Uncategorized

Aplikasi Bursa Anywhere – Semua Pelabur Wajib Download


Semalam telah berlangsungnya majlis pelancaran aplikasi Bursa Anywhere yang diadakan di Bursa Malaysia.

Bukan main meriah lagi majlis tersebut, tapi semestinya kita ingin tahu apa yang ditawarkan oleh aplikasi telefon pintar Bursa Anywhere ni kan?

Aplikasi Bursa Anywhere ini terbahagi kepada dua fasa. Dalam fasa pertama ini, kita boleh tengok maklumat berkenaan semua akaun CDS yang kita ada. Boleh juga mengemaskini maklumat akaun CDS kita secara terus dengan Bursa Malaysia. Nak muat turun penyata akaun CDS pun boleh, dan boleh juga tahu nilai portfolio pegangan saham kita bagi setiap akaun CDS.

Boleh tahan jugalah, tapi fasa dua nampak lebih menarik.

Bakal disiapkan menjelang hujung tahun 2019, aplikasi Bursa Anywhere ini boleh membenarkan kita ‘transfer’ saham daripada satu akaun CDS ke satu akaun CDS milik kita. Ini bagi membolehkan kita memilih broker/remisier kegemaran kita dengan mudah.

Mungkin kita pun tak sedar yang kita ada akaun CDS yang ‘tidur’ atau tak aktif, tak ingat pun dengan broker mana, siapa remisier kita; kini boleh aktifkan semula dengan mudah.

Rasanya yang paling best yang ditunggu-tunggu ramai adalah pembukaan akaun CDS secara online. Adakah kita tidak lagi perlu ‘walk-in’ ke pejabat broker dan menandatangani borang pembukaan akaun CDS yang bertingkat-tingkat lepas ni?

Dan lepas ni juga, nak mohon IPO pakai aplikasi ni je. Mudah kan?

Proses Pendaftaran Aplikasi Bursa Anywhere Tak Sampai 5 Minit

Senang je nak daftar akaun Bursa Anywhere ni, prosesnya tak sampai 5 minit pun. Cuma ikut langkah-langkah yang diberi, cukup mudah.

Bila dah siap daftar dan login, sekarang boleh tengok dengan broker mana kita ada akaun CDS dan nilai portfolio yang kita ada.

Apa tunggu lagi, muat turun aplikasi Bursa Anywhere di Google Play Store atau Apple App Store hari ini. Percuma je.

Eh jap, bagi yang belum ada akaun CDS tu; cepat-cepatlah buka akaun CDS. Boleh rujuk Cara Buka Akaun CDS. Kosnya RM10 sahaja.

Komen

komen





Source link