Uncategorized

7 Tips Bagi Mereka Yang Nak Buat Bisnes Homestay


Sekarang ini semakin ramai yang berlumba-lumba untuk memjalankan perniagaan homestay. Ini kerana pulangannya lebih lumayan berbanding dengan menjalankan rumah sewa semata-mata.

Bagi yang baru sahaja nak berjinak-jinak dalam menguruskan homestay, di sini ada beberapa tips yang boleh anda ikuti supaya ianya dapat memberikan pulangan seperti yang kita harapkan.

1. Lokasi

Dalam apa jua jenis perniagaan, pemilihan lokasi sangatlah penting. Untuk homestay, kita perlu pilih lokasi strategik seperti berhampiran dengan kawasan tumpuan pelancongan, berdekatan dengan kemudahan awam dan sebagainya.

Kalau nak buat homestay di tempat yang kurang menjadi tumpuan pelancong dan tiada apa yang menarik di kawasan tersebut, kita mungkin masih mendapat pelanggan tetapi mungkin kurang berbanding tempat lain yang hot.

2. Saiz Rumah

Untuk homestay, kita tak perlu memiliki rumah yang besar seperti banglo atau pun rumah teres 2 tingkat. Cukup sekadar rumah yang bersaiz sederhana kecil sahaja. Ia juga lebih mudah untuk diuruskan berbanding rumah yang lebih besar.

Apa yang penting adalah kita perlu bijak menghias homestay tersebut agar kelihatan menarik.

3. Hiasan Dalaman

Untuk memastikan pelanggan kembali berkunjung ke homestay kita dan meninggalkan reviu yang baik, kita perlulah mencari idea unik untuk dekorasi ruangan dalam homestay tersebut. Pilih warna-warna menarik untuk memberikan first impression yang positif kepada pengunjung.

Susun atur dalaman homestay juga perlulah kemas dan teratur, walaupun ruang yang kecil mampu kelihatan besar dan selesa didiami.

4. Iklan

Pengiklanan amatlah penting bagi memperkenalkan homestay kita kepada pelanggan baru. Untuk peringkat awal, anda boleh menggunakan media sosial seperti FB, Instagram, blog dan sebagainya untuk mempromosikan tempat penginapan anda itu.

5. Pengurusan Kewangan

Sama juga macam perniagaan lain, pemilik homestay perlu mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang cukup agar dapat mengelakkan kerugian. Ini dapat membantu anda dalam merancang perbelanjaan untuk homestay tersebut agar tidak terlebih belanja.

6. Tawaran Istimewa

Cuba tawarkan sesuatu yang special untuk penginap seperti sarapan percuma, diskaun untuk tarikh-tarikh tertentu, dan sebagainya. Pasti ramai yang akan tertarik untuk berkunjung ke homestay kita nanti.

7. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Jangan ingat perniagaan lain sahaja yang perlu mendaftar dengan SSM, pengusaha homestay juga perlu berdaftar. Ini bagi memudahkan sebarang urusan di masa hadapan.

Bisnes homestay ini dikira sebagai pendapatan sewa, jadi perlu declare kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri dan bayar cukai yang sepatutnya.

Sumber Rujukan:

Kita juga boleh guna perkhidmatan Airbnb bagi mempromosikan homestay kita kepada orang ramai. Dan kalau nak tahu, Airbnb Sumbang RM200.4 Juta Kepada Ekonomi Tempatan, Kat Mana Lokasi Yang Hot di Malaysia?

Bagi mereka yang tak mampu nak beli rumah untuk dijadikan sebagai homestay, jangan risau kerana kini ada 4 Cara Jana Pendapatan Tanpa Memiliki Hartanah Sendiri Guna Teknik Sublet.

Komen

komen





Source link