Uncategorized

8 Projek PR1MA Anda Boleh Dapatkan Di Hartabumi

8 Projek PR1MA Anda Boleh Dapatkan Di Hartabumi 1


8 Projek PR1MA Anda Boleh Dapatkan Di Hartabumi 2

Buat anda yang mencari rumah pertama atau rumah kedua pada harga mampu milik dengan diskaun dan rebat eksklusif, kami di Hartabumi.com sangat menyarankan anda untuk mengambil peluang ini dengan membeli salah satu daripada 8 projek PR1MA. 

Kenapa projek PR1MA dan bukan rumah  atau projek – projek terbaru dari pemaju lain? Hal ini kerana, Kerajaan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengambil langkah proaktif bersama REHDA dengan memberikan diskaun dan rebat eksklusif untuk projek PR1MA di seluruh negara!

8 Projek PR1MA Anda Boleh Dapatkan Di Hartabumi 3

Kredit : Lembaga Biasiswa Negeri Kedah

Inisiatif ini diambil bagi membantu pemaju menjual projek perumahan yang telah lama tidak terjual sekaligus meningkatkan pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera khususnya anak muda di seluruh negara. 

Kempen Home Ownership Campaign yang berlangsung bermula 1 Mac dan berakhir 31 Mac ini menjanjikan diskaun dan rebat sehingga 30% dan serendah 20% diskaun dan rebat bagi projek PR1MA di seluruh Malaysia.

Apa yang lebih menarik ialah, pembiayaan boleh dilakukan 100% daripada bank swasta dan terdapat 8 panel bank swasta yang membiayai projek PR1MA seluruh negara  dan pembiayaan kerajaan di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Tanpa membuang masa, jom kita lihat kesemua 8 projek PR1MA anda boleh dapatkan di Hartabumi.com ini :-

1. PR1MA Kajang Utama

8 Projek PR1MA Anda Boleh Dapatkan Di Hartabumi 4

Kredit : PR1MA

Hartanah jenis apartment ini terletak tepatnya di Kajang Utama dan mempunyai keluasan 4.07 ekar dan menempatkan 566 unit.

Buat pengetahuan anda, terdapat 4 saiz unit bagi projek ini iaitu bermula 900 kps sehingga 1,124 kps dengan 3 kamar dan 2 tandas. 

Hartanah ini boleh diakses dengan lebuhraya SILK, LEKAS, PLUS dan terletak 5 minit dari bandar Kajang dan 10 minit dari Bandar Baru Bangi.

Antara fasiliti yang anda akan dapat apabila menjadi pemilik hartanah ini adalah :-

  • Dewan komuniti
  • Tadika
  • Taman permainan
  • Surau
  • Badminton court
  • Basketball court

Harga yang ditawarkan adalah bermula RM347,000 sebelum diskaun dan rebat eksklusif. Bakal pemilik hartanah ini bakal menikmati 10% diskaun dan 20% rebat menjadikannya 30%. 

– Dapatkan PR1MA Kajang Utama SEKARANG!

2. PR1MA Alam Damai 

8 Projek PR1MA Anda Boleh Dapatkan Di Hartabumi 5

Kredit : PR1MA

PR1MA paling laris ini terletak di Alam Damai, Cheras dengan keluasan 14.95 ekar dan menampung 2,074 unit rumah. Sungguhpun begitu, hartanah ini memegang status geran leasehold yaqni pegangan sementara 99 tahun.

PR1MA Alam Damai ini menawarkan 4 jenis unit dengan keluasan bermula 662 kps sehingga 935 kps dengan 1 bilik sehingga 3 bilik disertakan dengan 2 tandas.

Apa yang lebih menarik ialah, PR1MA Alam Damai ini terletak di kawasan strategik dan mampu diakses dengan lebuhraya Cheras – Kajang dan MRRII. 

Buat anda yang berminat untuk memiliki unit PR1MA Alam Damai ini, anda bakal menikmati 10% diskaun dan 15% rebat eksklusif pada harga bermula RM243,000 sebelum diskaun!

-Dapatkan PR1MA Alam Damai SEKARANG!

3. PR1MA Jalan Jubilee 

8 Projek PR1MA Anda Boleh Dapatkan Di Hartabumi 6

Kredit :PR1MA

Buat bakal pembeli rumah yang mencari rumah pertama dan kedua dalam jarak 5KM dari Bukit Bintang dan kawasan ibu kota Kuala Lumpur, anda boleh memohon PR1MA Jalan Jubilee ini. 

Dengan kawasan seluas 2.5 ekar dan menampung 543 unit ini, bakal pemilik rumah mempunyai 9 jenis pilihan unit dengan saiz binaan bermula 906 kps sehingga 1,089 kps

Daripada segi akses lebuhraya, PR1MA Jalan Jubilee ini tidak mempunyai masalah kerana terletak berhampiran dengan lebuhraya MEX dan lebuhraya BESRAYA dan menjadikan akses ke kawasan Putrajaya, Kuchai Lama dan sekitarnya menjadi mudah buat bakal pemilik unit ini.

Daripada segi penawaran diskaun dan rebat pula, bakal pemilik rumah akan menikmati 10% diskaun dan 10% rebat eksklusif. Harga sebelum diskaun dan rebat bermula serendah RM385,000.

– Dapatkan PR1MA Jalan Jubilee Sekarang!

