Artikel Terkini

Apa Itu Nilai Pasaran (Market Value)?


Dalam setiap aset atau barangan, nilai pasaran sangat penting dilihat kerana ia adalah tahap sesebuah nilai bagi sesebuah dagangan. Turun naik dan permintaan pasaran akan mempengaruhi nilai pasaran sesebuah produk atau aset.

Semakin tinggi permintaan, berkemungkinan nilai pasaran akan meningkat. Namun, ia tetap bergantung kepada tahap ekonomi pada waktu tersebut.

Bukan sahaja nilai harga rumah atau aset, tetapi setiap produk juga mempunyai nilai pasarannnya yang tersendiri.

Definisi Nilai Pasaran

Nilai pasaran bermaksud harga semasa bagi produk atau aset yang diperdagangkan, ia haruslah rasional dan harga yang paling mungkin selepas dilihat daripada sudut ekonomi, permintaan dan lain-lain lagi.

Nilai pasaran juga disebut sebagai nilai wajar atau pun nilai pasaran wajar di mana terdapat situasi seseorang sanggup bayar untuk harga yang ditawarkan. Ia bukanlah harga yang diletakkan secara intrinsik.

Ciri-Ciri Nilai Pasaran

Nilai pasaran adalah harga yang munasabah atau wajar untuk dipindahmilik dan terdapat beberapa ciri nilai pasaran seperti berikut:

  • Wujud penjual dan pembeli
  • Penjual dan pembeli tidak ada hubungan kekeluargaan dan lain-lain
  • Dipasarkan dalam pasaran terbuka
  • Kedua-dua pihak tiada paksaan
  • Kedua-dua pihak mempunyai pengetahuan yang cukup

Contoh Harga Pasaran Pelitup Muka

Kita ambil contoh ketika pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, harga pelitup muka ditetapkan pada harga RM1.20. Namun pada ketika itu, masih ada yang menjual pada harga RM1.50 kerana permintaan yang tinggi melebihi bekalan. Demand mengatasi supply menyebabkan harganya meningkat naik.

Kalau nak tahu, sekotak pelitup muka yang mengandungi 50 keping dijual tak sampai RM5 setahun yang lalu. Tak sampai 10sen untuk sekeping.

Apabila kita tahu harga pasaran sebenar, pastinya kita takkan membayar dengan harga yang lebih. Namun jika tiada pilihan, kita tetap akan membelinya pada harga yang lebih tinggi.

Harga Rumah Atau Hartanah

Kita ambil contoh harga rumah mampu milik bernilai RM42,000 di kawasan Seberang Perai, Pulau Pinang yang sangat relevan dan berbaloi untuk dimiliki.

Pastinya ia akan menjadi pilihan ramai golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk mendapatkannya pada nilai pasaran tersebut.

Nilai Pasaran Dalam Pasaran Terbuka

Dalam saham pasaran pula, nilai sekuriti yang ditawarkan dikenalpasti oleh penjual dan pembeli. Ia merupakan harga atau nilai pasaran terbuka yang menyebabkan orang sanggup membeli dan orang sanggup menjual dalam masa tertentu.

Ianya berbalik kepada asas supply and demand, sekiranya saham tersebut diminati ramai dan ramai yang ingin membelinya, harga saham akan meningkat naik. Sebaliknya jika saham tersebut tidak diingini dan ramai yang ingin menjualnya, harga saham akan jatuh merudum.

Nilai Pasaran Selari Dengan Tempoh Masa

Nilai pasaran semasa juga akan selari mengikut harga semasa. Sebagai contoh, nilai susut kereta akan menyebabkan kita akan dibayar pampasan mengikut nilai terkini jika ingin membuat tuntutan polisi. 

Jika tahun lepas kita beli kereta dengan harga RM50,000, kini harga kereta tersebut mungkin telah jatuh ke paras RM40,000. Maka, bayaran untuk memperbaharui takaful kereta juga akan mengikut nilai pasaran semasa.

Sebagai seorang pelabur atau pengguna, penting untuk kita ketahui nilai pasaran atau market value dalam membuat sesuatu transaksi jual beli. Dengan adanya nilai pasaran, lebih mudah untuk kita tahu samada sesuatu barang itu overvalued atau undervalued.  

Sumber Rujukan:

Iklan


Iklan



Source link