Artikel Terkini

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan ‘Market Timing’?


Pelabur-pelabur yang pernah dengar konsep market timing, sudah tentu mengetahui betapa ramai pelabur superstar seperti Peter Lynch dan Warren Buffett yang membencinya. Ia merupakan konsep yang menimbulkan kontroversi dalam dunia pelaburan, kerana ia dianggap sebagai suatu teknik pelaburan yang langsung tidak melihat kepada “value” sesebuah aset.

Bagi yang pertama kali dengar konsep ini, jom kita sama-sama ambil tahu apa yang dimaksudkan dengan ‘Market Timing’.

Maksud Market Timing

Market timing merupakan sebuah strategi dalam menentukan titik pembelian atau penjualan aset pada sesuatu masa, dengan meramalkan kenaikan atau penurunan harganya dalam jangkamasa yang pendek.

Objektif tindakan sebegini adalah untuk cuba membeli pada harga yang rendah dan kemudiannya menjualnya pada harga yang tinggi; tanpa melihat kepada nilai intrinsik aset tersebut atau dengan kata lain – ‘fundamental’.

Seorang pengamal market timing akan sentiasa membeli sesuatu aset, kemudian menjualnya dan mengulangi perbuatan ini dengan harapan beliau akan berjaya meramal ‘top’ dan ‘bottom’ harga aset tersebut. Ianya dilakukan setiap kali tanpa strategi yang jelas, namun tidak terbukti berkesan.

Apa Kata Pelabur-Pelabur Terkenal?

Kebanyakan pelabur terkenal amat tidak suka dengan market timing. Ini kerana mereka mendakwa market timing amat sukar dilakukan dan tidak kurang juga yang mengatakan bahawa ia adalah mustahil.

Di sini penulis ingin berkongsi beberapa pendapat daripada pelabur terkenal, mudah-mudahan dapat menjadi panduan kepada kita.

1. Warren Buffett, pelabur paling kaya dan tersohor di dunia:

“I can’t time stocks.. I don’t know
anybody else who can either.”

“You are making a terrible mistake if you stay out of a game that you think is going to be very good over time, because you think you can pick a better time to enter it.”

“You
may have trouble believing this, but Charlie and I never have an opinion about
the market because it wouldn’t be any good and it might interfere with the
opinions we have that are good.”

“Market
forecasters will fill your ear but will never fill your wallet.”

 “Our stay-put behavior reflects our view that
the stock market serves as a relocation center at which money is moved from the
active to the patient.”

2. Sir John Templeton, pengasas Templeton (kini Franklin Templeton):

“History
shows that time, not timing, is the key to investment success. Therefore the
best time to buy stocks is when you have money.”

3. Peter Lynch, pelabur lagenda dari Fidelity:

“Far more
money has been lost by investors preparing for corrections or trying to
anticipate corrections than has been lost in corrections themselves.”

“I can’t
recall ever once having seen the name of a market timer on Forbes’ annual
list of the richest people in the world. If it were truly possible to predict
corrections, you’d think somebody would have made billions by doing it.”

4. Charlie Munger, rakan kongsi Warren Buffett:

“I don’t think we would want a manager who thought he could just go
to cash based on macroeconomic notions and then hop back in when it was no
longer advantageous to be in cash. Since we can’t do that ourselves.”

5. Jack Bogle, pengasas Vanguard menyatakan:

“After nearly 50 years in this business, I do not know of
anybody who has [timed the market] successfully. I don’t even know of anybody
who knows anybody who has done it.”

6. Benjamin Graham, guru kepada ramai pelabur lagenda termasuk Warren Buffett:

“It is our view that that stock-market timing cannot be done, with
general success, unless the time to buy is related to an attractive price
level, as measured by analytical standards.“

Fuh, penulis pun rasa takut bila membaca apa yang dikatakan oleh pakar-pakar ini tentang market timing. Secara ringkasnya, tiada siapa pun mampu melakukan market timing secara konsisten dan menjana keuntungan secara berterusan dalam jangka masa yang panjang.

Penulis paling gemar ungkapan Peter Lynch. Kalau betul market timing boleh buat duit, dah tentulah orang tersebut akan masuk dalam senarai orang-orang paling kaya di dunia, kan? Betul juga kata-kata tersebut.

Pelabur Perlu Fahami Risiko dan Keburukan Market Timing

Menurut Christopher Browne, pengamal market timing perlu menjadi tepat 82% dalam kesemua keputusan yang dibuatnya untuk bersaing dengan keuntungan yang dibuat oleh strategi “buy and hold”.

Ini merupakan hasil kajian William Sharpe (ya, pengasas nisbah Sharpe itulah), seorang pemenang hadiah Nobel. Banyak kajian lain juga mendapati bahawa portfolio yang mengamalkan market timing seringkali mempunyai prestasi yang lebih buruk berbanding indeks saham.

Market timing memerlukan seseorang individu sentiasa memerhatikan keadaan pasaran saham semasa, membuatkan individu tersebut terdedah kepada stres dan keresahan; lalu berkemungkinan membuat keputusan yang tidak sepatutnya dilakukan.

Akhirnya individu tersebut gagal mengikuti perancangan dan analisis asal yang berpotensi membuat keuntungan yang besar.

Salah satu lagi sebab mengapa market timing tidak baik untuk pelabur ialah kerana market timing memerlukan seseorang itu kerap “trading”.

Umum mengetahui bahawa “trading” memerlukan masa dan kos, dan semakin banyak trading maka semakin banyaklah ia memakan masa dan kos.

Tambahan lagi, tiada indikator dan signal yang dapat meramalkan ‘top’ dan ‘bottom’ pasaran saham secara konsisten dan tepat setiap kali. Untuk menjadi tepat sekurang-kurangnya 70% adalah sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan.

Kalau kita tidak
ingat dan faham akan risiko dan keburukan ini, besar kemungkinan kita akan jadi
seperti pelabur dibawah.

Sumber Rujukan: Credit Suisse, Sunday Times, Behavioural Finance: The Psychology of Investing

Akhir Kata

Sebelum kita berfikir untuk ‘time the market’, eloklah kita ingat mengenai perkara-perkara yang dibincangkan di atas. Penulis bukan nak menakutkan sesiapa, tapi hanya ingin mengingatkan risiko-risiko yang bakal dihadapi apabila kita membuat market timing.

Penulis sendiri sedikit sebanyak mengamalkan market timing, tetapi hanya untuk mencari titik entri yang terbaik untuk membeli saham yang undervalued; seperti yang disebutkan oleh Benjamin Graham di atas.

Berbanding market timing, adalah lebih mudah dan menguntungkan untuk kita menganalisa saham secara menyeluruh untuk memastikan kita membeli syarikat yang baik pada harga yang murah.

Selamat melabur!

Ditulis oleh Azam, seorang pengurus dana saham antarabangsa di sebuah institusi kewangan di Malaysia.

Penafian: Artikel ini merupakan pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pandangan rasmi mana-mana individu/organisasi. Penulis tidak menerima sebarang bayaran pengiklanan dari mana-mana individu/organisasi yang disebutkan di dalam artikel ini.



Source link