Artikel Terkini

9 Tips Kejayaan Dato’ Seri Vida


Sebut saja nama Dato’ Seri Vida (DSV), pasti kita akan teringatkan tagline produk Qu Puteh beliau, iaitu “Qu Puteh, Qu Puteh.. Barulah Puteh”. DSV juga dikenali sebagai penaja program realiti Gegar Vaganza di Astro.

DSV yang tidak asing lagi namanya ini, merupakan salah seorang usahawan yang berjaya di negara kita. Walaupun beliau adakalanya sedikit kontroversi, namun aura positifnya perlu kita kagumi.

Jom kita lihat 9 tips kejayaan dari Dato’ Seri Vida, yang merupakan pengasas Vida Beauty.

1. Jangan Pernah Kenal Erti Putus Asa

Sebagai seorang tauke besar dalam bidang kosmetik, ramai yang ketahui betapa berjayanya beliau dalam perniagaan yang diceburi. Walaupun pernah disenaraikan sebagai di antara beberapa produk yang mengandungi merkuri yang tinggi, namun pernahkah kita melihat DSV melatah?

Itu tidak termasuk dugaan lain seperti kerugian
beratus ribu ketika memulakan perniagaannya. Selain itu, DSV juga pernah
dikaitkan dengan pertuduhan mengelak daripada membayar GST.

2. Ada Impian Tinggi

Beliau pernah berkata “nak berjaya, impian mesti tinggi”. Jangan pernah berhenti berfikir dan sentiasa menampilkan konsep yang baru.

Beliau juga menyimpan impian untuk berduet dengan Psy, iaitu penyanyi antarabangsa dari Korea Selatan yang popular dengan lagu Gangnam Style.

3. Bersikap Peramah Dan Mudah Didekati

Jika kita lihat DSV ketika ditemubual di televisyen mahupun radio, ternyata beliau sentiasa senyum dan ketawa. Beliau juga suka berbicara dan bergurau senda.

Pernahkah anda lihat usahawan seramah DSV?

4. Jangan Takut Menjadi Diri Sendiri

Tips kejayaan dari Dato’ Seri Vida adalah sering menjadi diri sendiri. Dalam apa jua keadaan pun dia tetap dengan pendirian dia dan tidak mudah terikat dengan pendapat orang lain.

Keupayaan beliau dalam berkongsi pandangan dan
mengekspresikan diri adalah sangat penting untuk berjaya. Dengan menjadi diri
sendiri, semua usaha tersebut tidak mustahil.

5. Gunakan Kisah Lalu Sebagai Pemangkin Kejayaan

Sekiranya kita merasa terlalu sukar untuk berjaya disebabkan datang dari keluarga yang susah atau masa lampau yang gelap, ambil ikhtibar dari kisah DSV ini.

DSV pada asalnya datang dari keluarga yang susah dan dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ayah pada usia 9 tahun. Beliau juga pernah membantu keluarganya berniaga. 

Ingatlah, bukan senang untuk berjaya, apatah lagi dengan keadaan kisah lalu kita. Jadikanlah ia sebagai pembakar semangan untuk menjadi orang yang lebih baik.

6. Sering Membuat Amal Kebajikan

Mungkin ada segelintir daripada kita yang mengecam tindakannya yang suka menayangkan harta yang dimilikinya. Tetapi tahukah anda, DSV sering menderma kepada pusat kebajikan, sekolah tahfiz dan rumah anak-anak yatim.

Beliau juga turut mempunyai pusat tahfiznya sendiri di Perak.

7. Jangan Mudah Lemah Semangat

Secara umumnya, DSV bukanlah seorang wanita yang lemah semangat sekiranya kita benar-benar melihat segala usaha keras beliau.

Segala dugaan dan cabaran yang dilalui, beliau tetap meneruskan hidup dan kerjayanya. Jangan sesekali merasa sukar dan kecewa jika kita mengalami hidup cabaran dan dugaan sepanjang berniaga.

8. Sentiasa Jaga Solat

Walaupun DSV kelihatan seperti ala-ala “permaisuri” dan sering mengenakan fesyen
yang mungkin agak pelik, namun beliau sentiasa menjaga solatnya.

Seperti yang terkandung di dalam Al-Quran, sesiapa yang menjaga solatnya akan dimurahkan rezeki. Jangan sesekali tinggal solat dan kembalilah kepada agama, merupakan tips kejayaan dari Dato’ Seri Vida yang boleh kita pelajari.

9. Bijak Merancang Strategi

Seperti yang kita ketahui, DSV pada awalnya tidak merancang dengan betul strategi perniagaannya. Namun, selepas beliau mengiklankan produk beliau di Radio Kelantan FM, permintaan produknya semakin laris sehingga ke hari ini.

Untuk berjaya, kita perlu mengatur dan menyusun strategi dengan bijak.

Kesimpulannya,

Perkara penting yang harus ada pada diri seseorang adalah keazaman dan tidak berputus asa. Selain itu, sering mendekatkan diri dengan Sang Pencipta adalah salah satu kunci untuk berjaya.

Semoga dengan tips ini, kita juga boleh berjaya seperti Dato’ Seri Vida.

Sumber RujukanSafuanBorhan



Source link