Artikel Terkini

Apakah Produk Yang Banyak Dibeli Rakyat Malaysia Semasa PKP?


Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula sejak 18 Mac 2020 yang lalu, kini sudah memasuki fasa ke-3 dan dijangka berakhir pada 28 April 2020.

Nak tahu tak rakyat Malaysia ni suka beli apa sepanjang PKP yang sudah hampir masuk sebulan?

Jom kita dengarkan ulasan dari Ian Ho yang merupakan Pengarah Urusan Serantau, Shopee.

  • Pada umumnya, kami melihat jumlah trafik
    dan urus niaga yang rancak semasa tempoh PKP.
  • Kami juga mendapati permintaan meningkat
    untuk produk kesihatan dan kebersihan diri seperti disinfektan, bahan pencuci
    tangan, topeng muka dan banyak lagi seperti barangan keperluan harian seperti
    hasil segar (ayam, makanan laut, sayur-sayuran), beras, minyak masak, pasta,
    biskut, tepung,  lampin, susu formula dan
    banyak lagi.
  • Selain daripada produk kebersihan dan
    keperluan harian, rakyat Malaysia juga membeli peralatan elektronik seperti
    komputer riba, desktop, webcam dan fon kepala bluetooth serta meja komputer
    riba, meja kerja dan kerusi ergonomik untuk meningkatkan produktiviti semasa
    bekerja di rumah.
  • Oleh sebab rakyat Malaysia terpaksa berada
    di dalam rumah, pembeli juga didapati mencari sistem hiburan rumah dan
    peralatan hiburan mampu milik seperti PlayStation 4, Nintendo Switch,
    Chromecast dongle, congkak, kolam renang kembung, kad Uno, permainan papan dan
    banyak lagi.
  • Rakyat Malaysia juga membeli peralatan
    sukan seperti dumbell, tikar yoga dan tali lompat untuk kekal aktif dan cergas
    semasa PKP.
  • Peralatan dapur seperti penggoreng udara,
    pengisar jus, pembuat roti, periuk nasi, ketuhar elektrik dan periuk tekanan
    juga semakin popular kerana kini lebih ramai rakyat Malaysia memasak di rumah.

Ada Maklumat Tambahan Untuk Dikongsi?

1. Raya Bersama Shopee

Musim Raya kian menjelang, dan dengan situasi yang kita sedang alami, ia akan mengambil masa sebelum keadaan kembali seperti biasa.

Walau bagaimanapun, kami ingin rakyat Malaysia, terutama sekali rakan-rakan Muslim kita, masih dapat menyambut Hari Raya dengan orang yang tersayang tanpa berbelanja secara berlebihan.

  • Berlangsung dari 13 April hingga 26 Mei,
    kempen Raya Bersama Shopee, yang direka khas berdasarkan permintaan semasa
    tempoh PKP, akan menawarkan pelbagai keperluan harian pada RM10.
  • Bersama dengan tawaran dan diskaun kami
    serta elemen hiburan melalui Shopee Live
    dan permainan menarik, kami ingin memberitahu semua orang bahawa Shopee berada
    di sisi mereka untuk Raya ini dan kami akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi
    keperluan dan keinginan mereka supaya mereka masih dapat menyambut Hari Raya
    walaupun hanya dengan sambutan yang kecil.

2. Tabung Shopee MMA COVID-19

  • Sejak penularan wabak Covid-19, petugas barisan hadapan telah menjadi salah satu kumpulan risiko tertinggi, yang bekerja lebih masa dan mengorbankan nyawa mereka untuk memastikan semua orang selamat.
  • Untuk memberikan sokongan dan membantu menjaga keperluan dan kebajikan petugas barisan hadapan semasa mereka memerangi virus ini, Shopee telah bekerjasama dengan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Yayasan Persatuan Perubatan Malaysia (MMAF) untuk mengumpul dana melalui tabung Shopee MMA COVID-19.
  • Para petugas barisan hadapan ini bekerja di luar waktu kerja yang ditetapkan dan pengorbanan mereka amatlah besar. Ada juga sukarelawan yang dipanggil kembali untuk bekerja tanpa pendapatan, manakala yang lain juga terdedah dan terjangkit dengan penyakit ini.
  • Walaupun segelintir daripada mereka menerima bantuan kecil, ia tidak dapat mengganti kehilangan yang dihadapi oleh mereka dan keluarga mereka.
  • Shopee juga berikrar untuk menderma dengan jumlah sumbangan yang sama dengan orang ramai – untuk setiap sumbangan RM1, Shopee akan menderma RM1.
  • Apa yang perlu dilakukan ialah mengunjungi app atau laman web Shopee untuk menderma jumlah yang diingini daripada RM5 dan RM10 hingga RM50 dan RM100.
  • Sumbangan telah banyak diterima dan ia amat menggalakkan untuk melihat rakyat Malaysia berganding bahu demi menunjukkan sokongan mereka dengan ramai yang menderma hingga RM500 dalam satu transaksi. Bagi mereka yang ingin menderma, layari https://shopee.com.my/m/shopeemmacovid19fund



Source link