Artikel Terkini

7 Sebab Anda Kena Datang InvestSmart® Fest Pada 18-20 Oktober 2019 Di Mid Valley


Acara tahunan anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
kembali lagi, kali ini ia akan diadakan di Dewan Pameran 1, Mid Valley
Convention Centre pada hari Jumaat 18 Oktober sehingga hari Ahad 20 Oktober
2019. Bertemakan “Invest Smart” atau “Bijak Labur”, memang
rugi siapa yang tak pergi.

Sebab apa rugi? Sebab pelbagai manfaat yang akan anda
perolehi sepanjang 3 hari program tersebut dijalankan. Tak percaya?

Jom kita tengok 7 sebab kenapa anda kena datang InvestSmart® Fest 2019 tahun ini.

1. Banyak Booth Menarik Dengan Pelbagai Produk Pelaburan

Kalau anda sedang shopping
produk pelaburan yang pelbagai di Malaysia, ini adalah tempatnya. Menampilkan
berpuluh-puluh syarikat terkemuka, mereka ini menawarkan pelaburan saham, unit
trust, Real Estate Investment Trust (REIT) atau Amanah Pelaburan Hartanah,
perancangan kewangan dan bermacam-macam lagi.

Boleh buat perbandingan dan tanyalah pegawai-pegawai yang
ada di setiap booth. Bila dah ada ilmu, baru kita boleh melabur dengan bijak.

2. “Digital Pavilion”

Sekarang kan dah masuk era digital, maka industri kewangan
dan pelaburan pun semakin hari semakin ke arah digital. Dengan adanya “Digital
Pavilion” yang khusus, kita boleh dapatkan maklumat dan pendedahan tentang
pembiayaan berasaskan pasaran alternatif seperti pendanaan ekuiti ramai,
pembiayaan rakan setara, syarikat pengurusan pelaburan digital dan bursa aset
digital.

Memang kita kena bersedia daripada sekarang untuk ke arah digital,
atau tidak kita akan ketinggalan.

3. Kumpul Goodie Bag

Tak meriah kalau kita pergi ke mana-mana event, tak kumpul goodie bag atau
cenderamata yang disediakan. Bila dah banyak booth pameran, tentulah banyak
goodie bag yang boleh kita perolehi.

Sambil dapat ilmu, dapat pula beg, pen, buku nota dan
sebagainya yang boleh kita gunakan dalam kehidupan seharian.

4. Ramai Speaker Yang Pakar Dan Berpengalaman

Nama pun acara mengenai pelaburan, tentulah ramai
speaker-speaker yang akan berkongsi pengalaman dan ilmu tentang pelaburan
kepada orang ramai. Boleh dengar sendiri dan tanya soalan dengan mereka yang
pakar.

Juga dapatkan pendapat mereka mengenai situasi semasa
pasaran saham, dan prospek pasaran dan ekonomi pada masa akan datang.

Orang kata market dah nak crash, dah crash ke belum? Ke
tunggu masa je nak crash? Bila agak-agaknya tu?

5. Dapatkan Khidmat Nasihat Kewangan Daripada Pakar

Anda sedang hadapi masalah kewangan dan tak tahu nak tanya siapa? Rebut peluang untuk datang ke sini dan dapatkan khidmat penilaian perancangan kewangan daripada perancang kewangan berlesen di gerai pameran “#FinPlan4u”.

Semoga dengan adanya sesi ini, anda dah tahu nak buat apa
seterusnya. Maklumlah, bukan calang-calang orang yang boleh jadi perancang
kewangan yang bertauliah di Malaysia.

6. Networking

Kalau nak berjaya dalam sesuatu bidang, kita kenalah
bersama-sama dengan ahlinya, betul tak? Siapa lagi yang akan datang ke acara
pelaburan seperti ini, kalau bukan mereka yang minat tentang pelaburan.

Jadi ambil peluang untuk berkenalan dengan mereka yang
mempunyai minat yang sama, sambil-sambil buat kawan.

7. Masuk Percuma

Lupa pula nak bagitahu, InvestSmart® Fest 2019 ni masuk percuma. Jadi bawalah seisi
keluarga dan kawan-kawan bagi meramaikan majlis. Semoga semua ahli keluarga
kita dan kawan-kawan kita akan jadi pelabur yang berilmu.

Nak
melabur ni kena ada ilmu, kalau tak melebur namanya.

Jumpa Di Sana

Ayuh kita ke InvestSmart® Fest 2019 yang akan dianjurkan di Dewan
Pameran 1, Mid Valley Convention Centre pada hari Jumaat 18 Oktober sehingga
hari Ahad 20 Oktober 2019.

Jumpa anda di sana!

Infografik/Artikel ini
dibawakan kepada anda oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pelajari peluang dan
pilihan pelaburan di dalam pasaran modal Malaysia, dan bagaimana anda boleh
melabur untuk masa depan anda, dengan menghadiri
InvestSmart® Fest
2019.

Komen

komen





Source link