Uncategorized

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 1


7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 2

Taman Melawati yang terletak di Ulu Klang, Gombak dahulunya merupakan satu kawasan pertanian di mana lebih kurang 40 tahun lalu, sekitar tahun 1970, sebahagian besar kawasan ini adalah milik Hawthornton Estate.

 

Namun kini kerana lokasinya yang strategik, 15 minit sahaja daripada Segi Tiga Emas, Taman Melawati menjadi kawasan pilihan bagi mereka yang berkerja di sekitar Kuala Lumpur.

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 3

Kredit: Malaxi

Dari segi aksesibiliti, anda mudah untuk bergerak ke mana sahaja sama ada dengan menaiki pengangkutan awam atau kenderaan sendiri.

Terdapat 3 stesen LRT yang berdekatan iaitu LRT Gombak, LRT Taman Melati dan LRT Wangsa Maju. Antara jaringan lebuhraya yang tersedia adalah:

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 4

Kredit: KLIA2

  • MRRII
  • DUKE
  • Lebuhraya Genting Klang – Pahang
  • SUKE (dalam pembinaan)
  • AKLEH

Lebuhraya MRRII menghubungkan Taman Melawati ke kawasan sekitar Bukit Jalil dalam masa 30 minit. Walaupun MRRII agak sesak ketika waktu puncak, namun kesesakan ini dijangka berkurang selepas pembinaan lebuhraya SUKE selesai.

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 5

Kredit: KLIA2

SUKE merupakan alternatif kepada MRRII yang menghubungkan Utara dan Selatan Selangor. Manakala jika anda ingin ke Damansara, ia hanya mengambil masa 15 minit melalui lebuhraya DUKE.

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 6

Kredit: KKR

Selain daripada jaringan pengangkutan awam dan lebuhraya, antara yang menjadi timbang tara dalam membuat keputusan membeli hartanah disesuatu kawasan adalah kemudahan hiburan dan rekreasi yang mampu mengurangkan tekanan kerja individu.

Jika anda mencari kawasan yang sarat dengan aktiviti hujung minggu, Taman Melawati lah jawapannnya!

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 7

Kredit: Giphy

Daripada aktiviti berkeluarga sehinggalah aktiviti individu, semuanya tersedia di sini. Bagi keluarga dengan anak-anak kecil, anda boleh membawa keluarga anda melawati Zoo Negara.

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 8

Kredit: FMT

Antara tarikan utama di Zoo Negara adalah Panda yang dibawakan khas daripada China. Harga tiket pula adalah RM16 bagi kanak-kanak dan RM43 bagi yang dewasa.

Di samping itu, Taman Melawati turut dikelilingi beberapa pusat membeli belah seperti Melawati Mall, Wangsa Walk dan KL Festival Mall. Bagi kaki ‘shopping’ pula, Genting Premium Outlet tersedia untuk anda dengan hanya 50 minit perjalanan sahaja melalui Lebuhraya Genting Klang – Pahang.

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 9

Kredit: Star Property

Jika semua ini masih tidak mencukupi, anda boleh sahaja ke pusat membeli belah yang lebih gah seperti KLCC dan Pavillion di tengah Kota Kuala Lumpur.

Buat peminat alam semula jadi dan aktiviti lasak, ada beberapa lokasi dan aktiviti menarik buat anda seperti aktiviti ‘hiking’ yang boleh dijalankan di Bukit Tabur.

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 10

Kredit: The Milennial Sis

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 11

Kredit: Anastasia Moraites

Selain daripada keseronokan dan cabaran mendaki bukit, anda turut disajikan dengan pandangan yang cukup indah setelah sampai ke puncak Bukit Tabur.

Antara kekayaan khazanah flora dan fauna disini adalah Hutan Rimba Ampang yan telah dinaikkan taraf sebagai pusat rekreasi seisi keluarga.

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 12

Kredit: Projek Travel

Dengan air bukit yang jernih lagi segar, dilengkapi pula dengan kemudahan taman permainan dan kawasan rehat beserta laluan pejalan kaki, pondok istirehat, kawasan permainan darat dan air, Hutan Rimba Ampang cukup sesuai untuk anda lari daripada kesibukan bandar buat seketika.

