Uncategorized

8 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Membeli Unit Kediaman Tinggi

8 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Membeli Unit Kediaman Tinggi 1


Kebanyakan kita yang tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, selalunya akan memilih untuk membeli kediaman tinggi seperti apartmen, kondominium dan sebagainya. Ini kerana harganya yang lebih murah berbanding kediaman di atas tanah.

Sekiranya bercadang untuk membeli unit kediaman tinggi, boleh tengok 8 tips sebelum nak shopping rumah idaman anda.

1. Arah Matahari

Kenapa arah matahari penting dalam pemilihan unit? Ini bagi mengelakkan rumah anda panas seperti ketuhar! Maklumlah, kalau asyik kena direct sunlight sahaja, tentu anda berasa tidak selesa bukan? Kalau boleh cari unit yang mengadap arah utara atau selatan.

Tapi, jika tiada pilihan, ambil unit yang mengadap ke timur, kerana matahari pagi tidak sepanas matahari senja. Walaupun ramai yang merasakan mahari senja itu cantik, tapi tahan ke anda nak merasa bahangnya setiap hari?

2. Persekitaran

Sebelum membeli mana-mana unit, jangan lupa untuk pergi sendiri ke tapak pembinaan untuk melihat keadaan sebenar di sana. Jangan menggharapkan kata-kata Sales Advisor dan gambar di showroom sahaja. Ini bagi mengelakkan anda menyesal dikemudian hari.

Sebagai contoh, jika anda seorang yang mementingkan privasi, elakkan unit yang berdekatan dengan sekolah, balai polis, balai bomba, hospital, rumah ibadat dan sebagainya. Ini bagi mengelakkan kesesakan keluar masuk rumah pada waktu puncak dan juga suasana bising.

3. Pengudaraan

Pengudaraan yang baik penting untuk menjamin keselesaan anda. Disebabkan itu, elakkan memilih unit yang menghadap tanah tinggi, pokok-pokok besar dan juga blok atau bangunan lain.

Selain daripada itu, pemandangan anda juga boleh terhalang disebabkannya. Hari-hari tengok semak samun atau belukar pun tak best kan?

4. Tempat Letak Kereta

Zaman sekarang, sebuah keluarga biasanya akan memiliki sekurang-kurangnya 2 buah kereta. Jadi cari unit yang menyediakan 2 parking lot. Tetapi sekiranya pemaju hanya menyediakan 1 parking sahaja, pilihlah lot yang terbaik. Dapatkan nombor lot unit yang hendak dibeli daripada pemaju dan jangan lupa untuk menyemak susunan lot tersebut.

Pilih lot yang berhampiran dengan lif dan juga yang mudah untuk masuk ke dalam parking.

5. Susun Atur (Layout) Unit

Sebelum membeli apa jua jenis hartanah, perlu tahu tujuan nak beli hartanah tersebut. Samada kita ingin jadikannya sebagai satu bentuk pelaburan atau untuk didiami sendiri. Ini bagi memudahkan kita untuk membuat pilihan sama ada nak beli studio, apartment 2 bilik, 3 bilik dan sebagainya.

Perlu juga bijak memilih layout dengan susunan bilik tidur dan ruang tamu yang memberi kesan yang lebih lapang dan luas.

6. Kedudukan Unit

Faktor ini juga penting bagi memastikan keselesaan, privasi serta keselamatan. Sebagai contoh, unit yang terlalu hampir dengan lif lebih bising dan kurang privasi, terutamanya di waktu puncak seperti waktu pagi. Corner lot pun terbaik, kerana memang sunyi sikit.

Manakala unit atau blok yang berhampiran dengan pondok pengawal pula akan memberi rasa selamat jika ada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku.

7. Kolam Renang

Jika apartmen atau condominium yang ingin dibeli itu mempunyai kolam renang, elakkan daripada memilih unit yang menghadap kolam renang. Malah jika terdapat ruang untuk BBQ atau dewan orang ramai, sudah pasti suasana hujung minggu lebih hingar daripada hari biasa.

Ini bagi anda yang sukakan privasi. Tetapi, jika ingin jadikan unit anda itu sebagai homestay, ia memang pelaburan yang berbaloi walaupun harganya lebih mahal.

8. Pilihan Unit Fully Furnished

Sesetengah pemaju menyediakan pilihan pakej fully furnished atau kosong untuk kediaman tersebut. Jangan buat keputusan berdasarkan apa yang dilihat di show unit sahaja. Takut ia berbeza dengan apa yang kita harapkan.

Selain daripada itu, boleh juga perbandingan harga. Adakah harganya lebih berpatutan sekiranya kita sendiri yang menyediakan perabot?

Setiap Tingkat Harga Berbeza

Dan seperti biasa, setiap jenis unit, aras, kemudahan serta layout pastinya mempunyai harga yang berbeza. Jadi buatlah pemilihan yang bijak mengikut bajet dan keselesaan kita.

Sumber Rujukan: The Vocket

8 Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian Sebelum Membeli Unit Kediaman Tinggi 2

Komen

komen





Source link