Uncategorized

Aeroflot Dinamakan Jenama Syarikat Penerbangan Terkukuh Dunia buat Tahun Ketiga Berturut-turut oleh Brand Finance

Aeroflot Dinamakan Jenama Syarikat Penerbangan Terkukuh Dunia buat Tahun Ketiga Berturut-turut oleh Brand Finance 1


MOSCOW, 8 April 2019 /PRNewswire/ — Aeroflot dinamakan sebagai jenama syarikat penerbangan terkukuh di dunia buat tahun ketiga berturut-turut oleh Brand Finance, perunding penilaian jenama bebas yang terkemuka.

Majlis penyampaian anugerah diadakan pada awal di Royal Automobile Club, London (UK), salah sebuah kelab ahli persendirian yang paling lama dan paling terkenal di dunia.

Antara pemenang-pemenangnya ialah jenama-jenama yang terkemuka di dunia seperti Ferrari, Coca-Cola, Hilton dan Shell.

Brand Finance mengukur kekuatan jenama syarikat penerbangan mengikut beberapa faktor termasuk pengiktirafan jenama, pelaburan pemasaran, kesetiaan pelanggan, kepuasan kakitangan dan reputasi korporat.

Aeroflot berkedudukan sebagai jenama penerbangan paling kukuh dengan skor 89.9 mata daripada 100 mata yang boleh dicapai. Nilai jenama Aeroflot turut berkembang sepanjang tahun lalu, meningkat sebanyak 6% kepada USD 1.5 bilion.

“Aeroflot ialah sebuah syarikat penerbangan yang melakar hampir seabad sejarah dan kami berbangga untuk mewakili Rusia dalam pasaran pengangkutan global. Jenama kami diiktiraf secara rasminya buat tahun ketiga berturut-turut sebagai jenama penerbangan yang paling kukuh di dunia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Aeroflot, Vitaly Saveliev. “Berjuta-juta pengembara yang datangnya dari negara-negara seluruh dunia memilih untuk terbang bersama Aeroflot. Maklum balas pelanggan merupakan faktor paling penting dalam membantu Aeroflot meraih berpuluh-puluh anugerah berprestij dan penarafan tinggi saban tahun. Meskipun dengan persekitaran geopolitik yang mencabar, kami terus bergerak ke arah mencapai matlamat strategik kami, yang pertama-tamanya adalah untuk mengukuhkan kedudukan Rusia dalam bidang penerbangan dan bagi memastikan negara mempunyai armada penerbangan awam yang hebat.”

“Aeroflot bakal diberi pengiktirafan tahun ini atas peningkatan penarafan kekuatan jenama kepada AAA+ elit. Jenama ini terus memberikan asas-asas penting yang tepat seperti memperbaharui armada pesawat, mengekalkan kesetiaan penumpang dan menyediakan perkhidmatan berkualiti terbaik dalam pesawat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Brand Finance. “Memandangkan kepentingan penunjuk geografi terhadap jenama-jenama menjadi semakin penting, Aeroflot merupakan contoh sempurna bagi jenama asal Rusia yang menonjolkan dirinya di persada dunia dengan kehadiran yang benar-benar bersifat global khususnya melalui komitmen penajaan seperti perjanjiannya sebagai syarikat penerbangan rasmi Manchester United.”

Latar Belakang Aeroflot

Aeroflot Dinamakan Jenama Syarikat Penerbangan Terkukuh Dunia buat Tahun Ketiga Berturut-turut oleh Brand Finance 2
Aeroflot (PRNewsfoto/Aeroflot)

Aeroflot ialah syarikat penerbangan kemegahan Rusia dan ahli penting bagi perikatan syarikat penerbangan global SkyTeam. Aeroflot menawarkan perkhidmatan di 159 destinasi dalam 55 negara.

Kumpulan 255 pesawat Aeroflot merupakan yang terbaharu dalam mana-mana syarikat penerbangan seluruh dunia yang mengendalikan lebih 100 pesawat. Pada tahun 2018, Aeroflot membawa 35.8 juta penumpang (55.7 juta penumpang sebagai Aeroflot Group termasuk subsidiari-subsidiari).

Aeroflot memegang status Syarikat Penerbangan 4-Bintang daripada Skytrax dan dinamakan sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik di Eropah Timur buat kali ketujuh pada Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2018. Aeroflot juga telah dianugerahkan dengan penarafan syarikat penerbangan global lima bintang oleh persatuan penerbangan AS, APEX.

Aeroflot ialah jenama syarikat penerbangan terkukuh di dunia menurut perunding strategi jenama terkemuka, Brand Finance.

Ketahui lebih lanjut di http://www.aeroflot.com/   

Sumber: Aeroflot

Related Links:

Aeroflot Dinamakan Jenama Syarikat Penerbangan Terkukuh Dunia buat Tahun Ketiga Berturut-turut oleh Brand Finance 3

Komen

komen





Source link