Artikel Terkini

9 Fakta Menarik Mengenai Lelaki Terkaya Di Asia


Kita biasa dengar kisah lelaki terkaya dunia seperti Jeff Bezos, Bill Gates dan juga Bernard Arnault. Tetapi kita jarang dengar kisah lelaki terkaya di Asia buat masa sekarang.

Mungkin kita terfikir lelaki terkaya di Asia berasal dari Negara China memandangkan keadaan ekonomi negara tersebut yang sedang berkembang pesat, Jika kita rasa sedemikian, sangkaan kita semua adalah meleset kerana lelaki terkaya di Asia pada masa kini berasal dari Negara India.

Mukesh Ambani merupakan anak kepada pengasas syarikat konglomerat terbesar di India yang bernama Reliance Industries. Beliau merupakan anak kepada Dhirubhai Ambani yang merupakan pengasas syarikat tersebut. Mukesh mempunyai 4 orang adik-beradik dan salah seorang adiknya itu juga merupakan seorang bilionaire yang bernama Anil.

Tak Sempat Habis Belajar

Mukesh yang mempunyai ijazah di dalam bidang kejuruteraan kimia dari Universti Mumbai pada tahun 1981 dan dia telah menyambung pengajianya di Universiti Stanford untuk mendapatkan Master di dalam pengurusan perniagaan. Beliau yang tak berjaya menghabiskan pengajiannya itu, kemudiannya terus bekerja untuk syarikat bapanya.

Syarikat Reliance Industries bermula sebagai sebuah syarikat yang menjual barangan tekstil dan juga rempah ratus sebelum mempelbagaikan perniagaan mereka pada era 1960-an.

Selepas kematian bapanya, syarikat ini telah berpecah kepada dua. Pengurusan Reliance Industries Limited berada di bawah pengurusan Mukesh Ambani, manakala Reliance Anil Dhirubhai Ambani Group di bawah pengurusan adiknya, Anil Ambani.

Apa yang menarik mengenai dua orang adik beradik ini adalah, Mukesh Ambani telah berjaya mengembangkan perniagaan syarikatnya dan menjadi salah satu syarikat yang paling besar membuat keuntungan di India sehingga dapat memasuki senarai Fortune 500 (500 syarikat terbesar dunia).

Adiknya pula pernah menjadi seorang bilionaire yang berada di tempat ke-6 paling kaya di dunia pada tahun 2008.

Nasib Berbeza Abang Dan Adik

Mukesh yang berjaya mengembangkan empayar perniagaannya manakala perniagaan Anil pula mengalami masalah sehingga menjadikan nilai kekayan yang dimilikinya itu susut dengan teruk dalam tempoh 10 tahun.

Mukesh yang menjadi lelaki terkaya di India selama 12 tahun berturut-turut dengan kekayaan yang dimiliki sebanyak $60 bilion pada hari ini. Beliau dan keluarganya mempunyai majoriti pengangan saham di dalam Syarikat Relaince Limited iaitu sebanyak 47%.

Di antara perniagaan yang dilakukan oleh Syarikat Reliance di bawah  pengurusanya adalah industri petroleum, petrokimia, dan juga peruncitan. Syarikat ini juga mempunyai pelantar minyak terbesar dunia yang terletak di Jamnagar, yang menghasilkan 1.24 juta tong minyak mentah setiap hari.

Jom kita lihat beberapa fakta menarik mengenai Mukesh Ambani selaku lelaki terkaya di Asia ini.

1. Menjadi lelaki lelaki terkaya di India dan seluruh Asia yang mana beliau berjaya menggandakan kekayaan yang dimilikinya sebanyak dua kali ganda dalam masa 10 tahun

2. Keluarga Ambani tinggal di bangunan 27 tingkat dan dipercayai kediaman termahal di dunia yang berharga $1 bilion untuk dibina

3. Pada tahun lepas, Ambani berjaya menambah nilai kekayaanya sebanyak $16.4 bilion sedangkan bilionaire lain di India mengalami penyusutan kekayaan disebabkan faktor ekonomi yang lemah

4. Kekayaan yang dimiliki oleh Ambani adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding dengan orang kedua terkaya di India

5. Setiap minit kekayan Mukesh bertambah sebanyak $31,202

6. Pendapatanya tahun lepas adalah sebanyak 7.2 juta kali ganda dari purata gaji kebanyakan pekerja di India

7. Secara kasarnya, Ambani menambah kekayaannya sebanyak $4.5 juta setiap hari pada tahun lepas

8. Kekayaan yang dimiliki oleh Ambani adalah lebih tinggi dari keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Belarus

9. Beliau mempunyai kawan yang berpengaruh di luar India seperti Hillary Clinton dan CEO Alphabet, Sundar Pichai di mana kedua-dua mereka telah menghadiri majlis perkahwinan anaknya pada tahun 2018

Sumber Rujukan:



Source link