Uncategorized

Anda bekerja di sektor kesihatan, pendidikan, keselamatan? Anda berisiko jadi murung

Anda bekerja di sektor kesihatan, pendidikan, keselamatan? Anda berisiko jadi murung 1



Anda bekerja di sektor kesihatan, pendidikan, keselamatan? Anda berisiko jadi murung 2

KUALA TERENGGANU: Penjawat awam yang berkhidmat di sektor kesihatan, pendidikan dan keselamatan antara berisiko tinggi mengalami stres disebabkan tekanan kerja.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata, bebanan kerja serta masalah peribadi antara punca yang menyumbang kepada tekanan tersebut.

Menurut Azih, pihaknya memandang serius perkara itu kerana bimbang stres boleh menyebabkan kemurungan dan akhirnya mereka tidak dapat memberikan produktiviti yang baik.

“Kerja syif antaranya mungkin (salah satu sebab). Apabila bertambah pesakit di dalam ni, dia tak boleh balik. Baru nak balik, pesakit masuk, dan dia kena tunggu lagi.

“Kemudian dia stres dekat rumah, (contohnya) suami dia marah dan tanya sebab apa tak balik-balik lagi, adakah betul bekerja. Benda (perkara) yang seumpana ini tidak ada dalam buku, lalu akhirnya dia stres dan murung,” ujar beliau.

Azih berkata, kira-kira 25 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam di negara ini mengalami tekanan kerja.

Justeru Cuepacs juga mencadangkan agar pendidikan awal psikologi turut ditekankan kepada semua peringkat penjawat awam.





Source link