Uncategorized

Ambil Tahu 11 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Ajinomoto Malaysia


Ditubuhkan pada tahun 1961, Ajinomoto (Malaysia) Bhd (Ajinomoto Malaysia) adalah sebuah pengeluar perasa makanan yang terunggul di Malaysia. Terkini, syarikat ini bernilai sebanyak RM1.06 bilion dalam market capitalisation.

Di sini, saya ingin memberi update mengenai prestasi kewangan terkini bagi Ajinomoto Malaysia, pelan pertumbuhan dan penilaian sahamnya. Jom kita lihat 11 perkara tentang Ajinomoto Malaysia ini sebelum melabur ke dalam sahamnya:

1. Segmen 1: Barangan Runcit (Retail Products)

Ia menghasilkan pelbagai jenis produk seperti perasa, pemanis dan stok ayam berjenama Ajinomoto, Rasa Sifu, Tumix, Seri Aji, dan Pal-Sweet. Ia telah mencapai peningkatan CAGR jualan segmen sebanyak 5.1% kepada RM328.5 juta pada tahun 2019 daripada RM221.4 juta pada tahun 2011.

Sumber: Laporan Tahunan Ajinomoto Malaysia

2. Segmen 2: Barangan Perindustrian (Industrial Products)

Ia menghasilkan dan menjual produk penyedap berjenama Tencho bagi pengeluar makanan seperti mi segera, makanan ringan, sos dan produk makanan diproseskan.

Pertumbuhan jualan segmen ini adalah perlahan jika dibandingkan dengan segmen barangan runcit. Peningkatannya yang dicatatkan adalah 3.0% di dalam CAGR, daripada RM94.3 juta pada tahun 2011 kepada setinggi RM119.2 juta pada tahun 2019.

Sumber: Laman Web Korporat Ajinomoto Malaysia
Sumber: Laporan Tahunan Ajinomoto Malaysia

3. Pasaran Utama

Ajinomoto Malaysia telah menambahkan nisbah jualan eksportnya daripada 32.7% pada tahun 2010 kepada 38.5% pada tahun 2019. Dalam masa tersebut, ia berjaya meluaskan eksportnya ke Asia-Pasifik dan juga Timur Tengah.

Saya ingin memberi kadar pertumbuhan jualan untuk setiap pasaran utamanya sepanjang tempoh 10 tahun tersebut.

Sumber: Laman Web Korporat Ajinomoto Malaysia

Angka dalam RM Juta kecuali dinyatakan

 
Pasaran Utama
 
 
Tahun 2010
 
 
Tahun 2019
 
 
CAGR (%)
Nisbah Jualan
kepada Jualan
2019 (%)
Malaysia 191.4 275.4 4.1% 61.5%
Negara Asia 64.5 105.2 5.6% 23.5%
Timur Tengah 25.7 61.5 10.2% 13.7%
Lain-Lain 3.1 5.6 7.0% 1.3%
Jumlah 284.6 447.7 5.2% 100.0%

Sumber: Laporan Tahunan Ajinomoto Malaysia bagi 2010 dan 2019

4. Keputusan Kewangan

Ajinomoto Malaysia telah mencapai peningkatan jualan keseluruhan & untung bersih CAGR sejumlah 5.2% dan 10.0% masing-masing di dalam masa 10 tahun tersebut. Jualan keseluruhan meningkat daripada RM284.6 juta pada tahun 2010 kepada RM447.7 juta pada tahun 2019. Keuntungan bersih meningkat daripada RM23.9 juta pada tahun 2010 kepada RM56.6 juta pada tahun 2019.

Pada tahun 2017, Ajinomoto Malaysia telah menerima pampasan bagi jualan tanah secara wajib sejumlah RM166.0 juta daripada kerajaan Malaysia. Pembelian tanah tersebut adalah bagi pembangunan projek MRT. Oleh itu, Ajinomoto Malaysia mendapat keuntungan sejumlah RM 145.1 juta bagi transaksi ini. Jika ini diabaikan, Ajinomoto Malaysia akan mencatat sebanyak RM42.6 juta dalam untung bersih bagi tahun 2017.

Sepanjang tempoh 10 tahun tersebut, Ajinomoto Malaysia mencapai ROE yang berpurata 11.09% setiap tahun. Ini bermaksud, ia berjaya menjana RM11.09 dalam untung bersih setiap tahun untuk setiap RM 100.00 ia ada di dalam ekuiti pemegang saham daripada 2010 sehingga tahun 2019.

Sumber: Laporan Tahunan Ajinomoto Malaysia
Sumber: Laporan Tahunan Ajinomoto Malaysia

5. Pengurusan Aliran Tunai

Dari 2010 ke 2019, Ajinomoto Malaysia telah menjanakan sejumlah RM 444.1 juta dalam aliran tunai operasi dan sebanyak RM 27.4 juta dalam pendapatan faedah. Daripada jumlah tersebut, ia telah:
– Melabur RM10.9 juta ke dalam capital expenditures (CAPEX) bersih
– Membayar dividen RM216.6 juta kepada pemegang sahamnya

Nota:
Jumlah CAPEX bersihnya adalah rendah, kerana ia telah mengaut keuntungan besar hasil daripada jualan tanah wajib pada 2017.

