Uncategorized

Ainul Mardhiah selamat dibedah, tumor 200 gram berjaya dibuang

Ainul Mardhiah selamat dibedah, tumor 200 gram berjaya dibuang 1



Ainul Mardhiah selamat dibedah, tumor 200 gram berjaya dibuang 2

KEADAAN bayi berusia lapan bulan yang menderita kanser ‘germ cell tumor’ di bahagian mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, stabil selepas melalui lima jam pembedahan.

Hal itu dimaklumkan doktor pelatih surgikal yang bertugas di United Kingdom, Dr. Amalina Che Bakri, menerusi satu entri di Instagram.

Pembedahan dijalankan oleh sepasukan doktor pakar diketuai Profesor David Dunaway dan Dr. Juling Ong.

Dr. Amalina yang turut bersama-sama dalam pembedahan itu berkata, Ainul seorang bayi yang kuat dan pembedahan berkenaan berjaya membuang tumor seberat 200 gram dari mulutnya.

“Lima jam dalam dewan bedah, keseluruhan tumor berjaya dibuang. Anda tidak dapat bayangkan bagaimana resahnya saya sepanjang tempoh itu.

“Ia pembedahan berisiko tinggi, banyak persediaan perlu dilakukan untuk memastikan Ainul selamat dan pembedahan berjalan lancar,” tulisnya.

Sementara itu, bapa Ainul, Ahmad Safiuddin berkongsi rasa syukur dan gembiranya susulan kejayaan pembedahan itu.

“Terharu dan sangat gembira. Tak terkata apa apa sebab tak boleh nak gambarkan perasaan sejak semalam.

“Sekarang Ainul masih dijaga dengan rapi untuk monitoring.

“Untuk makluman, Ainul belum sedar lagi. Mereka bagi Ainul ‘tidur’ dulu sebab kalau Ainul bangun, mungkin dia akan rasa sakit selepas pembedahan.

“Kita teruskan berdoa untuk Ainul ya,” tulisnya di Facebook.

Ainul menjalani rawatan di London dan telah berada di sana sejak beberapa minggu lalu.

BACA: Pakar di UK sedia rawat bayi hidap kanser ‘Germ Cell Tumor’

BACA: Melaka bantu kos penerbangan keluarga Ainul Mardhiah ke UK





Source link