Artikel Terkini

Abang Jo umum Pakej Rangsangan Ekonomi Sarawak Isnin ini



KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak bakal mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Sarawak.

Inisiatif ini bagi mengurangkan beban ekonomi akibat penularan wabak COVID-19.

Tanpa menjelaskan perinciannya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, inisiatif ini akan diumumkan pada Isnin ini.

“Akan diumumkan pada Isnin ini. Kita namakan sebagai Pakej Bantuan Ekonomi,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pakej bantuan itu juga turut melibatkan bantuan bagi peniaga kecil yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Abang Johari turut memberi jaminan bekalan keperluan seperti makanan, topeng penutup mulut dan hidung serta cecair pencuci tangan mencukupi untuk semua.

Malah kerajaan negeri akan cuba mendapatkan import topeng penutup mulut dan hidung ke Sarawak.

“Ada topeng penutup mulut dan hidung dihantar oleh kerajaan China. Sekarang masih di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Apa yang kerajaan negeri sedang buat sekarang adalah untuk mendapatkan topeng penutup mulut dan hidung terus ke Kuching dari China,” katanya.

Terdahulu Abang Johari mempengerusikan Mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri.

Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dan Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Masing.





Source link

Related Posts