Artikel Terkini

Apa Yang Dimaksudkan Dengan ‘Breakout’ Dalam Saham?


Biasa dengar tak istilah ‘Breakout’? Atau teknik ‘Buy on Breakout’ yang sangat popular di kalangan para pelabur dan pedagang saham?

Untuk memahaminya dengan lebih lanjut, jom layan kupasan Puan Roslinah Lakoi yang merupakan salah seorang coach untuk Asri Ahmad Academy.

Breakout Terjadi Apabila Pecah Resistance

Yang dikatakan berakout itu bila mana harga MESTI pecah harga resistance. Contohnya harga resistance ialah 20 sen (RM0.20), apabila harga kita lihat sedang menujah resistance lalu pecah menjadi 22 sen (RM0.22); maka itulah yang dipanggil BREAKOUT RESISTANCE.

BREAKOUT ni umpama wanita yang BERSALIN.

Selagi baby masih dalam perut, kita tak panggil ia sebagai bersalin. Kita panggil sebagai mengandung. Bila kepala baby dah start tersembul melihat dunia, baru kita panggil sebagai BERSALIN.

Hanya bila baby keluar baru kita panggil bersalin. Maka bila harga memecah harga resistance itu kita panggil sebagai breakout. (Harapnya boleh faham)

Jadi sekiranya harga tak pecah resistance, maka belum boleh dikatakan buy signal. Yang dikatakan buy signal itu bila harga sudah BREAKOUT. Breakout baru beli.

Lagi Mantap Bila ‘Breakout With Volume’

Tetapi bagaimana nak tahu BREAKOUT tersebut betul-betul power? BREAKOUT yang power bila mana ada volume belian sebagai syarat tambahan breakout.

Macam mana nak tengok Volume. (Refer chart) sekiranya breakout berlaku pagi iaitu sekitar jam 10.30 ke atas memadai ketinggian volume telah melebih atau menghampiri separuh daripada sebelum-sebelumnya.

Atau nak lagi pasti kita tunggu petang. Jika breakout diikuti volume yang power sama tinggi atau lebih tinggi daripada ketinggian volume sebelum-sebelumnya, sila balun dengan gembira.

Harga breakout diikuti ada volume, itu umpama kereta yang minyaknya diisi penuh boleh lajak naik sampai Genting Premium Outlet. Kalau takde minyak terpaksa patah balik kat Batang Kali, cari stesen minyak.

Photo by Lucas França from Pexels

Tambah pening lagi bagaimana pula Analisis Teknikal Chart yang kita kaji nak dikaitkan dengan kajian Analisis Fundamental (3M+CANSLIM) ?

Apabila kaunter yang kita dah kaji dan study kita tahu ada ‘booster’ ( N ) kita tengok syarikat untung (C dan A) ringan pula tu (S) competitor lain pun sudah ada yang breakout sama (L) dan ada pula jerung yang sedang collect (I) ….

Ditambah pula kita tahu Model Bisnes dia memang tengah in demand, Management pun bukan calang-calang businessman serta Magic Number pula best.

Apa lagi nak? Yakinlah dengan kajian yang kita buat. BREAKOUT baluuunn!!!!

Yang tak yakin tu bila study takde jiwa, tak faham syarikat yang nak dilabur ini buat bisnes apa, kenapa dia breakout.

Ingat! BREAKOUT bermaksud sudah ada minat belian berlaku. Samada minat belian tersebut akan menyebabkan kenaikan harga saham atau tidak, kita hanya boleh kaji berdasarkan data historical chart.

Namun tak siapa perfect 100% boleh membuat jangkaan ke mana harga akan pergi. Kita hanya membuat andaian berdasarkan data yang tersedia.

Ingat, TA kata apa? History repeat itself, kalau dia pernah berada pada harga tertinggi sebelum ini, tidak mustahil harga akan menuju kesitu semula, begitulah sebaliknya.

TA kata apa lagi, price moves in trend. Kalau harga bergerak ke atas, maka harga akan terus bergerak ke atas dalam kadar pergerakan zigzag. Begitu juga kalau dia nak ke bawah.

TA kata lagi. Market action discount everything. Maka BREAKOUT sesuatu harga saham tersebut ada cerita di sebaliknya. Bila kita mengkaji, sekurang-kurangnya kita tahu pergerakan tersebut disebabkan apa.

FA ✅ TA ✅ CA ✅ = BREAKOUT!!!

Sumber: FB Roslinah Lakoi

*Teknik ‘Buy on Breakout’ ini bukanlah teknik yang sempurna, confirm untung punya. Kerana Breakout itu sendiri ada beberapa jenis. Takut terbeli saham yang membuat ‘False Breakout’, rugi pula kita nanti. Oleh itu, carilah guru yang betul.

Tak berapa nak faham beberapa istilah yang digunapakai di atas, jemput baca Apa Itu Fundamental Analysis Yang Selalu Sifu Saham Sebut dan Jika Tiada Asas Analisa Teknikal (Technical Analysis), Jangan Gatal Beli Saham.



Source link