Artikel Terkini

Apa impak OPR turun dari 3% kepada 2.75%?


Tok baru dapat berita ni tadi. Bank Negara Malaysia bertindak menurunkan kadar OPR (Overnight Policy Rate) menjadi 2.75%.

Atas pergerakan ekonomi yang perlahan di negara kita sekarang, tindakan BNM turunkan OPR adalah untuk meransang ekonomi dengan menggalakkan rakyat Malaysia buat pinjaman.

Secara simple, ada 2 kesan yang korang boleh nampak dengan penurunan kadar ini:

#1 – Kadar simpanan tetap (Fixed Deposit) akan turun

Kadar FD yang sekarang akan menurun mengikut kadar OPR yang terbaru.

Bermakna, keuntungan untuk simpanan FD akan berkurangan, yang mana ramai rakyat Malaysia gunakan platform ni sebagai simpanan kecemasan.

#2 – Kadar faedah pinjaman juga akan menurun

Ini berita baik buat korang yang ada pinjaman rumah. Ada kemungkinan, bank akan turunkan kadar faedah. Bermakna, korang akan bayar ansuran rumah yang lebih rendah.

Tapi kena ingat ya. Bukan semua pinjaman. Pinjaman yang berasaskan ‘floating interest’ saja yang akan terkesan.

Contoh macam pinjaman perumahan dan juga ASB Financing. Loan kereta atau personal loan tu, maaf. Tak terkesan dek penurunan OPR ni.

Tapi, korang tak perlu pun kurangkan bayaran ansuran rumah tu. Bayar je macam biasa. Sebab duit lebih tu pergi ke tempat lain yang tak bermanfaat, baik tak payah. Setuju?

Nak baca lebih lanjut tentang kesan perubahan OPR? Mohon klik link di bawah. Semoga bermanfaat.

Kesan penurunan OPR

Impak penurunan OPR



Source link