Artikel Terkini

Apabila Suami Meninggal Dunia Rumah Akan Jadi Milik Siapa?


Banyak dah sekarang berlaku isu perebutan harta pusaka. Yang paling sedih apabila si balu diarah keluar dari rumah yang dibina bersama arwah suami untuk menjadi syurga mereka. Hal ini berlaku apabila si suami pergi tanpa sebarang persediaan wasiat atau faraid terlebih dahulu. Jadi, rumah yang dibina bersama tadi sepatutnya hak siapa?

Cik Rose salah seorang pakar hartanah berkongsi info mengenai isu faraid rumah ini di dalam Facebook miliknya.

KEBIASAANNYA, apabila suami meninggal dunia, Rumah yang di atas nama suami perlu dibahagikan mengikut faraid sisuami.

Jika suami sudah tiada ayah dan tiada anak lelaki , maka warisnya ialah isteri serta adik beradik sisuami. ( contohnya punya anak perempuan sahaja atau tiada anak )

Jika rumah berharga rm300,000 ( harga mesti ikut harga pasaran )
Bagaimana pembahagian ini dibuat ?

Jawapan :
1/4 milik isteri ( jika tiada anak ) @
1/8 ( jika ada anak )
Selebihnya adalah milik adik beradik si suami.

Jika kes dibawa ke Pejabat Pesaka Kecil , semua waris akan berbincang bagaimana nak agihkan rumah harta simati.

Hal ini menyebabkan dua situasi ini akan berlaku.

PERTAMA
Jika mereka setuju untuk melepaskan hak kesemua 100% milik si isteri….alhamdulillah proses akan menjadi mudah.

KEDUA
Jika waris lain pula menuntut hak, si isteri hendaklah berikannya dalam bentuk wang. Jika bahagian adik beradik nilai nya rm100,000 si isteri hendaklah membayar jumlah itu.

Tapi….ada ke duit?? Kalau tak ada duit apa perlu buat? Situasi yang biasanya berlaku ialah rumah tersebut akan dijual dan duitnya akan diagih mengikut faraid.
Rumah yang dibina sekian lama dalam usaha bersama terpaksa dijual hanya kerana tiada WANG!

Kasihan isteri…
Bagaimana nak elak perkara ini berlaku?

Ada 3 cara penyelesaiannya.

1. Buat HIBAH bersyarat.
Hibahkan siap² ( awal²) semua bahagian rumah kepada anak atau isteri. Dengan ini rumah itu sudah terkeluar dari harta pusaka. Mungkin memerlukan sedikit kos pengurusan untuk melakukan urusan² rasmi sebegini.

Rumah boleh dihibahkan walaupun belum habis bayar/ atas cagaran dengan syarat ada MRTA / MRTT.

Kelebihan hibah ini ialah ‘ ownership’ rumah masih di atas pemberi. Oleh itu tiada risiko rumah dijual atau rumah disita jika anak penerima hibah bercadang untuk jual atau tiba² jatuh bankrap.

2. BUAT HIBAH MUTLAK
Tukarkan nama atas geran kepada nama anak/ isteri di pejabat tanah. Namun ini boleh dibuat sekiranya rumah sudah habis dibayar.

Namun kelemahan Hibah mutlak ialah ia tidak boleh berpatah balik dan pemberi telah hilang ownership rumah tersebut.

Jika si anak tiba² ingin menjual beliau ada hak untuk menjualnya jika si anak jatuh bankrap, rumah itu akan disita.
Cara hibah mutlak ini ialah dengan mengisi borang 14A di Pejabat Tanah.

3. AMBIL TAKAFUL yang jumlah pampasan meninggal sama dengan harga rumah.

Apabila anda meninggal dunia duit pampasan itulah digunakan untuk membayar hak² waris² lain contohnya seperti diatas iaitu RM100,000 untuk bahagian adik beradik lain. Jadi gunakan wang tersebut untuk bayar kepada mereka dengan syarat kesemua mereka bersetuju.

Inilah kaedah yang paling efektif untuk mendapatkan nilai wang yang besar dalam masa yang singkat utk menyelesaikan kes berkenaan. KATA ORANG BAIKLAH ADA DARIPADA TAK ADA LANGSUNG!

Daripada rumah terpaksa dijual dan anda mungkin perlu mencari rumah lain yang berharga jauh lebih tinggi.



Source link