Artikel Terkini

Adakah Akan Muncul Tangan-Tangan Ghaib Dalam Pilihan Raya Amerika Syarikat Akhir Tahun Ini?


Pilihan raya persiden Amerika Syarikat bakal berlangsung pada bulan November tahun ini. Setiap kali pilihan raya untuk menjadi Presiden Amerika Syarikat berlangsung, seluruh dunia akan memberi tumpuan kerana ia memberi impak yang sangat besar kepada ekonomi dunia.

Seperti yang kita tahu, selepas kejatuhan Empayar Soviet Union pada tahun 1990, Amerika Syarikat telah menjadi kuasa unilateral dunia dan melantik dirinya sendiri sebagai Polis Dunia.

Dengan kekuatan ekonomi yang sangat besar, Amerika Syarikat mampu menentukan hala tuju perdagangan dunia dan hari ini, hanya China yang bakal menjadi pesaing kepada ekonomi Amerika Syarikat.

Dengan perkembangan teknologi yang semakin berkembang pesat, pilihan raya Amerika Syarikat bakal menjadi medan peperangan yang dinanti-nantikan oleh musuh negara mereka.

Kontroversi yang pernah berlaku pada pilihan raya yang lepas adalah apabila Donald Trump berjaya menjadi presiden Amerika Syarikat yang telah menimbulkan tanda tanya kepada ramai ahli politik negara tersebut.

Pihak risikan Amerika Syarikat telah membuat satu kenyataan bahawa semasa pilihan raya tersebut berlangsung, pihak Rusia merupakan negara yang bertanggungjawab dalam mengganggu pilihan raya tersebut.

Pihak keselamatan Amerika Syarikat telah mengeluarkan bukti bahawa pada pilihan raya yang berlangsung pada tahun 2016 itu, Rusia telah menggodam beberapa media sosial popular di sana seperti Facebook dan Twitter untuk memenangkan calon presiden pada ketika itu iaitu Donald Trump.

Penggodam Rusia telah menggunakan beberapa cara untuk memanipulasi pilihan raya Amerika Syarikat supaya berpihak kepada mereka. Penggodam Rusia dipercayai menggunakan tiga fasa utama untuk memenangkan Donald Trump.

Fasa yang pertama adalah online propaganda, iaitu keadah yang popular dalam mana-mana perang saraf. Dalam fasa ini, mereka menggunakan media sosial yang popular di negara tersebut untuk menyebarkan berita palsu mengenai Hillary Clinton.

Facebook percaya bahawa terdapat 126 juta akaun Facebook yang dimiliki oleh rakyat Amerika Syarikat terdedah kepada penggodaman oleh pihak Rusia.

Fasa kedua pula melibatkan political hack yang mana penggodam Rusia mencuri dan memintas emel-emel penting dan menyebarkannya kepada WikiLeaks. Akaun yang menjadi mangsa dalam kejadian ini adalah milik Hillary Clinton.

Fasa ketiga dan yang terakhir sekali, pihak Rusia mencuri maklumat penting pengundi di 21 buah negeri di Amerika Syarikat bagi memudahkan mereka menyebarkan propaganda untuk menyerang rakyat Amerika Syarikat.

Donald Trump yang menafikan dakwaan media negara itu dengan menyatakan bahawa dia tidak dibantu oleh pihak Rusia untuk memenangi pilihan raya presiden pada tahun 2016.

Kini dengan pilihan raya yang semakin menghampiri, Amerika Syarikat kali ini bakal diganggu oleh tiga musuh utama Amerika Syarikat iaitu Rusia, China dan juga Iran. Microsoft telah memberi amaran bahwa penggodam dari tiga buah negara ini sedang giat melakukan serangan.

Menurut Nancy Pelosi, Speaker of the United States House of Representatives mendakwa pihak penggodam dari China sedang berusaha untuk menghalang Donald Trump daripada memenangi pilihan raya presiden pada kali ini. Ini kerana China tidak menyukai Donald Trump yang begitu tegas mengenai polisi mereka terhadap China.

Pihak keselamatan Amerika Syarikat telah meningkatkan kawalan keselamatan cyber security dan membuat tawaran sebanyak $10 juta kepada sesiapa yang berjaya mededahkan maklumat penting bagi menghalang gangguan daripada pihak luar.

Bagi Amerika Syarikat, mereka akan melindungi cubaan pihak luar untuk menghancurkan sistem demokrasi yang telah dibina oleh negara tersebut sejak sekian lama.

Sumber Rujukan: https://www.asiatimesfinancial.com/russia-china-hackers-targeting-us-vote-microsoft-warns

Iklan


Iklan



Source link