Uncategorized

8 Pengajaran Yang Boleh Diambil Daripada Wanita Terkaya Dunia Zhou Qunfei

8 Pengajaran Yang Boleh Diambil Daripada Wanita Terkaya Dunia Zhou Qunfei 1


Dalam pertemuan kita yang lalu, kita dapat lihat bagaimana Lahir Di Dalam Keluarga Yang Miskin, Akhirnya Menjadi Wanita Terkaya Dunia. Walaupun tanpa persekolahan yang tinggi, beliau mampu berjaya dan meraih kekayaan pada usia yang muda.

Pada kali ini, kami akan berkongsi sedikit sebanyak fakta-fakta diri beliau yang kita boleh jadikan pengajaran kita bersama.

1. Berkeluarga Dan Berkerjaya

Beliau berkahwin sebanyak dua kali, dan mempunyai dua orang anak. Dan yang paling utama sekali, Zhou Qunfei memiliki kekayaan yang luar biasa mengatasi wanita lain.

Seorang wanita yang berkeluarga, semestinya boleh berjaya dalam kerjaya kalau pandai membahagikan masa.

2. Tidak Pernah Menyesal

Menurut beliau, kebanyakan kaum wanita di perkampungan asal beliau, hanya menumpukan pada perkahwinan dan ingin menjaga keluarga selepas berkahwin, tetapi bukan dirinya. Ramai wanita tidak mempunyai impian yang tinggi.

Seperti kata-katanya ‘I choose to be in business and I don’t regret it’

3. Berhijrah Untuk Menimba Ilmu Dan Pengalaman

Beliau berhijrah ke Shenzhen dengan tujuan untuk menambah ilmu, kemahiran dan pengetahuan dalam teknologi. Terlalu banyak yang beliau pelajari ketika itu, namun beliau sedikit menyesal kerana tidak mempelajari bahasa Inggeris.

Kalau kita ingin berjaya dalam kehidupan, ilmu adalah sangat penting. Carilah ilmu sebanyak mungkin dan jangan pernah jemu untuk belajar sesuatu yang baru.

4. Bekerja 16 Sehingga 18 Jam Sehari

Jika dibandingkan waktu beliau bekerja dengan kebanyakan daripada kita, beliau lebih banyak meluangkan masa untuk bekerja. Tahukah anda ketika beliau bekerja 16 hingga 18 jam sehari pada tahun 1986, beliau hanya berpendapatan $1 USD sehari?

Namun yang demikian, Zhou Qunfei sentiasa menanam impian untuk memulakan perniagaan beliau sendiri suatu hari nanti.

5. Hanya Menumpukan Kepada 1 Produk Untuk Tempoh 20 Tahun

8 Pengajaran Yang Boleh Diambil Daripada Wanita Terkaya Dunia Zhou Qunfei 2

Skrin sentuh telefon pintar adalah satu-satunya produk yang syarikat beliau tumpukan dan membuatnya sebaik yang mungkin. Tidak hairanlah ramai syarikat gergasi telefon pintar menginginkan perkhidmatan beliau untuk produk telefon pintar mereka.

Jika kita jumpa sesuatu yang kepakaran dalam diri, pastikan kita bersungguh-sungguh untuk menjadi yang terbaik dalam bidang tersebut.

6. Bekerjasama Dengan Individu Yang Rapat Dengan Dirinya

Perkahwinan pertamanya adalah dengan majikan beliau sendiri. Selepas bercerai beliau mendirikan rumah tangga dengan orang kanan beliau sendiri.

Jika kita rasa senang untuk bekerjasama dengan orang yang paling rapat dengan kita, silakan. Pasangan suami isteri, adik-beradik, rakan karib dan sebagainya boleh bersama-sama membangunkan perniagaan.

7. Memahami Pekerja Dengan Mendalam

Salah satu strategi beliau dalam mendekati pekerjanya adalah beliau tinggal berdekatan dengan pejabat utama syarikatnya. Ini membolehkan beliau sering ada di pejabat dan dapat memantau kilangnya ketika beroperasi di sebelah malam.

Lagi dekat kita dengan pekerja, lagi mesra kita dengan mereka, lagi bersemangat mereka untuk melakukan kerja. Produktiviti meningkat, keuntungan pun meningkat.

8. Ada Pelan B

Pada asalnya, Zhou Qunfei mengimpikan untuk menjadi pereka fesyen tetapi mempunyai pelan B beliau – iaitu beliau akan lebih berjaya dengan membina empayar perniagaan. Lalu beliau memilih pelan B tersebut dan memulakan perniagaan dalam industri perkilangan.

Ramai daripada kita hanya tahu satu saja cara untuk berjaya, sedangkan ada banyak lagi jalan yang boleh kita terokai. Sekurang-kurangnya kalau satu tak mendatangkan hasil yang kita harapkan, boleh cuba benda lain pula.

8 Pengajaran Yang Boleh Diambil Daripada Wanita Terkaya Dunia Zhou Qunfei 3

8 Pengajaran Yang Boleh Diambil Daripada Wanita Terkaya Dunia Zhou Qunfei 4

Komen

komen





Source link