Artikel Terkini

Asal-Usul Trivago – Majalah Labur


Dahulunya, pernah viral bahawa gadis Trivago dapat menarik perhatian kanak-kanak dan golongan dewasa yang melihat iklan Trivago. Sampai hafal skrip iklah tersebut, terngiang-ngiang dalam kepala otak.

“Hotel yang sama, bilik yang sama… Tetapi, dua harga yang berbeza… Kenapa bayar lebih?”

Kali ini, mari kita berkenalan pula dengan syarikat Trivago dan pengasasnya.

Kenali
Trivago Dan Pengasasnya

Trivago N.V., yang juga dikenali sebagai Trivago, adalah sebuah syarikat teknologi antarabangsa dari Jerman. Syarikat ini mengkhususkan perkhidmatan dan produk yang berkaitan dengan internet di dalam bidang hotel, penginapan dan pencarian meta (metasearch).

Ramai yang salah faham dan fikir bahawa Trivago adalah hotel. Sebenarnya tidak!

Trivago adalah mesin carian (search engine) hotel pertama di Jerman di mana kita boleh buat pilihan hotel-hotel yang tersenarai.

Trivago menjadi salah satu syarikat yang paling pesat berkembang di Jerman, dengan mencatatkan keuntungan dua kali ganda dari tahun 2008 hingga 2012.

Untuk pengetahuan anda, ia telah diasaskan di Düsseldorf, Jerman, pada bulan Januari 2005. Pasukan mereka terdiri daripada Peter Vinnemeier, Rolf Schromgens dan Stephan Stubner.

Melihat peluang di ruang pencarian hotel, Trivago telah membangunkan mesin carian hotel pertama di Jerman. Tidak lama selepas pelancaran Trivago, Stephan Stubner meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan Trivago. Kemudiannya, posisi itu telah digantikan oleh Malte Siewert.

Perjanjian
Dan Perundingan Trivago

Pada mulanya, Trivago menerima $1 juta Euro daripada para pelabur. Pelabur tersebut termasuklah saudara-saudara Samwer, Florian Heinemann, dan Christian Vollmann. Pada tahun 2008, Trivago menerima $1.14 juta USD dalam pembiayaan Siri B daripada syarikat British iaitu HOWZAT Media LLP.

Pada bulan Disember 2010, Trivago menjual seperempat syarikat itu kepada dana pelaburan Amerika Syarikat, Partners Venture. Pada bulan Disember 2012, Expedia mengumumkan bahawa ia akan memperoleh kepentingan dalam Trivago sebanyak $632 juta USD. Akhirnya, perjanjian tersebut selesai pada tahun 2013.

Kisah
Perkembangan Trivago

Trivago telah memperolehi produk aplikasi dan pembangunan aplikasi mudah alih daripada Rheinfabrik pada tahun 2014. Selepas pengambilalihan tersebut, Rheinfabrik tetap bebas daripada Trivago dalam perkembangannya.

Dengan pengambilalihan tersebut, Trivago telah mendapat keuntungan lebih daripada $500 juta USD pada tahun berikutnya (2015). Tak cukup dengan itu, pada bulan Mac 2016, Trivago telah memperolehi sebahagian daripada Cloud-PMS daripada syarikat Base7booking.

Mereka telah mempunyai seramai 1,000 orang pekerja pada April 2016. Oleh kerana kejayaannya itu, Trivago mula membina sebuah kampus baru di Düsseldorf.  Trivago juga telah menjadi syarikat awam apabila disenaraikan di NASDAQ di bawah simbol TRVG pada penghujung 2016.

Begitulah kisah perkembangan Trivago sejak diasaskan pada tahun 2005 sehinggalah dikenali ramai di seluruh dunia.

Sumber Rujukan:



Source link