Artikel Terkini

AirAsia X antara yang terjejas kerana koronavirus – Flight Global



SEKITAR 23.5 peratus jumlah penerbangan AirAsia X tertumpu di pasaran China dan disebabkan itu,  syarikat berkenaan antara yang terjejas akibat wabak koronavirus berbanding lain.

Rumusan itu dikeluarkan oleh laporan impak koronavirus keluaran Flight Global, sebuah akhbar yang memberi analisis mengenai industri penerbangan.

Flight Global yang memetik sumber dari Cirium (agensi penyelidikan data industri penerbangan) berkata, AirAsia X mempunyai sekitar 477 jumlah penerbangan keluar masuk ke China.

Jumlah itu embentuk sekitar satu perlima atau 20 peratus jumlah kilometer penerbangan (Available Seat Kilometers atau ASK) syarikat itu.

BACA: Tony Fernandes, Kamarudin Meranun lepas jawatan selama 2 bulan, Bo Lingam pemangku CEO AirAsia

BACA: Dakwaan rasuah Airbus: Apa seterusnya?

BACA: Skandal Airbus SE: Caterham F1 tiada kaitan dengan dakwaan rasuah – Fernandes, Kamarudin

Selain AirAsia X, syarikat-syarikat lain yang turut terjejas ialah NokScoot dan Thai Lion Air di Thailand, masing-masing mempunyai sebanyak 45.1 peratus dan 23.1 peratus jumlah penerbangan ke China.

Thai AirAsia pula mempunyai sekitar 13.1 peratuys penerbangan ke China dan turut terkesan akibat wabak koronavirus.

Bagi AirAsia Malaysia pula, Flight Global menyatakan bahawa hanya 5.8 peratus penerbangan mereka terbang ke negara itu.

Sebagai perbandingan, Flight Global meramalkan impak kepada syarikat penerbangan lain di Malaysia, mempunyai impak yang minima.

Malaysia Airlines misalnya hanya mempunyai 2.5 peratus penerbangan ke China sementara
Malindo Air pula mempunyai 3 peratus penerbangan ke China.

(NOTA: Jangan ketinggalan untuk menonton Notepad With Ibrahim Sani yang mengupas mengenai kemelut yang sedang berlaku dalam syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia berkenaan dakwaan salah laku dalam urusniaga dengan Airbus.)





Source link

Related Posts