4. PR1MA Port Dickson

8 Projek PR1MA Anda Boleh Dapatkan Di Hartabumi 7

Kredit : PR1MA

Buat warga Negeri Sembilan yang mencari rumah PR1MA, anda boleh memohon PR1MA Residensi Port Dickson ini yang terletak berdekatan TESCO Lukut ini. 

Dengan harga sebelum diskaun dan rebat ialah RM288,000, bakal pemilik rumah ini ditawarkan dengan tujuh jenis saiz unit binaan teres bermula 1,535 kps sehingga 1,577 kps dan keseluruhan unit didatangkan dengan 4 kamar dan 3 tandas. 

Kawasan seluas 47.18 ekar ini menempatkan 659 unit rumah teres dua tingkat PR1MA dan mampu diakses dengan lebuhraya Seremban – PD, Jalan Bukit Palong Lukut dan Jalan Seremban. Apa yang menarik ialah bakal pemilik akan menikmati 10% diskaun dan 10% rebat.

– Dapatkan PR1MA Port Dickson SEKARANG!

5. PR1MA A Famosa

8 Projek PR1MA Anda Boleh Dapatkan Di Hartabumi 8

Kredit : PR1MA

Siapa sangka PR1MA juga mempunyai projek di A’ Famosa? Ya, projek PR1MA A Famosa ini mempunyai keluasan 29.59 ekar dengan 755 unit bercampur yaqni apartment dan teres dua tingkat dengan keluasan unit binaan bermula 1,050 kps sehingga 1,755 kps

Bakal pemilik PR1MA ini pasti berpuas hati dengan jaringan lebuhrayanya kerana mampu diakses dengan lebuhraya AMJ dari bandar Melaka dan PLUS.

PR1MA A Famosa yang memegang status pajakan 99 tahun atau leasehold ini  ditawarkan pada harga yang sangat murah iaitu bemrula serendah RM147,000 sebelum diskaun dan rebat. Bakal pemilik rumah akan menikamti 10% diskaun dan 5% rebat eksklusif. 

Fasiliti yang ditawarkan buat bakal pemilik rumah ini setentunya adalah badminton court, dewan serbaguna, taska dan surau. 

– Dapatkan PR1MA A Famosa SEKARANG!

6. PR1MA Falim

8 Projek PR1MA Anda Boleh Dapatkan Di Hartabumi 9

Kredit : PR1MA

Projek PR1MA ini terletak di Ipoh Perak dan terletak berdekatan dengan AEON Ipoh dan stesen KTM Ipoh. Dengan keluasan 3.27 ekar, jenis rumah yang ditawarkan adalah apartment dan mempunyai 616 unit dan berstatus freehold

Terdapat lima jenis unit yang ditawarkan dengan 2 bilik sehingga 3 bilik dan 2 tandas dengan saiz 803 kps sehingga 1,096 kps pada harga sebelum diskaun dan rebat bermula RM225,000.

Fasiliti yang terdapat pada projek PR1MA ini adalah sistem keselamatan CCTV 24 jam, taman permainan, taska, nurseri, surau dan setentunya ruang rekreasi awam. 

Sungguhpun anda bukan berasal dari Perak, anda masih boleh mendapatkan unit rumah ini. Buat bakal pemilik hartanah PR1MA Falim ini, anda ditawarkan 10% diskaun dan 10% rebat eksklusif.

– Dapatkan PR1MA Falim SEKARANG!

7. PR1MA Bandar Meru Raya

8 Projek PR1MA Anda Boleh Dapatkan Di Hartabumi 10

Kredit :PR1MA

Projek PR1MA ini terletak di Meru, Perak dan hanya berjarak 2KM dari Bandar Meru. Kediaman jenis apartment ini mempunyai keluasan 8.8 ekar dengan 1,011 unit kediaman jenis geran freehold.

Terdapat dua jenis unit yang ditawarkan dengan keluasan unit bermula 937 kps dan 1,137 kps ini.  Bakal pemilik rumah bakal menikmati 10% diskaun dan 10% rebat eksklusif dan harga yang ditawarkan adalah bermula RM245,000 sebelum diskaun dan rebat. 

Antara fasiliti yang ditawarkan adalah pusat kanak – kanak, dewan komuniti, taman permainan, surau dan semestinya kolam renang!

– Dapatkan PR1MA Meru Raya SEKARANG!

8. PR1MA Kampung Paloh 

8 Projek PR1MA Anda Boleh Dapatkan Di Hartabumi 11

Kredit : PR1MA

Juga terletak di daerah Ipoh, PR1MA Kampung Paloh ini ditawarkan dengan 10% diskaun dan 10% rebat buat bakal pemilik dengan harga serendah RM206,000 sebelum diskaun dan rebat. 

Memegang status geran freehold, hartanah ini berkeluasan 2.58 ekar dan menampung 456 unit kediaman dengan keluasan bermula 784 kps sehingga 1,236 kps. 

Antara fasiliti yang ditawarkan untuk projek PR1MA Kampung Paloh ini adalah dewan komuniti, tadika, surau, pusat penjagaan anak dan taman permainan. Hartanah ini mampu diakses dengan Jalan Leong Boon Swee & Jalan Bendahara.

– Dapatkan PR1MA Kampung Paloh SEKARANG!


Langgan Info Terkini





Source link