Uncategorized

Apa Itu Penyatuan Saham Atau Share Consolidation?

Apa Itu Penyatuan Saham Atau Share Consolidation? 1


Pernah tak anda melihat harga saham pegangan anda tiba-tiba meningkat melampau tinggi tetapi unit saham anda juga berkurang? Jangan terlalu ghairah, kerana itu sebenarnya adalah satu tindakan korporat syarikat yang dinamakan sebagai penyatuan saham. Nilai saham anda sebenarnya tidak berubah.

Berlawanan dengan pecahan saham, tindakan korporat ini seumpama anda mempunyai 2 keping RM50, tetapi syarikat mahu menukarnya menjadi 1 keping RM100. Nilainya tetap sama iaitu RM100.

Penyatuan saham merupakan satu tindakan korporat yang menyatukan sejumlah unit saham menjadi unit saham yang lebih kecil. Proses ini melibatkan syarikat mengurangkan jumlah saham keseluruhannya di dalam pasaran yang selalunya memberi bayangan bahawa syarikat dalam keadaan bermasalah. Tindakan korporat ini dilaksanakan dengan membahagikan unit saham milik pelabur dengan nisbah penyatuan saham tersebut.

Tindakan korporat ini tidak mempengaruhi nilai syarikat tetapi selalunya dilaksanakan akibat syarikat mengalami penurunan harga saham yang besar.

Apa Itu Penyatuan Saham Atau Share Consolidation? 2

Sebagai contoh, kita ambil tindakan korporat yang dilaksanakan oleh syarikat Vortex Consolidation Berhad (VC) di mana mereka mempunyai 600 juta unit jumlah saham keseluruhan yang didagangkan pada harga RM0.08. Oleh kerana harga saham mereka terlalu rendah, mereka ingin membuatkan harga meningkat tinggi dengan menyatukan setiap 2-unit saham kepada 1-unit saham.

Sekiranya anda memiliki 100,000-unit saham VC sebelum tindakan korporat dilaksanakan, anda akan memiliki (100,000/2) 50,000-unit saham VC pada harga (RM0.08 * 2) RM0.16 selepas ia dilaksanakan. Jadi nilai pelaburan anda dan modal pasaran syarikat juga tidak berubah.

Secara ringkasnya, tindakan korporat ini menyatukan sejumlah saham menjadi lebih kecil pada harga lebih tinggi. Ianya tidak mengubah nilai syarikat. Pelabur juga tidak menganggap ia sebagai satu tindakan yang positif kerana ianya dilaksanakan akibat harga saham telah jatuh teruk dan syarikat ingin membuatkan harga naik tanpa meningkatkan sebarang nilai kepada perniagaan syarikat.

Jadi selepas ini, sekiranya anda melihat saham anda tiba-tiba meningkat melampau tinggi, semak kembali pengumuman yang telah dibuat oleh syarikat kepada Bursa Malaysia. Unit saham baru dalam pegangan anda akan dikemaskinikan selepas 3 hari bekerja (T+3) apabila ia dilaksanakan.

Bermula pada 29 April 2019, Bursa Malaysia akan menukarkan tempoh penyelesaian kontrak dari 3 hari (T+3) kepada 2 hari (T+2).

Apa Itu Penyatuan Saham Atau Share Consolidation? 3

Mari sertai Kelas Radar Saham pada bulan April yang bertempat di Dataran Maybank pada 27 April 2019 dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Kelas saham khusus untuk pelabur baru pada harga berpatutan!

Hubungi saya segera di 016-4469288 atau lawati FB saya Azmi Mohd Amin Stockbroker.

Apa Itu Penyatuan Saham Atau Share Consolidation? 4

Komen

komen





Source link