Uncategorized

AirAsia dipilih Syarikat Penerbangan Terbaik berdasarkan pertumbuhan penumpang

AirAsia dipilih Syarikat Penerbangan Terbaik berdasarkan pertumbuhan penumpang 1



AirAsia dipilih Syarikat Penerbangan Terbaik berdasarkan pertumbuhan penumpang 2

KUALA LUMPUR: AirAsia dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik berdasarkan Pertumbuhan Mutlak Penumpang (Asia Tenggara) pada Anugerah Changi Airline Singapura 2019 baru-baru ini.

Ini merupakan pengiktirafan ke atas peningkatan 4.1 peratus penumpang yang dibawa ke Singapura berbanding 4.5 juta yang dicatatkan pada 2018, meningkat daripada 4.3 juta pada tahun sebelumnya, kata syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam kenyataan pada Rabu.

Ia berkata AirAsia juga dihakimi berdasarkan pergerakan penumpang penerbangan ketiga tertinggi secara keseluruhannya pada 2018, bersama-sama Singapore Airlines Group, Jetstar, Cathay Pacific Airways dan Lion Group.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Singapura Logan Velaitham berkata bersama Changi Airport Group (CAG), AirAsia telah mengembangkan Singapura menjadi hab ketiga terbesarnya, dengan kira-kira 40 penerbangan sehari dari bandar-bandar di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.

“Sebagai syarikat penerbangan asing terbesar yang beroperasi di Singapura, kami akan terus menghubungkan bandar-bandar baharu dan memberi pelancong lebih banyak pilihan,” kata AirAsia.

Bagi menyokong rancangan pertumbuhan CAG, AirAsia melancarkan laluan antarabangsa pertama dari Ipoh ke Singapura pada 2018, katanya.

Anugerah Changi Airline, yang kini memasuki edisi ke-14, mengiktiraf syarikat penerbangan atas sumbangan mereka ke arah mengukuhkan dan mengembangkan Singapura sebagai hab penerbangan.

— BERNAMA





Source link

Related Posts