Uncategorized

8 Checklist Semak Defect Rumah Baru Anda

8 Checklist Semak Defect Rumah Baru Anda 1


8 Checklist Semak Defect Rumah Baru Anda 2

Perkara pertama yang anda fikir apabila berjaya membeli rumah semestinya untuk menghias ruang dalaman rumah bukan?

8 Checklist Semak Defect Rumah Baru Anda 3

Kredit: Tenor

Warna cat dinding bagi ruang tamu, dapur dan setiap kamar telah dirancang dengan begitu baik sekali sehingga anda seakan – akan tidak sabar untuk memulakan proses dekorasi rumah anda. 

Namun begitu, keseronokan anda terbantut gara – gara keadaan rumah yang kurang sempurna dan mengalami pelbagai kerosakan yang mencacatkan pandangan dan menghilangkan fungsi rumah tersebut.

8 Checklist Semak Defect Rumah Baru Anda 4

Kredit: SNL

Disebabkan itulah pembeli rumah jenis undercon wajib menyemak dengan terperinci kecacatan (defect) pada rumah dalam masa 24 bulan dari tarikh penerimaan kunci rumah.

“Pemaju bertanggungjawab membaik pulih segala jenis kerosakan dan menanggung kos baik pulih.”

Disebabkan terlalu banyak kes undercon defect di Malaysia, tim Hartabumi kongsikan kepada anda checklist lengkap dalam menyemak kecacatan pada rumah baru anda!

8 Checklist Semak Defect Rumah Baru Anda

8 Checklist Semak Defect Rumah Baru Anda 5

1. Pintu.

Anda dinasihatkan untuk menyemak keadaan pintu utama, pintu bilik, pintu tandas dan pintu belakang rumah anda. Dan juga anda disyorkan untuk menyemak keadaan tombol dan kunci pintu rumah samada mampu dikunci atau tidak.

 

8 Checklist Semak Defect Rumah Baru Anda 6

Kredit: Siakap Keli

Paling penting ialah untuk anda cuba menutup, mengunci dan membuka kembali setiap pintu rumah untuk memastikan keadaan pintu, saiz pintu, tombol dan kunci berada dalam keadaan sempurna. 

2. Jubin.

Anda wajib mengetuk setiap jubin di lantai rumah anda satu persatu dan pastikan tiada bunyi ‘kosong’ saat anda mengetuk jubin tersebut. 

8 Checklist Semak Defect Rumah Baru Anda 7

Kredit: Siakap Keli

Alatan yang anda boleh gunakan untuk mengetuk jubin adalah duit siling atau pemutar skru dan jangan ketuk terlalu kuat dikhuatiri jubin tersebut pecah. 

Kebiasaannya, di tengah jubin mempunyai simen tetapi di tepi dan sisi jubin selalunya kosong. Apa yang anda perlu buat ialah tandakan jubin yang kosong itu untuk perhatian pemaju kelak.

3. Elektrik.

Sila periksa setiap soket elektrik, kipas, lampu dan suis elektrik di dalam rumah daripada kawasan luar rumah sehingga dalam rumah satu persatu. 

8 Checklist Semak Defect Rumah Baru Anda 8

Kredit: One Step

Sekiranya terdapat masalah aliran elektrik atau pendawaian, jangan lupa untuk tandakan pada suis atau soket yang betul untuk memudahkan pemaju membaik pulih masalah tersebut. 

4. Meter Air.

Buka semua pili air dan alirkan air dengan sempurna sambil semak meter air. Apa yang anda perlu semak adalah sekiranya terdapat kebocoran atau tersumbat dari siling rumah, dinding, tangki, sinki dan saluran paip air. 

Untuk menyemak meter air dengan betul, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan memenuhkan air pada tangki utama dan apabila tangki telah penuh, meter air akan berhenti. Jika tidak, bermakna terdapat paip yang bocor. 

5. Tingkap & Sliding Door.

Cuba buka dan tutup setiap tingkap rumah dan sliding door dan pastikan kedua – duanya mampu ditutup dan dibuka dengan mudah tanpa sebarang kekasaran.

Jika sukar untuk ditutup/dibuka, anda boleh tandakannya untuk perhatian pemaju.

6. Tangga.

Untuk anda yang membeli rumah landed, anda boleh semak kecacatan tangga rumah anda dengan cara mengoyangkan pemegang tangga rumah anda bagi memastikan tangga rumah tersebut kukuh.

8 Checklist Semak Defect Rumah Baru Anda 9

Kredit: Hasny Jalil

Selain itu, cuba naik turun berulang kali dan sekiranya terdapat goyangan atau gegaran sila tandakan untuk perhatian pemaju.

7. Dinding.

Dinding adalah isu yang paling kritikal dalam menyemak kecacatan / keretakan pada rumah jenis undercon. Sesetengah dinding mempunyai keretakan dari atas sehingga bawah.

8 Checklist Semak Defect Rumah Baru Anda 10

Kredit: Siakap Keli

Ada juga yang permukaan dinding tidak rata dan ada juga kes yang tidak cukup simen. 

8. Kunci.

Dan yang terakhir sekali ialah untuk anda menyemak setiap kunci di rumah anda merangkumi pagar, tingkap bilik, tingkap tandas dan sliding door agar mampu dikunci dengan baik. 

8 Checklist Semak Defect Rumah Baru Anda 11

Kredit: Tribun Style

Hal ini kerana rumah jenis undercon yang belum berpenghuni kerap menjadi sasaran pencuri kabel elektrik. 

Selesai melakukan semakan kecacatan rumah anda, jangan lupa untuk tandakan pada setiap kecacatan yang anda hadapi.

Tunggu sehingga pemaju menyelesaikan kecacatan rumah anda dan selepas itu, bolehlah anda melakukan renovasi hiasan dalam rumah anda! 


Langgan Info Terkini





Source link