Uncategorized

Ai Pengayu atau Tuak kewajipan pada Hari Gawai

Ai Pengayu atau Tuak kewajipan pada Hari Gawai 1



Ai Pengayu atau Tuak kewajipan pada Hari Gawai 2

TIDAK lengkap sekiranya sambutan Gawai diraikan tanpa Tuak. Tuak atau dalam panggilan istimewa masyarakat Iban pada malam Gawai, Ai Pengayu memang sinonim dalam kalangan komuniti Dayak di Sarawak.

Ai Pengayu beri makna penting. Ianyanya bermaksud Tuak untuk panjang umur. Semestinya, masyarakat Dayak punyai harapan besar untuk permulaan baru. Kesihatan dan umur yang panjang adalah antara doa dan harapan buat kaum keluarga.

Ai Pengayu ini akan disediakan sambil menanti detik 12 tengah malam pada 30 haribulan Mei setiap tahun. Sebelum meminumnya, tradisi laungan ‘oooha’ akan dilaungkan dan ini menandakan perayaan Gawai sudah tiba.

Aktiviti pembuatan Tuak telah diamalkan sejak berkurun lamanya. Setiap keluarga masyarakat Dayak pastinya punyai resepi tersendiri. Semestinya ada juga pantang larang dan ritual di dalam pembuatan Tuak ini bagi memastikan hasilnya menjadi mengikut rasa yang sepatutnya.

Tuak mempunyai aroma tersendiri. Rata-rata masyarakat Dayak dapat mengetahui rasa tuak yang kuat dari menghidu aromanya sahaja.

Proses pembuatan Tuak juga tidak mudah. Penghasilan minuman ini melibatkan pemeraman bahan tertentu. Antaranya beras pulut yang ditapai, gula, air dan ragi.

Penghasilannya selalu akan dibuat lebih awal. Sekurang-kurang dua bulan sebelum ianya boleh diminum. Tuak yang dihasilkan lebih lama akan mempunyai rasa yang lebih menarik.

Menarik pada Hari Gawai, Tuak akan dihidang kepada tetamu atau pengabang untuk menyambut ketibaan mereka. Tradisi ini lebih mesra dipanggil Nyambut Temuai. Nantikan perkongsian selanjutnya bersama wartawan Astro Awani, Nickyson Nyambar pulang bergawai pada 1 Jun ini.





Source link