Uncategorized

Ada 51 kelemahan iOS lama… Kemas kini iPhone anda sekarang!



TERDAPAT 51 kelemahan pada tahap keselamatan pada sistem operasi iOS yang lama dan ia perlu dikemas kini segara kepada iOS terbaharu, 12.2.

Yang paling mengejutkan ialah salah satunya membenarkan aplikasi yang berniat jahat untuk mengakses mikrofon pada iPhone anda untuk mendengar dan merakam keadaan di sekeliling anda.

Kesemua kelemahan tersebut dapat dikesan dan diumumkan di laman web Apple sendiri, menurut laporan yang dikeluarkan CNN pada Rabu.

Terdapat juga kelemahan di mana pengguna dapat mengakses informasi yang sensitif dalam aplikasi Messages dan laman web yang dilawat menerusi Safari.

Lain-lain kelemahan termasuk pada aplikasi Facetime yang terus beroperasi walaupun pengguna sudah keluar daripada aplikasi tersebut semasa ada panggilan.

Jika anda masih menggunakan sistem operasi iOS 12.1.4 dan ke belakang pada peranti Apple anda, pastikan ia dikemaskini dengan segera.

Anda boleh baca mengenai keselamatan dan sokongan terhadap produk Apple anda di laman web rasmi syarikat itu.

Bertindak sekarang!





Source link