Artikel Terkini

Alliance Islamic Bank Melancarkan Program Halal in One


Putrajaya, 7 Januari 2020 – Alliance Islamic Bank Berhad (“Alliance Islamic Bank”),
subsidiari Alliance Bank Malaysia Berhad, hari ini melancarkan Program Halal in
One, sebuah ekosistem enterpris Halal yang bertujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana
(PKS) memanfaatkan peluang dalam segmen ini.

Program
ini menawarkan para pemilik perniagaan yang menerokai industri Halal dengan
penyelesaian hujung ke hujung termasuk khidmat nasihat perniagaan, khidmat
pemadanan perniagaan dan pembiayaan patuh syariah.

Sempena dengan pelancaran Program Halal in One, Alliance Islamic Bank telah menandatangani Memorandum Persefahaman (“MoU”) dengan rakan strategik, HQC Commerce Sdn Bhd. Acara menandatangani perjanjian telah disaksikan oleh Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Pengarah, Sekretariat Majlis Halal Malaysia JAKIM, yang turut merasmikan majlis pelancaran.

Kiri ke Kanan: Dato’ Hj. Khairul Shahril bin Hj. Hamzah, Chief Executive Officer of HQC Commerce Sdn Bhd, Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Director of Malaysia Halal Council Secretariat JAKIM, Mr. Rizal IL-Ehzan Fadil Azim, Chief Executive Officer of Alliance Islamic Bank, and Mr. Noor Azmi Mat Said, Chief Executive Officer of SME Corporation Malaysia

“Malaysia merupakan antara peneraju utama industri Halal menerusi ekosistem ekonomi Halal yang kukuh dengan tumpuan yang berterusan dalam membangunkan pembiayaan Islam global. PKS di Malaysia mempunyai kelebihan untuk menceburi segmen Halal global yang dijangka berkembang kepada US$3.0 trilion pada 2023. Namun sehingga 2018, 90% daripada PKS Malaysia masih belum memiliki sijil Halal,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank, Encik Rizal IL-Ehzan Fadil Azim.

“Program Halal in One menawarkan khidmat nasihat perniagaan oleh
perunding Halal bagi membantu PKS memperoleh sijil Halal daripada Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). PKS juga dapat menghadiri program latihan
kesedaran Halal yang disediakan secara percuma. Kami menyokong khidmat nasihat yang
kami sediakan dengan penyelesaian perbankan Halal termasuk pembiayaan khas,
penyelesaian pembayaran gaji, dan Takaful enterpris serta peluang pemadanan
perniagaan berasaskan Halal.”

Menerusi Halal in One, Bank merancang
untuk membentuk sebuah ekosistem yang terdiri daripada rakan-rakan strategik yang
memiliki pelbagai kepakaran berasaskan Halal bagi membantu para pemilik
perniagaan mengembangkan perniagaan mereka dalam sektor ini.

Ketua Pegawai Eksekutif HQC Commerce Sdn Bhd, Dato’ Hj.
Khairul Shahril bin Hj. Hamzah, berkata,
“Permintaan global terhadap produk Halal sedang meningkat dengan pesat. Sijil
Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM mendapat pengiktirafan dan dihormati
di seluruh dunia. Faktor ini memberikan kelebihan kepada perniagaan di
Malaysia. Menerusi perkongsian dengan Alliance Islamic Bank, kami berharap agar
dapat berhubung dengan lebih ramai pemilik perniagaan dan PKS untuk
mengembangkan perniagaan mereka dengan memanfaatkan pasaran Halal.”

“Program Halal in One kami
merupakan sebuah ekosistem inklusif yang menggabungkan semua elemen yang
diperlukan oleh perniagaan untuk berkembang dalam segmen Halal: khidmat nasihat
dan pemadanan perniagaan, persijilan halal dan pendanaan.
Kami percaya bahawa usaha yang kami lakukan ini dapat membantu menyokong usaha
kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pembekal utama perkhidmatan sokongan
Halal serta menjadi pusat kecemerlangan dalam kewangan Islam,” kata Encik Rizal
IL-Ehzan.

Untuk mendapatkan maklumat
lanjut tentang Program Halal in One Alliance Islamic Bank, sila layari:

https://www.alliancebank.com.my/Alliance-Islamic-Bank-Berhad/Home.

 # # #

Mengenai
Alliance Islamic Bank Berhad

Alliance
Islamic Bank Berhad (AIS) ialah subsidiari milik penuh Alliance Bank Malaysia
Berhad (Alliance Bank), dan menawarkan pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan
patuh Syariah untuk para pengguna dan juga perniagaan.

AIS
merupakan penyokong inisiatif yang menggalakkan dan mewujudkan impak positif
kepada perniagaan, komuniti dan persekitaran.  

Mengenai HQC Commerce Sdn Bhd

HQC
Commerce Sdn Bhd adalah salah satu Rakan Strategi untuk Malaysia International
Halal Academy (MIHA), JAKIM dalam menyediakan nasihat dan bimbingan, latihan
dan program pembangunan kapasiti.



Source link