Jumlah pembayaran dividennya termasuk dividen khas pada 2017 yang berjumlah sebanyak RM 68.7 juta.

Dalam tempoh tersebut, Ajinomoto Malaysia telah menambahkan baki tunainya daripada RM43.2 juta pada tahun 2009 kepada RM106.4 juta pada tahun 2019.

Ini membuktikan bahawa ia berkemampuan untuk menjana aliran tunai operasi, membuat pelaburan yang meningkatkan keuntungan bersih & membayar dividen secara konsisten kepada pemegang sahamnya.

Sumber: Laporan Tahunan Ajinomoto Malaysia

6. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada 31 Mac 2019, Ajinomoto Malaysia tidak mempunyai hutang untuk jangka panjang. Jadi, nisbah hutangnya adalah 0%.

Pada masa tersebut, ia mempunyai aset semasa sebanyak RM 455.7 juta dan liabiliti semasa sebanyak RM 56.1 juta. Maka, nisbah semasanya adalah 8.12.

7. Pemegang Saham Utama

Pada 28 Jun 2019, 5 pemegang saham bagi Ajinomoto Malaysia adalah seperti berikut:

No Pemegang Saham Utama Pemegangan
Saham (%)
1 Ajinomoto Co. Inc 50.38%
2 Fidelity Series Intrinsic Opportunities
Fund
2.71%
3 Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) 2.10%
4 SSBT Fund F9EX for Fidelity Northstar
Fund
2.06%
5 Chinchoo Investment Sdn Bhd 1.99%

Sumber: Laporan Tahunan Ajinomoto Malaysia bagi 2019

8. Pembelian Tanah Industri di Techpark @ Enstek

Pada 12 Februari 2018, Ajinomoto Malaysia telah mengumum bahawa ia telah membeli tanah industri milik kekal yang bersaiz 2.0 juta sq ft di Techpark @ Enstek, Negeri Sembilan untuk RM 81.2 juta.

Pembelian ini akan diselesaikan dalam jangka masa yang disetujui, iaitu pada 31 Julai 2019. Ia merancang untuk membina kilang penghasilan baru di atas tanah ini setelah hak milik tanah dipindahkan kepadanya.

9. P/E Ratio

Pada 29 Julai 2019, harga saham Ajinomoto Malaysia adalah RM 17.50. Ia telah menjana sebanyak RM 0.931 di dalam earnings per share (EPS).

Maka, P/E Ratio terkini adalah 18.80, lebih tinggi jika dibanding dengan P/E Ratio puratanya bagi 10 tahun terkini.

Sumber: Laporan Tahunan Ajinomoto Malaysia

10. P/B Ratio

Pada 31 Mac 2019, Ajinomoto Malaysia mencatat sebanyak RM 7.65 di dalam aset bersih setiap saham. Maka, P/B Ratio terkini adalah 2.29. Ia adalah lebih tinggi daripada P/E Ratio puratanya bagi 10 tahun terkini.

Sumber: Laporan Tahunan Ajinomoto Malaysia

11. Kadar Dividen

Pada 2019, Ajinomoto Malaysia telah mengumumkan bahawa ia akan membayar 47.0 sen dalam dividen setiap saham (Dividend Per Share) kepada para pelabur.

Maka, ia telah merekod peningkatan DPS yang konsisten di dalam masa 10 tahun tersebut. Kadar dividen terkininya ialah 2.69% setiap tahun. Ia lebih rendah daripada kadar dividen puratanya bagi 10 tahun terkini.

Sumber: Laporan Tahunan Ajinomoto Malaysia
Sumber: Laporan Tahunan Ajinomoto Malaysia

Sudut Pandangan

Ajinomoto Malaysia telah mencatat peningkatan perolehan, untung bersih, dan pembayaran dividen secara konsisten pada 10 tahun yang lepas. Oleh itu, harga sahamnya telah menaik secara konsisten.

Pada 2016 – 2017, kenaikan saham itu lebih pantas kerana ia telah mencerminkan keuntungan besar yang dijana hasil daripada jualan tanah wajib pada tahun 2017.

Sumber: Google Finance

Oleh demikian, ia
menyebabkan penilaian sahamnya berada di tahap yang lebih tinggi daripada
puratanya dan memberi kadar dividen yang agak rendah jikalau dibandingkan
dengan kadar dividen puratanya.

Jadi, wajarkah kamu labur ke dalam saham Ajinomoto Malaysia? Yang itu, kamulah jawab sendiri.

Biodata Penulis
Ian Tai merupakan Pengasas portal saham Bursaking.com.my dan Editor di KCLau.com. Beliau juga merupakan Penyumbang Artikel kepada The Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia, laman-laman web saham terkemuka di Singapura.
Artikel ini pada asalnya telah diterbitkan di dalam Bahasa Inggeris di The Fifth Person.

Komen

komen





Source link