Artikel Terkini

Anak Muda, Jangan Tunggu Harga Rumah Turun


Orang yang ada ilmu, bila-bila masa dia boleh beli rumah.

Perdebatan tentang waktu yang paling ideal untuk beli rumah telah lama berlaku dan kelihatannya tidak akan reda dalam masa terdekat. Dari kedai mamak hinggalah ke seminar hartanah berbayar, ianya kelihatan seperti tidak akan berkesudahan.

Baca : Bila Masa Yang Sesuai Untuk Beli Rumah?

Dari pandangan
seorang pelabur, waktu yang paling sesuai beli rumah sebenarnya adalah apabila
harga rumah sedang turun atau murah.

Dan waktu yang sesuai untuk menjual semula rumah tersebut atas kapasiti pelaburan (flip) setentunya saat trend harga rumah sedang meningkat.

Satu Pihak Harga Rumah Turun, Satu Pihak Lagi Nak Harga Rumah Naik

Sebenarnya, tiada
waktu yang tepat untuk beli rumah atau tidak beli rumah. Hartanah adalah satu
keperluan asas semua manusia tidak mengira warna kulit dan latar belakang.

Sekiranya kita berkeras untuk menunggu sehingga harga rumah benar-benar jatuh, maka kita berkemungkinan bakal membeli hartanah lelong atau projek hartanah yang mempunyai kadar NPL yang tinggi.

Baca : Pinjaman Rumah Tak Lulus Sebab Kau Terlalu Muda? Ini Penjelasannya

Satu perkara yang kita perlu tahu adalah, harga rumah tidak akan jatuh tanpa sebab yang munasabah. Projek hartanah yang cemerlang biasanya akan habis terjual seawal soft launching.

Dan hartanah yang gagal biasanya akan menawarkan diskaun, cashback, rebat dan bermacam-macam taktik untuk melariskan hartanah tersebut agar pemaju hartanah tidak menanggung kerugian yang tinggi.

Trend Harga Rumah Turun Di Malaysia Adalah Mitos?

Untuk rekod,
sepanjang 30 tahun bermula tahun 1988 hingga tahun 2018, wujud penurunan harga
rumah di Malaysia.

Pada tahun 1998, purata harga rumah di Malaysia turun
sebanyak -9.5%
kerana Krisis Ekonomi Asia yang turut melanda Malaysia
ketika itu.

Baca : Harga Median Rumah Teres Di 8 Kawasan Lembah Klang Sepanjang Tahun 2019

Harga rumah jenis high-rise dan Semi-D juga mengalami penurunan masing-masing sebanyak 0.9% dan 1.4% pada tahun 2018 yang lalu.

Oleh yang demikian, penurunan harga rumah di Malaysia sebenarnya memang benar-benar pernah berlaku dan bukanlah mitos.

Baca : Harga Hartanah Di 24 Kawasan Ini Akan Melonjak Menjelang 2021

Tetapi, kenapa kita digalakkan untuk membeli rumah dan tunggu berbanding menunggu harga rumah untuk turun? Ini alasannya.

1. Lambakan Hartanah Di Bawah Harga Pasaran

Hari ini, wujud
lambakan hartanah yang dijual di bawah harga pasaran (below market value). Maksud di bawah harga pasaran adalah pemilik
hartanah atau pemaju hartanah ingin menjual hartanah tersebut lebih murah
berbanding harga pasaran.

Contoh:-

Kondominium Evo
Bangi dengan keluasan 750 kps ingin dijual pada harga RM280,000 sedangkan harga
di pasaran adalah RM400,000.

Baca : Top 5 Pilihan Pelabur Hartanah Antarabangsa di Asia Pasifik

Kondominium Evo Bangi : RM400,000 (harga pasaran)

Harga jualan : RM280,000.

Diskaun : 30% daripada harga pasaran.

Baca : Top 10 Portal Carian Hartanah di Malaysia Tahun 2019

Dan sekiranya kita menyemak kediaman high-rise di portal online hari ini, wujud lambakan hartanah high-rise yang dijual di bawah harga pasaran khususnya di kawasan yang mempunyai lambakan bekalan hartanah jenis high-rise.

2. Entry Cost Rendah

Entry cost bermaksud kos untuk kita membeli sesuatu hartanah. Di antara pasaran undercon, subsale dan lelong, entry cost untuk pasaran undercon adalah yang paling murah.

Untuk rumah undercon, kita diwajibkan untuk membayar booking fee pada kadar yang ditetapkan pemaju.

Sekiranya permohonan pinjaman ditolak oleh pihak bank, booking fee akan dipulangkan kurang lebih satu bulan dari tarikh penyata bank.

Baca : Berapa Downpayment Untuk Rumah Subsale, Lelong dan Undercons?

Biasanya kos booking fee adalah RM500, RM1,000, RM3,000 atau RM5,000 bergantung kepada pemaju hartanah.

Kos pembelian hartanah undercon yang belum siap adalah lebih murah berbanding yang telah siap. Cumanya, kita perlu membayar progressive payment sahaja.

Sila jangan terkejut sekiranya kita mampu membayar booking fee menggunakan sistem QR Pay dari aplikasi e-Wallet seperti Fave!

3. Akses Pinjaman Mudah

10 tahun dahulu, kita mungkin terpaksa pergi ke 2-3 bank untuk mengetahui kadar faedah dan juga menghantar permohonan pembiayaan hartanah anda.

Hari ini, terima kasih kepada teknologi, kita mampu melakukan perbandingan kadar faedah bank dan membuat permohonan secara online.

Dari akses pinjaman pula, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menurunkan kadar OPR kepada 2.75% pada Januari 2020 yang lalu selain menggalakkan akses pinjaman kepada pembeli rumah pertama.

Baca : Impak Positif BNM Turunkan Kadar OPR Dalam Industri Hartanah

Buktinya, Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang dilaksanakan pada Januari 2019 yang lalu telah berjaya menjual 28,000 unit kediaman bernilai RM21 bilion setakat November 2020.

Apa yang lebih membanggakan adalah hartanah bernilai RM21 bilion yang berjaya dijual adalah jauh melepasi sasaran jualan yang ditetapkan iaitu RM3 bilion.

Baca : 5 Jenis Pembiayaan Dan Pinjaman Rumah Di Malaysia

Lebih daripada 70% pembeli rumah dari Kempen Pemilikan Rumah (HOC) adalah dari kalangan pembeli rumah pertama yang rata-ratanya adalah anak muda.

Natijahnya, jangan tunggu untuk harga rumah turun. Belilah rumah seawal yang mungkin dan tunggu untuk harga rumah naik. Ini kerana harga rumah tidak pernah tunggu sesiapa!



Source link