Uncategorized

AirAsia tawar penerbangan tambahan, tambang tetap untuk balik kampung

AirAsia tawar penerbangan tambahan, tambang tetap untuk balik kampung 1


SEPANG: Sempena musim perayaan Aidilfitri dan Pesta Menuai tidak lama lagi, syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menambah penerbangan lewat malam dengan tambang rendah tetap.

Tambah rendah tetap tersebut bermula hanya RM99 dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Johor Bahru, RM149 dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak, manakala ke Sabah pula adalah RM199 antara 31 Mei dan 17 Jun ini.

AirAsia juga akan menawarkan tambang rendah untuk laluan terpilih ke Sabah dan Sarawak untuk perjalanan antara 27 Mei dan 30 Mei 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia menyediakan lebih 115,000 tempat duduk tambahan dalam tempoh perayaan itu.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas sokongan mereka membantu kami mendapatkan kelulusan ini,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman khas penerbangan lewat dan tambang tetap perayaan di RedQ di sini pada Selasa.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Loke berkata, pihaknya berbesar hati kerana AirAsia meningkatkan kekerapan penerbangannya ketika musim perayaan untuk memastikan harga tambang penerbangan lebih kompetitif dan rendah.

“Penerbangan tambahan dengan tambang tetap ini menawarkan nilai terbaik untuk rakyat Malaysia menempah penerbangan di musim perayaan terutama antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Kami percaya kerjasama antara peserta industri dan kerajaan adalah penting untuk menawarkan kadar tambang yang mampu dimiliki oleh semua. Saya berbesar hati kerana AirAsia menyokong inisiatif kerajaan,” katanya.

Para tetamu yang melakukan perjalanan sepanjang tempoh ini dinasihatkan untuk tiba lebih awal ke lapangan terbang kerana kesesakan dijangka akan berlaku di pemeriksaan keselamatan dan kaunter daftar masuk.

Semua tetamu juga dinasihatkan untuk mendaftar masuk secara dalam talian dan mencetak pas masuk mereka sendiri.

Daftar masuk melalui web dan aplikasi mudah alih boleh didapati dari 14 hari sebelum waktu pelepasan untuk semua penerbangan AirAsia.

Jadual Penerbangan Lewat Malam dengan Tambang Tetap dalam Semenanjung Malaysia:
-

Jadual Penerbangan Lewat Malam dengan Tambang Tetap dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak:
-

Jadual Penerbangan Lewat Malam dengan Tambang Tetap dari Semenanjung Malaysia ke  Sabah:
-

Jadual Penerbangan dengan Tambang Tetap dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak:
-





Source link

Related Posts