Uncategorized

Apa Faedah Guna A.I Dalam Pelaburan Saham?

Apa Faedah Guna A.I Dalam Pelaburan Saham? 1


Kita selalu dengar pasal Artificial Intelligence atau AI (kecerdasan buatan), tapi tahukah kita apa maksudnya?

Kalau perasan, dah ada pun smartphone yang boleh belajar detect muka, itu guna teknologi AI. Kalau pernah dengar kereta Tesla boleh drive autopilot, itu juga guna AI.

Alah, Jarvis dalam movie Ironman tu pun contoh AI.

Jadi bagaimana AI dapat membantu kita dalam dunia pelaburan saham?

Merujuk kepada Wikipedia:

In computer science, artificial intelligence (AI), sometimes called machine intelligence, is intelligence demonstrated by machines, in contrast to the natural intelligence displayed by humans. Colloquially, the term “artificial intelligence” is used to describe machines/computers that mimic “cognitive” functions that humans associate with other human minds, such as “learning” and “problem solving”.

Dalam industri kewangan dan pelaburan pula, AI digunakan sebagai:

Pembantu Kewangan
Automatik

Perancang kewangan automatik membantu pengguna di dalam membuat keputusan kewangan. Sistem ini dinamakan “Robo-Advisors” dan semakin aktif ditawarkan oleh institusi kewangan tradisional dan startup FinTech.

Emosi Adalah Musuh Utama Dalam Dunia Saham!

Masalah utama yang dihadapi pedagang atau pelabur saham adalah emosi. (Ini bukan rasa emosi masa tengok drama sebelum Maghrib tu)

Kita dah buat Trading Plan cantik-cantik, ada Entry Price, ada Target Price, ada Cut Loss – tapi semuanya akan ke laut apabila emosi mempengaruhi keputusan kita.

Saham naik mencecah Target Price taknak jual, dengan harapan harga dia boleh naik lagi. Akhirnya, harga saham tu kembali turun ke paras Entry Price. Lebih teruk kalau ia terus turun, elok-elok untung terus jadi rugi.

Bila saham turun paras Cut Loss pun taknak jual, dengan harapan boleh membuat reversal. Akhirnya harga makin turun dan semakin besar pula kerugian yang kita alami.

Teori 90/90/90 Yang Ditakuti

Apa Faedah Guna A.I Dalam Pelaburan Saham? 2

Pernah dengar Teori 90/90/90 yang dipopularkan oleh Anton Kreil?

Daripada 100 orang trader saham, 90 orang akan kehilangan 90% duit pelaburan dalam tempoh 90 hari. Rasanya ramai newbie atau mereka yang baru menceburi bidang pasaran saham akan alami masalah ini.

Fundamental Analysis dah belajar, Technical Analysis pun dah belajar, namun segala-galanya hancur disebabkan emosi.

Pedih kan?

Jadi Bagaimana A.I Boleh Bantu Kita Sebagai Pedagang & Pelabur?

  1. Dengan mengeluarkan emosi daripada diri kita semasa membuat keputusan

    A.I ni tak tidur, tak rasa penat dan tak ada emosi. Apabila kita biarkan ‘robot’ membuat keputusan bagi pihak kita, sekurang-kurangnya ia dapat membantu kita daripada melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya.

  2. Analisa data yang berselerak sana sini!

    AI mampu menganalisis data yang sangat besar pada kelajuan luar biasa yang mustahil untuk manusia macam kita ni. Dunia saham ni tahu sajalah sarat dengan segala laporan, berita, kajian dan sentimen pasaran. Laporan tahunan setiap syarikat pun dah beratus muka surat!

    Di Bursa Malaysia ada lebih 900 kaunter saham (689 adalah patuh Syariah), larat ke kau nak kaji semua?

    Jadi AI ni akan analisa semua tu dan boleh bagitahu samaada sesuatu syarikat tu akan terus berdesup (baca berkembang baik) atau sebaliknya. Logiknya senang sangat nak pilih saham apa bakal meletup kan?

Teknologi A.I Dah Sampai Malaysia!

Apa Faedah Guna A.I Dalam Pelaburan Saham? 3

Cerita banyak-banyak nanti tak saspen pula.

Benda ni sebenarnya satu revolusi. Bukan kecik anak.

Jom beramai-ramai ke Seminar Berani Melabur : Artificial Intelligence (AI) pada 21 Julai @ SACC, Shah Alam bersama dengan ikon pelaburan saham, Tuan Haji Mohd Asri dan pakar kewangan Islam, Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

Dah tiba masanya untuk kita melabur saham dengan trend terbaru iaitu teknologi AI. Sampai bila nak guna cara manual? Pelabur lama dan newbies sesuai untuk datang.

Boleh klik sini untuk mendaftar -> http://bit.ly/SeminarBeraniMelaburAI-2019


Kami di Majalah Labur juga akan buat special launching aplikasi SPEEDSAHAM dalam seminar itu nanti. Ia adalah sejenis algoritma-trading yang dapat membantu memilih saham-saham yang berpotensi, sesuai untuk para pedagang dan pelabur (rasanya tak sesuai untuk newbie).

Nak tahu saham apa untuk Buy Today Sell Tomorrow (BTST)? Sesuai untuk para traders yang nak buat untung dalam masa sehari atau 2-3 hari.

Atau nak tahu saham mana yang sesuai untuk Swing? Sesuai untuk mereka yang nak meraih keuntungan dalam masa beberapa minggu.

Bagaimana pula dengan mereka yang nak simpan dan peram? Jangan risau, kami juga ada pilihan saham yang boleh anda beli dan tunggu berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk meraih pulangan.

Amacam, best tak? Klik link ini dan masukkan nama dan emel, nanti kami hantar details > http://bit.ly/speedsaham

Apa Faedah Guna A.I Dalam Pelaburan Saham? 4

Komen

komen





Source link