Air terjun yang paling terkenal disini adalah Air Terjun Batu Asah atau lebih dikenali sebagai Air Terjun ‘Sofea Jane’ oleh penduduk di sekitar.

Selain itu, Empangan Klang Gate turut menjadi lokasi pilihan ramai pada hujung minggu untuk beristirehat atau berkelah bersama keluarga.

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 13

Kredit: MForum

Empangan Klang Gate satu kawasan tadahan air utama dikawasan Kuala Lumpur. Kawasan rekreasi Klang Gate pula adalah unjuran daripada buangan lebihan air empangan tersebut.

Ianya telah mewujudkan kolam-kolam air dan air terjun sepanjang anak sungai Klang Gate. Disinilah suasana tenang dan nyaman dapat dinikmati oleh pengunjung untuk bersantai dan menikmati keindahan alam semulajadi.

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 14

Kredit: Dan Arif

Kepada yang mencari yang mencari aktiviti lasak pula, anda boleh mencuba aktiviti ATV di Kampung Kemensah. Anda akan dibawa ke pinggir-pinggir hutan sekitar kawasan air terjun bagi menikmati keindahan alam semula jadi.

Hari ini kita lihat semakin ramai jejaka-jejaka yang bermain bola sepak ekoran kenaikan liga sosial di Lembah Klang. Dan antara padang tumpuan dan disukai pemain sudah tentulah KLFA Football Centre yang menyediakan rumput sintetik mengikut piawaian FIFA.

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 15

Kredit: KLFA Academy

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 16

Kredit: KLFA Academy

Di sini anda boleh bermain bola sepak tanpa mengira waktu, petang atau malam, malahan ada yang bermain sehingga pukul 2 pagi.

Pusat Pendidikan Masa Depan

Gombak tempat terletaknya satu universiti bertaraf antarabangsa iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Selain itu terdapat beberapa institusi pendidikan lain yang tidak kurang hebatnya seperti Tunku Abdul Rahman University College, Malaysian Institute of Art dan Consist College.

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 17

Kredit: Abduhu Film

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 18

Kredit: Consist College

Di samping itu, kawasan sekitar Taman Melawati juga dikelilingi pusat pendidikan kanak-kanak yang berkualiti seperti R.E.A.L Kids, Krista, Falahiah Islam Kindergarten dan Little Caliph. Mencari tadika terbaik bagi anak-anak kecil bukan lah satu masalah bagi ibu bapa di Taman Melawati.

Kemudahan Asas Yang Lengkap

Kemudahan asas seperti hospital dan balai polis adalah pelengkap kepada sesebuah bandar. Boleh dikatakan apa sahaja urusan boleh diselesaikan tanpa perlu anda keluar daripada Taman Melawati.

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 19

Kredit: iBanding

Nak berurusan dengan bank? Semua cawangan bank ada disini. Tempat makannya juga pelbagai, anda boleh memilih daripada makanan Melayu, Mamak, ‘Western Food’ dan rangkaian makanan segera seperti McDonalds dan KFC.

Dari segi aspek kemudahan kesihatan pula, ada dua buah hospital terdekat disini iaitu Hospital Damai Service dan Hospital Columbia Asia.

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 20

Kredit: Serai Group

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 21

Kredit: TripAdvisor

Jika ada yang mencari hospital awam pula, anda boleh sahaja ke Hospital Ampang yang mengambil masa lebih kurang setengah jam perjalanan. Manakala untuk ke Institut Jantung Negara pula mengambil masa 20 minit perjalanan.

Kawasan Pelaburan Hartanah Berpotensi

Berdasarkan segala kemudahan yang ada dan jaringan perhubungan di Taman Melawati, tidak dapat dinafikan Taman Melawati adalah kawasan yang sesuai dijadikan kawasan pelaburan mahupun kediaman.

Harga rumah baru disini bermula RM675,000 hingga RM1,430,000 (RM231/kps – RM1,166/kps) berdasarkan data tahun 2017 hingga tahun 2018.

7 Rahsia Kawasan Taman Melawati Yang Ramai Tidak Tahu 22


Langgan Info Terkini





Source link