Uncategorized

Adakah anda layak untuk pengecualian duti setem 2019?

Adakah anda layak untuk pengecualian duti setem 2019? 1


Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2019 dan dilaksanakan mulai 1 Januari dengan tujuan utama untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah kediaman dengan harga dan kos yang lebih rendah, dan pada masa yang sama menangani isu hartanah yang tidak terjual (supply overhang).

Di samping itu, kerajaan juga telah bersetuju untuk memberi pengecualian duti setem bagi surat cara pembelian rumah dan surat cara perjanjian pinjaman untuk rumah yang dijual sepanjang tempoh kempen pemilikan rumah (HOC) sehingga December 2020.

“HOC mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai kerana insentif pengecualian duti setem dan pemberian diskaun sebanyak 10% dapat mengurangkan kos pemilikan rumah kediaman, terutamanya bagi rakyat Malaysia yang belum pernah memiliki rumah” – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, 

Adakah anda layak untuk pengecualian duti setem 2019? 2

Credit:malaysiakini

Beliau turut berkata bagi surat cara pembelian rumah, duti setem untuk rumah berharga RM1 juta akan dikecualikan sepenuhnya manakala tiga peratus bagi rumah berhaga dari RM1,000,001 hingga RM2.5 juta.

Jom kita kaji cara nak dapat duti setem percuma sebelum terlewat!

Kriteria Pengecualian Duti Setem Pembeli Rumah Pertama:

  1. Anda mesti seseorang pembeli rumah pertama – Ini bermaksud anda tidak memiliki sebarang hartanah, tidak pernah membeli rumah dan tidak mewarisi mana-mana hartanah.
  2. Jika anda membuat pembelian semasa 1 Januari 2019 hingga 31 Disember 2020, harga hartanah tersebut mesti kurang daripada RM300,000.
  3. Jika anda membuat pembelian semasa 1 July 2019 hingga 31 Disember 2020, harga hartanah tersebut mesti kurang daripada RM500,000.
  4. Pengecualian duti setem terhad pada RM300,000 atas nilai pasaran hartanah dan jumlah pinjaman.
  5. Peguam Jualan, Pembelian & Pinjaman anda perlu memohon untuk pengecualian duti setem. Ia bukan automatik dan memerlukan borang penyerahan.
  6. Pengecualian ini hanya sah untuk ‘hartanah perumahan’ termasuk rumah, kondominium, apartmen dan flat yang dijadikan kediaman, manakala segelintir gabungan projek pembangunan masih layak untuk pengecualian duti setem HOC. Disarankan untuk berunding dengan ejen jualan untuk mengetahui sama ada hartanah yang anda minati layak atau tidak.

Mencari tawaran hartanah yang hebat disertai promosi pemaju? Layari https://www.hihomes.my untuk menerokai lebih dari 100 Projek Perumahan bernilai RM1 Bilion.

Banner Hihome 01





Source link