Uncategorized

Apa alasan anda untuk tidak bersenam?

Apa alasan anda untuk tidak bersenam? 1



Apa alasan anda untuk tidak bersenam? 2

MUSIM perayaan, pasti ramai yang mengeluh berat badan naik mendadak.

Apa tidaknya, ketupat, rendang, lemang, kuah kacang, kuih raya, berterusan menjadi menu harian, sekurang-kurangnya untuk dua minggu lagi.

Maklumlah, Raya kan sebulan.

Jadi, mungkin kini, ada yang sedang berkira-kira untuk mula kembali bersenam bagi membakar kalori sebelum lemak dalam badan menjadi tepu.

Tapi, masalah yang membelenggu adalah, siapa nak teman bersenam?

Bosanlah bersenam seorang diri.

Perkongsian dari Fadhilat (@thekittycoach) ini mungkin memberi anda idea untuk terus memulakan senaman anda.

Bukan sekadar menjadi peneman, malah mungkin anda bakal menjadi tumpuan umum dengan keletah yang cukup comel.

Jadi, apa lagi alasan untuk tidak bersenam?





Source link