen Real Estate Investment Trust (REIT) Ni Tinggi Ke?

Untuk rekod, pendapatan AHP telah meningkat sebanyak dua kali ganda daripada RM6.3 juta pada tahun 2016 kepada RM12.4 juta pada tahun 2018.

Ketika ini, AHP memegang 7 portfolio hartanah dengan nilai ratusan juta ringgit.

Berikut merupakan 7 portfolio hartanah milik Amanah Harta Tanah PNB. Setakat ini, AHP memiliki dan mengurus tujuh hartanah pelaburan dengan kadar purata sewaan sebanyak 86.3%.

Baca : Kenali Kaunter REIT Patuh Syariah Di Bursa Malaysia

Portfolio hartanah milik AHP ini tidak terbatas di Lembah Klang dan Semenanjung Malaysia sahaja, sebaliknya turut melibatkan hartanah di Sabah.

Jom kita tengok 7 Portfolio Hartanah Milik Amanah Harta Tanah PNB seperti berikut:

1. Plaza VADS, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Plaza VADS merupakan sebuah bangunan pejabat 24 tingkat dengan 4 tingkat podium yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).

Lokasinya terletak
berhadapan dengan MRT TTDI (SBK) dan mempunyai keluasan 248,276 kaki persegi.

Kos perolehan
adalah RM45.9 juta pada 21 Mac 1989.
Nilai terakhir pada 3 Disember 2018 adalah RM139
juta
.

Penyewa utama
bangunan ini adalah VADS Berhad dan LYC Mother & Chid Centre Sdn Bhd.
Dengan 431 ruang parkir, kadar purata sewaan bangunan ini adalah RM3.02 / kaki persegi.

2. Bangunan AHP, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur

Bangunan AHP
merupakan sebuah hartanah komersial 4 tingkat dengan 200 ruang parkir.

Lokasinya terletak
di pusat Taman Tun Dr. Ismail ini diperoleh pada 21 Mac 1989 pada harga RM16.3 juta dan niilai terakhir pada 3
Disember 2018 adalah RM44.3 juta.

Penyewa utama
hartanah ini adalah Affin Hwang Investment Bank, Optimax Eye Specialist Centre
Sdn Bhd dan Maybank. Kadar purata sewaan adalah RM3.92 / kaki persegi.

3. Sri Impian, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur

Bangunan ruang
pejabat 4 tingkat ini terletak di Taman Setiawangsa berdekatan Melawati Mall.

Diperoleh pada 15
Mei 1996 dengan nilai RM13.3 juta dan
nilai akhir pada 1 Oktober 2018 adalah RM15
juta.

Dengan keluasan
yang boleh disewa adalah 38,290 kaki
persegi,
Geo Global Management Sdn Bhd merupakan penyewa utama hartanah
ini.

Hanya terdapat 11
ruang parkir dan kadar sewaan adalah RM2.40
/ kaki persegi.
 

4. Mydin Hypermarket Seremban 2, Negeri Sembilan

Bangunan 3 tingkat
dengan keluasan 390,803 kaki persegi ini
mempunyai 1070 ruang parkir di bahagian atas dan 384 di bawah tanah.

Diperoleh pada 27
April 2015 dengan nilai RM240 juta,
nilai akhir pada 3 Disember 2018 adalah RM253
juta
.

Penyewa utama
bangunan ini adalah Mydin Holdings Berhad dengan kadar purata sewa adalah RM3.58 / kaki persegi.

5. No. 30, Jalan Wan Kadir , TTDI

Bangunan 3 tingkat
pejabat dan ruang runcit ini diperoleh pada 16 Oktober 1995 dengan nilai RM910,000.

Terletak berhadapan
dengan MRT TTDI dan Plaza VADS, nilai akhir hartanah ini setakat tahun 2018
adalah RM4.5 juta.

Kadar purata sewa
adalah RM2.34 / kaki persegi dan
Rozel Corporation Sdn Bhd dan Skylace Sdn Bhd merupakan penyewa utama hartanah
ini.

6. Ruang Pejabat 4 Tingkat, Pusat Bandar Melawati

Dengan keluasan
yang boleh disewakan 6,705 kaki persegi,
hartanah ini diperoleh pada tarikh 30 Ogos 1996 pada harga RM713,000.

Nilai terakhir pada
tahun 2018 adalah RM2.1 juta dengan
penyewa tunggal adalah ARH Juruukur Bahan Sdn Bhd.

7. Asia City, Kota Kinabalu

AHP memiliki dan
mengurus tingkat bawah dan tingkat pertama Blok G, Asia City yang terletak di
pusat badnar Kota Kinabalu, Sabah ini.

Ruang yang boleh
disewakan adalah 3,100 kaki persegi dan
hartanah ini diperoleh pada 12 Disember 1995 dengan nilai RM1.65 juta

Nilai akhir
hartanah ini pada tahun 2018 adalah RM1.9
juta
dan penyewa tunggal adalah Amanah Saham Nasional Berhad.

Baca : Top 10 Unit Trust Patuh Syariah Yang Beri Pulangan Tertinggi Dalam Masa 10 Tahun

Sungguhpun berdepan
dengan situasi pasaran yang tidak menentu dan mencabar, AHP masih mampu
memberikan pulangan yang positif kepada pelabur REIT.

Sekiranya anda
berminat untuk melabur dalam hartanah tanpa perlu memiliki sebarang hartanah
dan juga memohon pembiayaan pinjaman, REIT adalah jawapannya!

Sumber Rujukan:

  1. AHP
  2. The Edge
  3. Malaysia Stock Biz
  4. The Malaysian Reserve

*Ini adalah contoh untuk pelaburan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT). Namun, Amanah Harta Tanah PNB (AHP) adalah tidak patuh syariah ya.

Untuk pengetahuan, ada 4 REIT patuh syariah yang boleh dibeli di pasaran saham Malaysia. Nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk Kenali Kaunter REIT Patuh Syariah Di Bursa Malaysia.



Source link