Artikel Terkini

Agro Nurani: Skim Takaful Untuk OKU Yang Pertama Di Malaysia


Percayakah anda bahawa golongan insan istimewa atau yang dikenali sebagai golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) ini lazimnya amat sukar untuk mendapatkan perlindungan takaful?

Mereka dianggap golongan yang berisiko tinggi terhadap kemalangan tetapi hakikatnya mereka juga sama seperti kita yang normal ini; malah mempunyai hak-hak mereka tersendiri. Namun sekarang, terdapat takaful untuk golongan yang istimewa ini.

Golongan OKU juga perlu mengambil takaful yang dikenali sebagai ‘Takaful OKU’ bagi membela nasib justeru memberi kemudahan yang secukupnya kepada mereka.

Baru-baru ini, beberapa bank terkenal di Malaysia turut memperkenalkan skim takaful untuk OKU. Jadi, kita harus berterima kasih kepada mereka yang memperkenalkan takaful khas ini kepada golongan OKU.

Takaful Untuk OKU Pertama Di Malaysia

Agrobank buat pertama kalinya telah memperkenalkan skim takaful untuk OKU pertama di Malaysia. Bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga atau pun kenalan OKU pasti ingin tahu mengenai skim takaful ini bukan?

Skim Takaful OKU ini dikenali dengan nama Skim Agro Nurani.

Pada Januari 2017
yang lalu, Agrobank telah memperkenalkan Skim Agro Nurani, khas untuk golongan
OKU di Malaysia yang dilancarkan oleh Menteri Pertanian Dan Asas Tani pada
waktu itu, iaitu Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Majlis itu turut di rasmikan juga oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rohani Abdul Karim. Skim Agro Nurani ini sememangnya membawa banyak kebaikan kepada golongan OKU.

Kelebihan Skim Agro Nurani

Skim ini terbahagi kepada 3 pelan iaitu Pelan Ehsan, Pelan Amal dan Pelan Azim. Harga tahunan untuk pelan ini boleh dikatakan agak tidak membebankan golongan OKU dengan hanya RM55 (Pelan Ehsan), RM85 (Pelan Amal) dan RM130 (Pelan Azim). Manakala golongan OKU ini bakal mendapat perlindungan maksimum bernilai sehingga RM42,000.

Skim ini mempunyai pelbagai manfaat. Di antaranya adalah pampasan yang melibatkan kematian akibat kemalangan, perbelanjaan pengebumian akibat kemalangan, kematian akibat penyakit biasa, rawatan perubatan akibat kemalangan serta elaun tunai wad.

Lebih menarik lagi,  ia perlu dibayar setahun sekali sahaja!

Cara
Daftar Agro Nurani Agrobank

Bagi anda yang
berminat untuk membuat pendaftaran ahli keluarga ataupun rakan anda yang
berstatus OKU, perlulah mematuhi beberapa syarat.

Syarat Daftar Agro Nurani Agrobank

Pertama sekali, pemegang polisi ini haruslah warga OKU yang berwarganegara Malaysia berusia 16 tahun hingga 65 tahun.

Kedua, mereka haruslah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan juga merupakan pemegang kad OKU JKM. Pemegang polisi ini juga haruslah mengikuti beberapa kriteria.

Di antaranya merupakan OKU fizikal, buta, pekak, masalah pendengaran serta masalah pembelajaran. Selain daripada itu, skim takaful ini turut terbuka kepada golongan OKU yang mengalami masalah mental, kepelbagaian kekurangan dan sebagainya.

Jom Daftar Agro Nurani Untuk Golongan OKU

Untuk mendaftar, boleh ke premis Agrobank yang berdekatan dengan tempat tinggal. Atau jika ingin bertanya dengan lebih lanjut mengenai Agro Nurani, bolehlah menelefon pihak Agrobank di talian 1-300-88-2476.

Semoga skim takaful ini dapat memberi nafas baru kepada golongan OKU di seluruh Malaysia. Malahan dengan skim ini, golongan OKU tidak berasa dipinggirkan.

Sumber Rujukan:



Source link