Artikel Terkini

9 Kegunaan Lain Minuman Coca Cola Yang Mengejutkan!


Coca Cola atau coke merupakan antara minuman berkarbonat yang paling popular bukan sahaja di negara ini, bahkan diseluruh dunia. Walaupun dengan kandungan gulanya yang tinggi, masih ramai lagi yang gemarkan minum ini.

Tetapi tahukan anda, selain untuk diminum, air coke juga mempunyai kelebihan lain oleh kerana bahan yang terdapat didalamnya sendiri?

Antara kegunaan lain minuman kegemaran ramai ini termasuklah..

1.Menghapuskan kesan minyak pada lantai
Kesan kotoran minyak memang susah untuk ditanggal. Tidak kiralah minyak masak yang terpercik pada dinding ataupun minyak kereta yang ditinggalkan pada lantai garaj. Semua jenis minyak memang degil!
Tetapi dengan menggunakan air coke, kotoran ini pasti dapat dihapuskan. Hanya tuang air pada kawasan terjejas dan biarkan semalaman. Kemudian bilas saja dengan air biasa.

2.Menanggalkan karat pada besi
Coke terbukti dapat menyelesaikan masalah ini dengan merendamkan alatan besi yang berkarat dengan hanya beberapa minit. Tahap pH pada minuman ini membolehkan karat ditanggalkan bukan hanya pada besi, malah tembaga juga aloi.

3.Membersihkan kotoran pada peralatan dapur
Kandungan kimia yang ada pada coke membuatkan minuman ini amat membantu dalam membersihkan barangan dapur. Contohnya menanggalkan kesan terbakar yang melekat pada kuali atau cerek air dengan hanya merendam alatan tersebut dengan coke.

4.Menyelesaikan masalah sinki tersumbat
malah asid fosforik dalam minuman manis ini boleh menanggalkan kotoran yang tersumbat didalam saluran paip. Hebat bukan?

5.Bunga hidup lebih lama
Bunga yang dihadiahkan boleh disimpan lama di dalam pasu bunga, terima kasih pada kandungan gula yang terkandung dalam minuman ini. Cuma masukkan suku cawan bersama air, bunga tersebut boleh bertahan selama beberapa hari lagi.

6.Membersihkan kerak mangkuk tandas
Cuma tuangkan sedikit, biarkan selama 1 jam kemudian tarik pengepam tandas dan lihat perbezaannya.

7.Menanggalkan cat pada besi dengan mudah
Basahkan kain dengan Coke dan tekapkan pada kawasan yang mahu ditanggalkan. Kandungan asid dalam air ini akan menghakis cat tersebut dan menjadikannya mudah tertanggal.

8.Menghilangkan kesan darah yang terkena pakaian
Kesan darah tidak mudah ditanggalkan dengan pencuci biasa, namun seperti bau minyak, kesan ini mudah ditanggalkan dengan Coca-Cola.

9.Mengilatkan kembali cermin mata
Asid fosforik ada coke berkesan membuang kotoran yang ada pada kaca. Cuma selepas cucian, kaca mata tersebut perlu dicuci bagi mengelakkan ia melekit.



Source link