Artikel Terkini

7 Tips Membeli-Belah Dalam Talian Yang Memberikan Anda Lebih Penjimatan


Sesuai dengan perubahan zaman, kegiatan membeli-belah dalam talian semakin digemari ramai. 

Ia memberikan kemudahan untuk anda membuat penyelidikan menyeluruh mengenai barangan yang diinginkan, dan anda mampu membuat pesanan tanpa kekangan geografi. 

Selain itu, anda tidak perlu keluar dari rumah untuk membuat sebarang pembelian. Ini sangat menjimatkan masa dan kos seperti pengangkutan dan sebagainya.

Malaysia merupakan di antara negara tertinggi di rantau ini di mana penduduknya kerap melakukan kegiatan membeli-belah dalam talian. Mengikut perangkaan yang terkini, terdapat lebih 16.53 juta penduduk Malaysia yang memilih untuk membeli-belah dalam talian berbanding pergi ke kedai.

This image has an empty alt attribute; its file name is Majalah-Labur-Ad-2-03.jpg

Risau dengan kewangan anda pasca Covid-19? Klik sini untuk pembiayaan Islamik Cepat dah Mudah dengan Assidq.com.

Di antara tarikh keramat untuk membeli-belah dalam talian sempena 11/11. Pada bulan Disember pula, anda berpeluang untuk membeli-belah sambil menikmati harga runtuh sekali lagi iaitu pada 12/12 ini.

11/11 atau 11 November juga dikenali sebagai “Singles Day” di mana pada hari tersebut anda berpeluang untuk menikmati pelbagai tawaran dan diskaun jika anda membeli-belah dalam talian.

‘Sekuel’ kepada perayaan tersebut pula jatuh pada 12 Disember atau 12/12. Turut dikenali dengan nama “Double 12” di beberapa negara, ia bertujuan untuk mempromosikan perniagaan dan jenama-jenama kecil dan sederhana.

Ini kerana kebanyakan jenama yang kecil atau sederhana sukar bersaing dengan syarikat-syarikat besar semasa Singles Day berlangsung.

Sama ada anda seorang yang tegar membeli-belah dalam talian atau baru nak berjinak-jinak dalam membuat pembelian secara atas talian, di sini kami berikan tujuh petua untuk mendapatkan lebih penjimatan:

1. Kenal Pasti Barangan Pilihan Lebih Awal

Apabila anda menyelidik dan membuat perbandingan harga di banyak laman, anda akan jumpa pelbagai tawaran harga yang terbaik.

Setelah anda kenal pasti barangan yang anda inginkan, anda boleh terus masukkan ia ke dalam bakul atau shopping cart.

Walaupun anda tidak bercadang untuk terus membuat pembelian, apabila harga barangan tersebut turun, anda tidak perlu tercari-cari lagi barangan tersebut.

2. Kenal Pasti Musim Tawaran

Kenal pasti musim membeli-belah dan tarikh yang menjanjikan penjimatan besar agar anda tidak terlepas peluang, contohnya seperti 11/11 dan 12/12. Selain itu, terdapat pelbagai jenama yang juga sering membuat promosi mereka sendiri dan jualan penghabisan stok.

Pastikan anda mengikuti laman sosial jenama kegemaran anda untuk merebut peluang yang ada.

3. Pasangkan Notifikasi

Lanjutan tip no.2 di atas; anda boleh pasangkan notifikasi pada laman sosial atau emel anda untuk sebarang pengumuman promosi. Kadangkala tempoh promosi adalah terhad, maka tanpa notifikasi, anda mungkin terlepas tawaran tersebut.

This image has an empty alt attribute; its file name is Majalah-Labur-Ad-2-03.jpg

Risau dengan kewangan anda pasca Covid-19? Klik sini untuk pembiayaan Islamik Cepat dah Mudah dengan Assidq.com.

4. Gunakan e-Dompet Untuk Penjimatan

Terdapat banyak kelebihan pada aplikasi e-dompet. Kebanyakan aplikasi ini menawarkan potongan harga barangan dan tawaran seperti pulangan balik tunai (cashback) bagi setiap transaksi pembelian anda.

5. Gunakan Tawaran ‘Cashback‘

Selain penggunaan aplikasi e-dompet, terdapat juga aplikasi khusus yang menawarkan pulangan balik tunai bagi setiap pembelian dalam talian anda.

Aplikasi seperti Shopback menawarkan kemudahan seperti ini untuk beratus laman dalam talian.

6. Jimat Kos Penghantaran

Kebanyakan laman akan memberikan diskaun atau penghantaran percuma apabila anda membeli barangan dalam jumlah yang banyak. Pastikan anda mengambil kesempatan di atas kemudahan ini. 

7. Beli Di Rumah, Ambil Di Kedai

Sekiranya tiada kemudahan penghantaran percuma dan ibu pejabat atau kedai laman tersebut terletak berdekatan dengan anda, anda mungkin boleh terus mengambil barangan tersebut di ibu pejabat atau kedainya.

Pembelian dalam talian kadangkala lebih murah berbanding harga di kedai kerana ia tidak melibatkan kos penghantaran ke kedai.

AsSidq.com adalah platform sehenti anda untuk produk kewangan Islamik. Kami membantu memadankan anda dengan tawaran kewangan patuh syariah yang terbaik dari rakan perbankan dan kewangan kami, berdasarkan keperluan anda.

Kami memastikan pembiayaan anda bebas daripada unsur yang tidak beretika termasuk riba, gharar, maysir, haram, dan zulm.

Sama seperti produk perbankan Islam yang lain yang dikawal ketat di Malaysia, pembiayaan yang ditawarkan melalui Assidq.com dikawal oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia. Ini adalah jawatankuasa yang memastikan semua pinjaman peribadi Islam di Malaysia mematuhi prinsip syariah.

Perkhidmatan ini disediakan percuma, mudah digunakan dan anda akan dipadankan serta-merta. Mohon sekarang dan dapatkan kelulusan dalam masa yang singkat!

Kredit: http://articles.assidq.com/7-tips-membeli-belah-dalam-talian-yang-memberikan-anda-lebih-penjimatan/



Source link