Uncategorized

Apa Yang Dilakukan Oleh Bilionaire Ini Di Hujung Minggu Agar Isnin Mereka Lebih Produktif?

Apa Yang Dilakukan Oleh Bilionaire Ini Di Hujung Minggu Agar Isnin Mereka Lebih Produktif? 1


Setiap daripada kita pasti pernah mengalami sindrom ‘Monday Blues’ bukan? Perasaan malas untuk menghadapi hari Isnin ini adalah normal untuk setiap orang. Nak bangun pagi bersiap ke tempat kerja dan menempuh kesesakan trafik memang sesuatu yang memeritkan pada hari Isnin.

Jadi, apa yang dilakukan mereka bagi memastikan mereka kekal produktif pada hari Isnin?

1. Qada Tidur

Tidur yang cukup penting bagi memastikan anda kekal segar dan fokus setiap hari. Para bilionaire seperti Bill Gates, Tim Cook, Jeff Bezos dan Jack Dorsey sendiri cuba memastikan agar mereka mendapat sekurang-kurangnya 7 jam waktu tidur. Tetapi, biasalah, ada masanya sukar untuk mendapatkan waktu tidur selama itu apabila ada urusan yang penting yang perlu diselesaikan secepat mungkin.

Jadi, mereka menggunakan waktu hujung minggu untuk qada kembali waktu tidur mereka itu. Tetapi, bagi anda, jangan pula ambil kesempatan untuk tidur lewat setiap hari dan kemudia qada tidur selama berbelas jam pula di hujung minggu. Itu lebih tak sihat dan tak produktif namanya.

2. Luangkan Masa Bersama Orang Tersayang

Hari bekerja selalunya jadual kita akan padat dari awal pagi sehingga ke lewat petang. Dan ada juga yang terpaksa bekerja sehingga ke malam hari. Bila sampai ke rumah, badan dah letih dan kepala hanya ingat bantal sahaja. Jadi, gunakan masa hujung minggu dengan sebaiknya untuk bersama orang tersayang.

Bagi bilionaire Mark Cuban, beliau dan isteri akan memastikan merekaakan menghabiskan masa berkualiti bersama anak-anak setiap hujung minggu. Jika kita terpaksa juga menghabiskan urusan kerja pada hujung minggu, sebolehnya cuba untuk pastikan kita lakukannya pada hari Sabtu supaya masih mempunyai hari Ahad untuk dihabiskan bersama keluarga.

3. Buat Perancangan Seminggu Awal

Rancanglah hari kita dengan sebaiknya. Bagi orang yang berjaya, mereka akan merancang hari mereka seminggu lebih awal. Cuba rancang perkara penting yang anda harus lakukan pada hari Isnin lebih awal.

Jadi apabila menjelang hujung minggu, dapatlah kita gunakan masa sepenuhnya untuk relax dan lakukan aktiviti yang digemari bersama dengan orang tersayang.

4. Lakukan Perkara Yang Menaikkan Mood dan Tenaga

Walaupun bilionair-bilionair ini tidak mahu masa mereka terbuang begitu sahaja, mereka masih mempunyai masa untuk relax. Ada yang menghabiskan masa dengan membaca, melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam, makan di tempat menarik dan sebagainya. Semuanya bergantung kepada minat masing-masing.

Richard Branson, memilih untuk berparti pada hari Sabtu dan kemudiannya menghabiskan hari Ahadnya dengan melakukan aktiviti fizikal seperti rock jumping, paddle boarding, boat racing dan sebagainya.

5. Settlekan Urusan Rumah

Dalam kesibukan tugas, jangan abaikan tanggungjawab kita untuk menguruskan keperluan rumah seperti membeli keperluan dapur, membayar bil, membasuh pakaian dan sebagainya. Ada sesetengah orang suka menghimpunkan segala urusan ini di hujung minggu.

Elakkan! Kerana ini akan membuatkan anda menjadi lebih penat apabila tibanya hari Isnin. Sebaliknya, lakukan setiap perkara ini mengkut keutamaan sedikit demi sedikit setiap hari. Contohnya, sambil basuh pakaian, sambil mengemas rumah. Ini membolehkan kita mempunyai masa hujung minggu untuk relax.

6. Masa Bersendirian

Sebagai manusia biasa, setiap daripada kita memerlukan ‘me time’. Ini dalah penting supaya kita akan lebih relax dan fokus dalam kehidupan. Walaupun dikelilingi orang tersayang, kita tetap memerlukan masa bersedirian tanpa gangguan walaupun untuk 30 minit.

Masa ini boleh digunakan untuk kita melakukan refleksi dalam kehidupan anda. Sambil merenung ke dalam diri sendiri, sambil berehat, sambil merancang masa depan. Cubalah, anda pasti akan dapat merasai perubahannnya nanti.

Apa Yang Dilakukan Oleh Bilionaire Ini Di Hujung Minggu Agar Isnin Mereka Lebih Produktif? 2

Komen

komen





Source link